Salam! Sewaktu aku upload photo ni jam dinding ummah aku menunjukan kol 1730 petang. Sementara menanti waktu berbuka, aku upload 8 keping gambar dari album koleksi Mj. Bermula dengan wajah gadis Utara dalam hitam putih, diikuti watak Nur Ain dan Ekin possing ketika berkelah ke Ulu Yam, diikuti photo kulit album Siti Nurhaliza dan lain-lain.
Selesai upload gambar, aku selak sekali lagi akbar hari ini. Berita yang kita selalu terbaca ialah seludup mercun untuk hari raya, mangsa mercun, polis tahan pelacur, kebanjiran pekerja asing, kemalangan jalan raya, penyeludupan dadah dan berita pasal Olimpik London 2012 ne siap ada sisipan khas dalam akbar. Ada gak berita pasal krisis tempe di Indonesia, taman tema Lego Land Malaysia akan dibuka pada 15 September 2012, danTun Razak Exchange (TRX) akan menjadi mercu tanda terbaru KL.
Dalam banyak-banyak berita ne, selalu aku terbaca pasal penyeludupan dadah dan pelacuran. Boleh dikatakan banyak gak dadah yang cuba diseludup! Banyak gak pihak berkuasa udah rampas dadah dan simpan kat stor sebagai bahan bukti. Si pengedarnya warga asing dan penagihnya ramai orang Melayu. Ada pelajar, pekerja, suami atau isteri yang jadi penagih. Begitu juga pasal penangkapan pelacur. Tangkap dan sumbat kat kem atau pusat tahanan sementara. Kene bagi makan-minum, bil api, air dan dobi semua kerajaan kene tanggung. Lepas tu dioarang kene antar pulang ke? Kos penghantaran kerajaan tanggung. Ambik je jalan mudah iaitu tangkap - diorang bayar denda dan lepaskanlah!
Begitu gak pasal penyeludupan mercun dan bunga api. Ramai orang Melayu yang jadi penyeludup. Yang tukang beli pun orang Melayu! Ada yang udah buta, putus jari kaki, hilang jari tangan, yang udah pekak dan udah jadi bisu. Seronok agaknya jadi orang kurang upaya! Orang Melayu tak serik-serik!
Ooops! Jam dinding udah 1920- nak berbuka dah. Aku kalau udah berhenti menaip-tak sambung lagi. Selamat berbuka puasa kepada Kaki Blog! |
No comments:
Post a Comment