As Salam! Salam sejahtera kepada rakan blogger yang terkelik blog aku! Saperti yang aku janjikan iaitu nak story pasal lawatan ke Johor Premium Outlets atau nama singkatnya JPO kata orang di Kulaijaya. Lokasinya jauh dari pusat bandar JB tetapi mudah untuk sampai ke JPO kerana terletak tidak jauh dari lebuh raya. Pertama kali aku menjejakan kaki di sini, terasa saperti berada di luar negara kerana JPO adalah pusat beli-belah jenama terkenal.
Walaupun setiap kedai menawarkan potongan harga sahingga 60%, tapi aku masih tak mampu untuk membelinya. Pun begitu aku masih berminat untuk keluar masuk hampir setiap outlet kerana ingin melihat baju dan kemeja T dari pereka saperti Ralph Lauren, D&G, Tommy Hilfige, Guess, Burberry atau melihat kasut buatan kilang dari Nike, Adidas atau Puma.
Kali ne aku masuk kedalam outlet Adidas. Banyak rekaan terbaru yang dipamerkan atas rak-rak yang disusun olih pekerja yang kebanyakan dari kaum Melayu. Aku bergerak dari satu rak ke-satu rak dalam outlet Adidas dan akhirnya aku sampai ke satu sudut rak kasut yang tertulis pig skin. Alamak! Kasut Adidas kulit babi pun ada dijual kat sini. Mungkin ramai udah terpegang kasut kulit babi tersebut kerana tidak perasan nota yang tertulis dalam bahasa Inggeris " pig skin" itu ialah kulit babi.
Bagaimana pula pekerja lelaki dan wanita Islam yang bekerja disitu? Hari-hari mungkin memegang kasut kulit babi dengan alasan udah terpaksa kerana tugas. Diaorang ne kalau terpegang atau sengaja memegang kasut kulit babi, adakah diorang kene samak! Takkan hari-hari pekerja ne kene samak setiap kali tamat tugas? Nak cakap lebih-lebih pasal 'samak' ne, bukanlah aku orangnya. - Aku memang jahil pasal part samak menyamak ne!.
Nota Lutut : Bercakap pasal kulit babi ne, teringat aku satu kes yang disiarkan dalam akhbar mengenai seorang juruwang wanita Islam yang dimarahi oleh pelanggan kerana memegang daging babi dengan berlapikan plastik. [Wanita tersebut bekerja di salah satu pasaraya diTaiping].
Ketua kepada juruwang [wanita Islam] tersebut memberi amaran, sekiranya beliau masih menggunakan pelapik pelastik ketika memegang daging babi, beliau akan di berhentikan kerja. Aku tak tau - Adakah wanita Islam itu masih bekerja di pasaraya tersebut! - Wallahuaklam!
|
No comments:
Post a Comment