04 June 2012

GAJI LAMBAT PULAK!



As Salam!
Aku hendak cerita pasal gaji lambat. Kalau kojer kat syarikat, gaji selalu awal bulan iaitu 1 haribulan. Tak pernah diorang bagi 30 atau 31 haribulan. Bulan nie ramai kengkawan aku mengeluh pasal gaji lewat! Ada kengkawan yang sudah terpacak seawal 0600 pagi kat mesin atm, malangnye gaji tak masuk lagi. Kawan aku kata:

"Macam mana boleh lewat pulak bulan nie, biasanya satu haribulan gaji sudah masuk. Nie sape pulak buat hal? Majikan aku ke atau bank".

"Macam mana nak bayar sewa rumah dan ansuran kereta atau motosikal. Kalau lambat sehari tentu kene denda bayar bunga" Ujar kawan aku lagi.


Aku kesian juga kat kengkawan! Gaji diaorang bukanlah banyak mana pun. Kalau setakat rm 1,800.00 sebulan tu dan tinggal di bandar, dikira dalam kelompok miskin. Kalau yang masih solo tu tak jadi hal. Nie yang sudak berkahwin dan mempunyai anak. Jika suami-isteri kojer mungkin boleh capai pendapatan  rm2,000.00 sebulan, itu pong diaorang kata tak cukup! 

Memanglah tak cukup kalau salah urus. Cara mudah hendak uruskan pendapatan kena ikut saperti kawan aku nie. Pendapatan bulanan dia hanylah sebanyak rm 1,800.00. Pasangan nie baru berkahwin dan terpaksa sewa rumah sebanyak rm450.00 sebulan. Pergi-balik kojer guna motosikal, pasal tak mampu lagi nak beli kereta. Kata mereka "Kene ukur baju kat badan sendiri dan tak bolehlah nak berbelanja di luar kemampuan". Setiap bulan diaorang simpan rm200.00 sebulan. Bakinya bayar ansuran motosikal rm200.00, bayar bil api, air dan astro Rm 170.00. Belanja kat Carefour rm 200.00 dan bakinya tinggal rm580.00 untuk belanja makan minum dan minyak motosikal. 

Kalau hendak diikutkan baki rm580.00 memang tak cukup. Jadi kawan aku nie tiap-tiap hari bawa bekal kat tempat kojer. Jimat katanya! Kalau duit belanja tak cukup, kawan aku nie pinjam duit petty cash. Kat rumah memang ada sampul yang berisi rm200.00 sebagai petty cash. Ujarnya lagi "Manalah tau, tengah masak tiba-tiba gas habis. Tengah bulan pulak tu, mana ada duit nak beli gas. Jadi aku pinjamlah duit petty-cash untuk beli gas, cukup bulan nanti aku ganti duit tu".

Kawan aku nie kalau dia nak beli barang yang harganya rm1,000.00 keatas, dia main kutu! La'ne kat rumah dia sudah ada barang keperluan asas iaitu peti sejuk, mikrowave, lap top, tv lsd, penapis air dan mesin basuh.  Bila gaji lambat pong kawan aku nie tak kisah, pasal dia ada tabungan rm200.00 sebulan. Katanya kalu kita simpan rm200.00 sebulan dan 10 bulan tentu kita ada kat atm rm2,000.00. Walaupun bulan nie gaji lambat masuk, kawan aku tetap mengadap mesin atm dan keluarkan duit!

"Pinjam dulu duit tabungan nie, nanti bayarlah balik".


 
Nota Lutut :Begitulah cara kawan aku nie menguruskan wang! Kalau berbelanja boros atau berbelanja diluar kemampuan, banyak mana pong tak cukup. Rokok nak hisap, wayang nak tenguk, tiap-tiap minggu nak top-up phone, sarapan pagi kat kopitiam, makan tengahari kat pizza hut. Belum lagi minum petang dan belanja girlfriends.  - Wallahuaklam!

 



2 comments:

  1. Memang kena pandai menyimpan...tambah ada anak..pastikan anak-anak ada saving sejak lahir...ambil Takaful siswa, buka akaun Tabung Haji, buka akaun bank tak kiralah Maybank ke Bank rakyat,,CIMB ke...tiap-tiap bulan bayar bil dan hutang dulu supaya tak ada tunggakkan..masuk duit simpanan..lepas dah settle semua tu, baru boleh berbelanja...duit dapur, duit pasar..nak makan kat luar ke...tengok wayang ke..ajar anak-anak menabung...dari kecil kena ajar simpan duit

    ReplyDelete