10 July 2012

CONTENG - CONTENG+ 6


Salam! Semalam aku masih sihat dan pagi ne aku tidak cukup sehat dan esok aku tidak tau! Semalam aku dengar Budayawan Azah Aziz meninggal dan Ratu Rock Ella berkahwin. Semalam aku dengar Kastam rampas dadah jenis Eramin 5 bernilai RM58.28 juta di Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang. Semalam juga aku dengar sebutir permata iaitu Ummi Hamimah meraih pingat emas kedua menerusi ujian masa 500 meter wanita individu (lumba basikal).


Hari ini! Aku tidak cukup sihat. Tekak sedikit perit, kepala berdenyut-denyut kerana selsema. Sedikit sakit tidak bermakna aku hanya terbaring salepas makan ubat. Sakit ne pun ada hikmahnya,  kerana Allah datangkan kepada aku sebagai peringatan bahawa yang sihat itu akan sakit dan yang hidup itu akan mati. Bersyukur kerana Allah datangkan sedikit kesakitan kepada kita. Jika kita masih tak ambik pot, Allah akan beri lagi kesakitan yang lebih berat! Hari ini! Walaupun aku tidak cukup sihat, aku masih lagi mampu menaip dan upload photo-pic Conteng-Conteng!
 

Esok Beb! Aku tidak tahu adakah aku sihat. Esok aku tidak tahu, berita apa pulak yang boleh aku dengar dan lihat. Esuk juga aku tidak tahu adakah aku masih boleh menghidu harum bau bunga di taman dan dapatkah aku mersa dan menikmati sacangkir kopi saperti hari ini. Melihat, mendengar, menghidu dan merasa adalah pancaindra yang dipinjamkan olih Allah kepada aku. Syukur kepada Tuhan kerana telah memberikan nikmat dan hidayah kepada aku!


Conteng-Conteng! Enam keping photo yang teman sedang lihat ne adalah hasil kerja jari jemari bersama tetikus yang di pinjamkan olih Allah kepada aku. Bukan untuk berbanga tetapi sekadar untuk berkongsi hasil seni dengan tujuan menarik lebih ramai kengkawan di luar sana meminati hasil senilukis dan seni fotografi.


Minat Conteng!
Aku saperti kebanyakan kengkawan di luar sana! Masa di bangku sekolah meminati mata pelajaran Sejarah dan Senilukis. Bila tamat sekolah dan bergaul dengan teman-teman yang tidak sekepala, hobi melukis hilang begitu saja. Satu hari aku berkunjung ke pejabat Angkatan Pelukis SeMelaysia (APS) di Jalan Tun Razak untuk mendaftar nama menggikuti kelas grafik. Di situlah aku bertemu rakan-rakan yang mempunyai hobi satu kepala. Minat aku kepada senilukis mula bercambah. Aku dan kengkawan sering melawat muzium dan art gallery. Masa tu Balai Seni Lukis kat depan Setesen Kereta Api Tanah Melayu (KTM) dan Petronas Art Gallery pulak di bangunan Daya Bumi. 
 

Baru Aku Tahu! Pengaruh kawan sangat kuat, apatah lagi masa tu aku berada pada zaman remaja yang sedang mencari identiti, sedang gelisah dan jiwa resah. Benarlah kata orang bijak pandai "Kalau kita berkawan dengan kawan yang otak jahat, mungkin kita juga turut jahat. Kalau berkawan dengan orang alim, kita mungkin menjadi ahli Masjid. Begitu juga kalau kita berkawan dengan Mat Rempit, pasti kita pun nak tunjuk yang kita juga boleh merempit. Seterusnya,kalau kita berkawan dengan penjual minyak wangi-setidak-tidaknya terpalit juga wangian tu kat tubuh kita". Baru aku tahu! Setelah bulan beralih bulan dan tahun beralih tahun, aku pun mula dewasa. Aku pun udah beralih kepada kengkawan yang meminati hobi yang sama.


Nota Kaki: Teman! Hobi yang baik itu datangnya dari Allah dan hobi xbaik serta banyak bunyi datangnya dari setan. Kita boleh menilai diri kita melalui apa buku dan majallah yang kita baca. Apa filem dan drama yang kita tonton. Begitu juga lagu apa yang kita minat dengar. Akhir sekali siapa kawan kita. Pengarunya sangat kuat Beb. Wasallam adanya!

No comments:

Post a Comment