29 July 2012

SELAMAT TINGGAL MEKAH



Salam! Aku sambung lagi kisah perjalanan umrah dan ziarah. Waktu Subuh yang indah iaitu 30hb April 2004, hari Jumaat. Selesai menunaikan solat subuh aku berjalan balik ke tempat penginapan untuk sarapan pagi. Biasanya sarapan pagi disediakan olih pekerja yang terdiri dari warga Indonesia. Arwah emak tak pernah turun ke bawah untuk sarapan, makan tengahari atau makan malam kerana uzur. Jadi kami bertiga (kakak dan adik ipar) bergilir-gilir hantar makanan ke bilik emak. 

Hari Jumaat di Kota Suci Mekah! Selepas sarapan, aku naik kebilik penginapan untuk bersiap-siap menunaikan solat Jumaat. Aku kene pergi awal ke Masjid Al-Haram untuk mendapat tempat berhampiran dengan Baitullah, kerana keutamaan sembahyang di dalam Masjid Al-Haram ialah kerana dapat melihat  dan berhadapan secara langsung dengan Kaabah. Sewaktu dalam perjalanan, kelihatan ramai orang sedang menuju Masjid Al-Haram yang kebanyakannya memakai jubah putih. Ada yang cacat bertongkat,  yang uzur ditolak dengan kerusi roda dan yang buta di pimpin. 

Tidak lama kemudian kedengaran suara azan dilaungkan dari puncak tujuh buah menara. Diceritakan orang sebelum ini, ketika itu diluar Masjid Al-Haram, semua aktiviti diberhentikan. Kedai dan pusat perniagaan, kakitangan pejabat, kedai-kedai emas, penukar wang di tepi jalan, termasuk para pelanggannya atau pekerjaan apa sahaja di seluruh kota suci itu akan ditutup atau ditinggalkan begitu sahaja. Jika masih ada penuduk yang lalai atau masih menjalankan perniagaan,  mereka akan diperingati atau diberi amaran oleh anggota polis dari Jabatan Amar Makruf  yang  berkeliaran di sekeliling kota Mekah.


Selesai solat Jumaat aku keluar menerusi pintu kiri. Dari sini lebih dekat dengan tempat penginapan aku yang terletak berhampiran bazzar yang sibuk. Melalui deretan kedai gunting, lepas tu deretan kedai emas, kedai pakaian  dan kedai barangan cendrahati yang sudah di buka. Ramai jemaah keluar dari masjid melalui jalan ne, jadi peniaga kecil-kecilan yang menjual jubah, inai, sayuran dan lain-lain mulalah berteriak. Mulalah bunyi riuh rendah sesuai dengan status bazzar, sama seperti ketika jemaah Masjid Jamek dan Masjid India keluar masjid melalui bazzar di Jalan Melayu-Kuala Lumpur. 


Esok! 1hb May 2004. Kumpulan kami akan buat Tawaf Selamat Tinggal. Diwajibkan kepada sesiapa sahaja yang hendak meninggalkan Kota Mekah dalam jarak dua marhalah atau lebih. Sesiapa yang sengaja meninggalkannya tanpa sebarang keuzuran adalah berdosa dan dikenakan dam. Bagi yang jatuh sakit juga diwajibkan walaupun terpaksa berusung atau naik kerusi roda, selagi tidak membahayakan nyawanya dan ia mampu membayar upahnya. Lafaz niat yang bermaksud: "Sahaja aku tawaf di Baitullah ini,   tujuh pusingan kerana tawaf selamat tinggal, maka permudahkanlah pekerjaanku dan terimalah kerana Allah Taala". Selepas selesai tawaf, disunatkan solat sunat tawaf dua rakaat kemudian berdoa. Lepas tu barulah keluar dari masjid. 


Nota Kaki: Nikmat melihat Kaabah dengan mata kepala sendiri tak terbayangkan. Bertawaf disekelilingnya diri bagaikan terlalu kerdil dihadapan kekuasaan Ilahi. Sa'ei antara Safa dan Marwah mengimbau sejarah silam Siti Hajar dan anaknya Ismail 'alaihe salam. Segala puji bagi Allah swt yang telah mengurniakan aku dan keluarga aku kelapangan dan kesihatan ketika menunaikan ibadah umrah! Kita tunggu kepulangan Majid dan Ammar dari Kota Suci Mekah. Mungkin ada photo  mengenai Masjidil Haram.                                                                                                    


No comments:

Post a Comment