Salam kepada pembaca blog Kakiconteng! Pada 30hb June 2012, aku bersama-sama geng kaki kayuh berkumpul kat tepi anak sungai untuk acara BBQ@ Bukit Laggong. Idea sosial ne datang dari Saiful@Thor yang sabelum ne pernah berkunjung ke kebun durian Mahfol. Kebetulan plak dalam kumpulan ne ada chef Kuzai yang sanggup buat sauce dan marinate bahan mentah.
Bukit Laggong!
Ketika kami sampai kat Bukit Laggong cuaca nampak cantik. Keindahan alam semulajadi yang menghijau, di ikuti siulan burung dan bunyi air mengalir, membuat kami rasa tenang dan cukup mendamaikan. Si Kuzai dan Saiful mula menyalakan api untuk memanggang ayam, sausage dan ikan. Rakan yang lain plak basuh buah tembikai, ada yang menyusun pinggan, cawan, dan ada yang cari daun pisang untuk buat alas.
Senja mula melabuhkan tirai dan keadaan sekeliling mulai gelap. Malam tanpa bintang dan kedinginan mula dirasa. Walaupun cuaca sejuk kerana kami berkumpul berhampiran anak sungai, si Saiful, Rimbabara dan Kuzai kelihatan berpeluh. Memang sedikit panas bila bakar ayam dan ikan yang menggunakan arang. Sesekali si Kuzai menutup mata kerana kepedihan terkene asap. Baru kene asap Beb!
Kamera!
Ketika menunggu makanan malam disiapkan olih sekumpulan chef, aku tak mahu masa berlalu tanpa membuat sesuatu. Aku mula ambil kamera dan bersedia untuk klik photo secara sepontan. Kali ne aku bawa kamera jenama Nikon Coolpix bagi memudahkan aku merakam photo di waktu malam. Kengkawan yang lain juga mula klik sana - klik sini menggunakan kamera handphone. Suasana yang tadinya sedikit tenang, mula kecoh dengan gelagat kengkawan yang berminat untuk menjadi model sambilan. Sambil bergaya di depan kamera, perlu juga berhati-hati - faham ajalah tempat macam ne! Manalah tau bila selesai merakam gambar, nanti kelihatan pulak kaum lain yang tompang sekaki kat sebelah. Takutttttttttt!
Menu BBQ!
Cakap pasal menu, sabenarnya kengkawan udah serahkan tugas pada Chef Kuzai and The Gang. Malam ne diorang sediakan ayam, ikan, sausage, daging burger dan kerang bakar. Satelah kerja-kerja memanggang siap, acara makan pun bermula. Memang sedap Beb! Makan ayam yang udah disalut dengan rempah ratus, lepas tu cecak pulak dengan black pepper sauce. Wow! Terangkat Beb! Sayangnya aku hanya mampu makan saketul ayam dan dua sausage, pasal nak jaga tali perut. Kalu lelaki perutnya buncit sangat-nanti tak hensem!
Waktu malam!
Jam kat handphone udah menunjukan kul 2200 malam. Waktu cam ne siulan burung tidak kedengaran lagi pasal udah masuk sarang. Yang masih setia menemani kami tentulah sang nyamuk dan sang pacat. Kami mula berkemas. Sampah kene kutip dan buang kat tempat pembuangan sampah. Kami tidak mahu tempat ini kotor dan nantinya di datangi sang lalat dan tikus. Bila banyak sampah sarap, sang tikus memang happy untuk berak dan kencing. Elakan penyakit kencing tikus. Penyakit ne boleh bawa maut Beb!
Geng!
Turut serta dalam acara sosial ne ialah Mahfol, Ahmad, Herlin, Hisham, Saiful, Khuzai, Amiroul, Rimba Bara, Mantoba, Resberry, Mj dan Ady Yusuf. Di kesempatan ini aku ucapakan temer kacik kepada Chef Kuzai dan Saiful serta tuan tanah kerana bagi kerjasama untuk jayakan acara BBQ. Begitu gak kepada otai Mahfol kerana bagi peluang sekali lagi untuk acara cari dan makan dorean. Pertemuan saterusnya untuk Geng Kakikayuh mungkin diadakan pada bulan puasa. Nak gak rasa Buffet Ramadhan Beb!
Nota Kaki: Story dan photo- pic BBQ kat Bukit Laggong, boleh gak kengkawan sekodeng di fb Pahat Berbunyi dan blog Kakikayuh di http://Bankbooks.blogspot.com
|
No comments:
Post a Comment