Salam sejahtera kepada kenkawan semua! Entri seterusnya ialah kisah ketika aku pertama kali berada di Kota Madinah. Pada 22hb April 2004-Khamis, selepas sarapan pagi, aku bersama kumpulan lelaki keluar dari tempat penginapan untuk memulakan ziarah ka Masjid Nabawi. Arwah emak pulak bersama kakak dan adik ipar aku ikut kumpulan perempuan. Kali ne emak terpaksa gunakan kerusi roda dan disorong olih kakak dan adik ipar aku secara bergilir-gilir.
Sebelum keluar dari tempat penginapan tadi ada Mutawwif beri taklimat secara ringkas mengenai niat atau tujuan berziarah. Kami disarankan niat ialah untuk bersolat di Masjid Nabawi dan menziarahi kubur Nabi kita, Muhammad s.a.w. serta dua sahabat baginda iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar dengan diiringi doa untuk dirinya dan sekelian kaum muslimin. Ketika hendak masuk ke masjid dengan kaki kanan, kami baca doa yang bermaksud "Dengan nama Allah dan agama Rasulullah. Ya Allah, berilah selamat ke atas Nabi Muhammad s.a.w. dan keluarganya. Ya Allah, ampunilah dosa-dosa ku dan bukakanlah semua pintu rahmat Mu."
Bila masuk ke masjid, kami terus dibawa menuju Raudah untuk solat tahiyatul masjid dua rakaat. Selepas salam, kami berdoa untuk dirinya dan sekelian muslimin. Lepas tu kami di bawa menuju ke kubur Nabi Muhammad s.a.w. dan dua orang sahabat baginda dengan penuh hormat. Sebelum keluar masjid kami baca doa berikut yang bermaksud "Dengan nama Allah, selawat dan salam kepada Rasulullah, Ya Allah bukakanlah semua pintu rezeki dan kebaikan bagiku."
II- Pagi Jumaat, 23hb April 2004 Selepas sarapan pagi kami sekelurga menaiki bas untuk meneruskan acara lawatan ke-Masjid Quba', Bukit Uhud yang terdapat kubur para Syuhada dan Masjid dua kiblat. Lepas tu ziarah Masjid Tujuh iaitu tapak perkemahan tentera Islam semasa perang Khandak. Akhir sekali kami dibawa melawat Pasar Tamar. Selesai acara lawatan tersebut kami balik ke-tempat penginapan untuk bersiap-siap menunaikan solat Jumaat.
Hari kedua dan ketiga aku berada di Kota Madinah, dapat gak aku ziarah di kawsaan Perkuburan Bagi' iaitu disebelah kiri masjid. Dalam kawasan perkuburan ne hanyalah batu-batu biasa sebagai penanda kubur. Tiada batu nisan yang terukir nama si mati seperti batu-batu nisan yang terdapat di Malaysia. Dalam kawasan kubur ne gak, terdapat beratus ekor burung merpati. Yang menghairankan aku ialah kenapa burung merpati ne tidak keluar terbang dari kawasan perkuburan. Bayangkan kalau burung-burung merpati ne terbang dan berkumpul kat sekitar masjid, pasti banyak najis burung ne di sekitar Masjid Nabawi. Allah jua yang maha berkuasa dan maha mengetahui!
Selalunya aku berjalan sorang diri sekitar Kota Madinah selepas solat Zuhor atau Asar. Keluar dari Masjid Nabawi yang indah lagi bersih, menyusuri jalan-jalan yang dikelilingi bangunan dan hotel lima bintang. Kawasan ne memang bersih Beb! Lepas tu aku berjalan di lorong-lorong belakang untuk melihat peniaga menjual jubah, minyak wangi dan barang cendrahati. Ternampak aku stall kebab dan stall air buah. Nak rasa gak! Aku beli kebab ayam yang dicampur dengan kentang goreng!
- [Mj] Jumpa lagi dientri terbaru Aku diKota Mekah. InshaAllah!
|
No comments:
Post a Comment