29 July 2012

Aktiviti di Kota Mekah


Assalamu'alaikum Yaa Shaahibi, Khifa Haaluka! Semuga anda di luar sana baik dan sihat hendaknya. Hari ketiga aku berada di kota Mekah ialah acara lawatan ke Jabal Thur, Arafah, Muzdalifah dan Mina. Pagi tu kami nenaiki bas yang sedang menunggu berhampiran Masjid Kucing. Setelah semua jemaah naik, bas pun bergerak meninggalkan Kota Mekah. Tempat yang mula kami lawati ialah Jabal Thur atau Gua Thur. Bas hanya berhenti kat kaki bukit dan kami pun turun untuk melihat  peniaga yang menjual barangan cendrahati. Dari kaki bukit ne kami boleh lihat sayup-sayup beberapa orang sedang mendaki Gua Thur dimana gua nelah tempat Rasullulah s.a.w. bersama Saidina Abu Bakar bersembunyi beberapa hari untuk mengelakan diri daripada tindakan orang-orang Quraisy semasa baginda hendak berhijrah ke Madinah.

Lepas tu bas bergerak menuju Arafah. Setibanya bas menghampiri kawasan Padang Arafah, bagunlah Mutawwif beritahu  bas tidak berhenti kat sini.  Sambil bas melalui kawasan tersebut, Mutawwif beri penerangan sedikit mengenai Padang Arafah. Tempat ne ialah salah satu tempat perhimpunan ketika musim haji setiap tahun yang juga dikenali sebagai 'wuquf'. Lepas tu bas berhenti kat Jabal Rahmah iaitu tempat bertemunya semula Nabi Allah Adam dengan isterinya Hawa setelah terkeluar dari syurga. Kat sini aku lihat ramai gak peniga yang menjual barangan cendrahati. Kat satu sudut pulak aku lihat beberapa orang jemaah sedang ambik gambar dengan sekor unta yang udah dihias cantik. Masa aku naik ke puncak bukit, aku bertemu sipenjual cincin yang menawarkan harga sepuloh rial untuk cincin berbatu hijau tapi aku tak beli. Bila turun bukit aku tanya sekali lagi pasal cincin tadi dan sipenjual tu jual kat aku hanya lima rial je! Aku pun beli dan 'halal' katanya.

Bas gerak meninggalkan Padang Arafah menuju Muzdalifah. Tempat ne terletak diantara Arafah dan Mina. Jemaah haji akan berhenti di sini sambil mengutip tujuh biji batu untuk melontar Jumrah Aqabah dan kemudiannya ke Mina. Bas yang kami naiki hanya lalu sambil Mutawwif beri sedikit taklimat mengenai Muzdalifah. Bas terus bergerak menuju Mina. Satu kawasan dimana jemaah haji diwajibkan bermalam selama dua malam. Semasa berada di Mina, jemaah haji dikehendaki menanamkan azam yang kuat supaya membuang dan meninggalkan segala pekerjaan dan perangai yang buruk. Lepas tu kami di minta berniat ihram di Jakranah.

Pada hari keempat iaitu Selasa - 27hb April 2004, adalah acara bebas. Ada yang memilih untuk bersendirian beramal di Masjid Al-Haram dan ada yang buat umrah secara kumpulan kecil menaiki bas mini atau teksi. Aku ikut satu kumpulan menaiki bas mini  keluar dari tanah haram untuk melakukan umrah. Tak ingat aku, berapa rial seorang yang kene bayar kepada pemandu bas mini tersebut. Hari kelima pulak, aku bersama rombongan pergi melawat Ladang Ternakan Unta (lupa aku nama tempat tu). Alhamdulillah!  Dapat gak aku merasa susu unta. Lepas tu kalu tak silap aku, rombongan kami melawat Muzium Mekah dan bermiqat di Masjid Hubaidiyah.

Hari keenam di Kota Mekah! Tiada lagi acara lawatan kerana dua hari lagi kami akan buat 'Tawaf Wida' iaitu tawaf 'Selamat Tinggal Mekah'. Aku kebiasaannya akan berjalan-jalan  di-sekitar Masjid Al-Haram selepas solat Asar, tapi kali ne aku keluar selepas solat Isyak. Waktu malam yang panjang ne aku habiskan dengan melawat sekitar bazzar bawah tanah yang banyak menjual jubah, tasbih dan minyak wangi. Sambil tu aku ambik kesempatan membandingkan harga yang dijual diantara satu kedai dengan kedai yang lain. Bila ada jubah yang harganya sesuai dengan kemampuan aku, aku beli lah beberapa helai untuk diberi kepada ahli keluarga nanti. Harga pakaian dan barangan cendrahati nampaknya di Kota Mekah ne sedikit murah berbanding harga yang ditawarkan di Kota Madinah. Lepas beli beberapa helai jubah aku singgah di kedai donat pasal arwah emak aku minta belikan dounat. Katanya dounat kat Mekah ne sedap lagi lembut!


Nota Kaki: Berihram di Miqat mempunyai dua pengertian dari segi masa dan tempat ihram iaitu: 1- Masa ihram umrah adalah sepanjang tahun kecuali ketika masih berihram Haji. 2- Tempat, iaitu had atau sempadan di mana seseorang yang hendak mengerjakan Umrah  diwajibkan berniat sebelum melepasi hadnya. Jika melepasi tanpa niat, diwajibkan membayar dam atau denda. Jika mereka yang datang dari Malaysia dan terus ke Madinah dahulu, kemudian ke Mekah - maka Miqat mereka ialah di Zulhulaifah atau Bir Ali, iaitu kira-kira sepuluh kilometer dari Madinah dalam perjalanan ke Mekah dengan menaiki bas. Bagi jemaah yang telah menyempurnakan Umrah pertama, mereka yang hendak buat Umrah seterusnya, Miqat adalah seperti penuduk Mekah iaitu Tanah Halal. Mereka hendaklah keluar dari Tanah Haram Mekah ke mana-mana tanah halal untuk berniat dan selepas itu masuk ke Mekah untuk mengerjakan tawaf, saie dan seterusnya tahalul. Lebih afdal berniat di Jakranah kemudian Tana'im dan diikuti Hudaibah.


No comments:

Post a Comment