Salam Kengkawan! Terima kasih kerana teman sedang membaca kisah kehidupan harian aku. |
Teman, Sabelum ne aku telah paparkan kisah-kisah aku sebagai "halwa" yang kengkadang boleh memberi inspirasi atau penawar rindu kepada jiwa resah dan keliru. Ada gak kisah yang boleh mengajar kita tentang redha, kesabaran, nilai kasih sayang, pengorbanan dan kesyukuran. Entri kali ne masih lagi story pasal hobi kayuh basikal berkumpulan. Tujuan asal aku berkayuh ialah untuk kekalkan kesihatan di samping dapat mengeratkan persahabatan.
Melalui hobi berkayuh, aku dapat menilai kasih sayang, persahabatan, kerjasama dan kesyukuran. Aku bersyukur kepada Allah yang mengizinkan aku menyelesaikan kayuhan bersama-sama teman tanpa menghadapi kemalangan. Apabila selesai berkayuh, kelihatan pada riak wajah kengkawan yang puas. Tahulah aku, bahawa yang menjadikan kita berasa puas bukan sahaja dapat menamatkan kayuhan tetapi kerana kita ada starmina, kekuatan mental dan yakin pada diri sendiri.
Semuga kisah-kisah yang aku paparkan sabelum ini dapat memberikan sedikit pengajaran dan teladan kepada generasi X sekarang dan generasi Y yang akan datang. Teman! Jadilah genarasi yang ada jati diri. Akhir sekali aku minta kepada teman, janganlah bersedih jika datang musibah kerana musibah itu datangnya dari Allah. Hidup perlu di teruskan! Nota Kaki: Nantikan entri terbaru "Tentera Selempang Merah" yang pernah mengemparkan Batu Pahat pada Julai 1945.Salam sayang dari Mj! |
09 July 2012
KAYUH MALAM LAGI
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment