Bakar, grill, panggang atau istilah lain iaitu BBQ! Kalau makan benda-benda ne hendalah di selang selikan dengan sayuran. Adat atau ayat lain ialah cara kita ketika makan hidangan buffet iaitu jangan sesekali penuhkan meja dengan bermacam-macam jenis makanan yang akhirnya kita tidak mampu untuk menghabiskan makanan tersebut. Masa nelah kita di uji, adakah kita ini sahabat karib kepada si setan yang suka membazir!
Beringat juga ketika pergi ke pasar Ramadhan! Macam-macam kita nak beli. Tenguk tu sedap, tenguk yang ne pong nampak sedap. Bila waktu berbuka, separuh makanan yang di beli tu tak sedap Beb! Mana mungkin sedap kalu hanya tenguk pakai mata sedangkan lidah tidak dapat merasa. Ada makanan yang tak cukup manis dan ada pulak terlampau masin. Itu pong tak menjadi hal lagi! Yang buat kita hati panas ialah makanan yang di beli tu udah basi. Uweeekkk! Boleh muntah dibuatnya...
Nota Kaki : Kepada kengkawan Geng Kakikayuh, jika di panjangkan umur mungkin kita akan berkumpul semula di Buffet Ramadhan. Cadangan berbuka puasa ne datang dari En Ahmad - so kita tunggu ajelah entry jemputan kat fb atau call dari En Ahmad!
|
No comments:
Post a Comment