Salam Al-Haramain! Aku sambung story ketika aku berada di Kota Mekah pada April 2004. Sebelum bertolak ke Kota Mekah, pagi tu kami ziarah ke Masjid Nabawi untuk buat ziarah wida iaitu ziarah selamat tinggal kepada Rasulullah s.a.w. dan kedua sahabatnya. Selesai ziarah wida aku balik ke tempat penginapan untuk bersiap-siap dengan pakaian ihram, kerana aku dan rombongan akan bertolak ke Kota Mekah.
Pagi Sabtu, 24hb April 2004 - Bas yang membawa rombongan kami mula bergerak meningalkan Kota Madinah menuju Mekah Al-Mukaramah. Perjalanan bas yang lancar, jalan tar yang lurus, pemandangan bukit-bukit batu dan sesekali kelihatan sekumpulan gembala unta di kaki bukit tanpa pohon-pohon rendang. Bas terus bergerak!
Bas yang membawa rombongan kami terus bergerak dilaluan jalan tar dan sesekali berselisih dengan bas-bas yang membawa jemaah dari Kota Mekah. Sampai di satu kawsan yang dikenali Bir Ali kami diminta berniat miqat. "Aku penuhi seruanMu ya Allah. Aku penuhi seruanMu. Tiada sekutu bagiMu. Aku penuhi seruanMu. Sesungguhnya segala janji, nikmat dan kerajaan adalah milikMu. Tiada sekutu bagiMu. Daku sahut seruanMu ya Allah! Kini daku datang dengan sekeping hati yang terbuka mengharapkan keampunanMu, berkatilah dan rahmatilah perjalanan dan pengorbanan ini. Jadikanlah sebab untukku menghampirkan diri kepadaMu ya Allah". Lepas tu bas bergerak perlahan-lahan masuk ke dalam Kota Mekah. Seingat aku, bas rombongan kami berhenti berhampiran Masjid Kucing yang ketika itu kelihatan sedang dalam kerja-kerja naik taraf.
Kami sekeluarga berjalan sambil menarik beg melalui celah-celah orang ramai menuju tempat penginapan di Hera Palace. Aku, kakak dan arwah emak tinggal sebilik dan adik ipar ku tinggal di bilik lain. Udah letak beg, aku cuba pinjam kerusi roda untuk arwah emak aku. Alhamdulliah! Dapat kerusi roda untuk emak. Lepas tu kumpulan kami bergerak menuju Masjidil Haram untuk melakukan ibadah umrah.
Masjid Al-Haram!
Seinggat aku, kumpulan kami memasuki Masjid Al-Haram melalui pintu sebelah kiri masjid (nama pintu masjid tu udah lupa). Didalam masjid inilah terdapatnya Kaabah yang menjadi kiblat kepada seluruh umat Islam ketika solat. Kaabah dalam bahasa Arab bermaksud bangunan empat segi. Di-salah satu penjuru Kaabah pula, terletaknya Hajar Aswad. Di sinilah bermula dan berakhirnya tawaf. Di sebelah utara Kaabah yang berbentuk tembuk setengah lingkungan seperti huruf C ialah Hijir Ismail. Di bawah Hijir Ismail inilah makam Nabi Ismail dan ibunya Siti Hajar. Di atas Kaabah pula ada saluran air yang dikenali Pancuran Mas. Pancuran mas ini diperbuat daripada emas seberat 4 kilogram hadiah daripada Sultan Abdul Majid Khan dari Turki pada tahun 1276 Hijrah. Multazam pula adalah nama yang diberikan pada tempat yang terdapat di antara penjuru Hajar Aswad dengan pintu Kaabah. Telaga Zamzam pulak terletak di dalam kawasan Masjid Al-Haram kira-kira di bahagian tenggara Kaabah dan bertentangan dengan sudut Hajar Aswad.
Hari Kedua di Kota Mekah! Selesai solat Asar, aku keluar dari Masjid Al-Haram melalui pintu utama. Aku boleh keluar mana-mana pintu sebab aku tak pakai kasut. Aku hanya pakai selipa Jepun dan selipa tu aku masukan dalam plastik beg. Beg plastik tu pulak boleh di bawa masuk ke dalam masjid dan diletakan dibahagian kepala tikar sembahyang. Cuaca petang ne redup! Aku memang udah berniat selepas solat Asar nak jalan-jalan sekitar Kota Mekah untuk melihat carahidup, budaya dan makan-minum orang Arab. Aku memilih selepas waktu Asar kerana pada waktu inilah kebanyakan peniaga, baru mahu memulakan perniagaan. Mula-mula aku menyusuri jalan di celah-celah bangunan dan rumah kedai. Nampak sekumpulan jemaah yang mungkin dari Indonesia kerana melihat cara berpakaian, mereka memakai kain palikat, baju corak Indonesia dan bersongkok hitam.
Aku terus berjalan dari satu kedai ke satu kedai. Kekadang berbual sebentar dengan peniaga dan pekerjanya terdiri dari warga Bangladesh, Sri Lanka, India dan Pakistan. Hampir semua peniaga Arab ne termasuk pekerjanya pandai bertutur bahasa Melayu dan bahasa Indonesia. Berhenti sekejap kat kedai dounat! Nampak dari luar, kesemua meja yang disediakan tiada pelanggan. Cara mereka disini ialah bungkus (take away) dan bawa balik. Lagi pun perempuan tidak digalakkan makan-minum dalam restoran dan bercampur-gaul dengan lelaki. Aku pun beli empat keping dounat untuk di bawa balik ke tempat penginapan.
Nota Kaki: Udah tiga entri aku post mengenai Umrah dan Zirah, tetapi entri tersebut takde photo sebab waktu aku pergi umrah dulu aku tak bawak kamera. Walau cammana pun aku ada catit dalam dairi pasal aktiviti aku ketika berada di Kota Madinah dan Kota Mekah. Selepas ne aku akan post entri hari ketiga iaitu melawat Jabal Nur, Jabal Thur, Arafah, Muzdalifah, Mina dan berniat serta ihram di Jaaranah!
|
|
No comments:
Post a Comment