25 July 2012

UMRAH & ZIARAH


Salam dan Selamat Berpusa! Ketika aku menaip entri ne, mungkin Majid dan Ammar dalam pernerbangan ke Jeddah Airport. Mereka dua beranak mahu merasai nikmat berpusa sambil melakukan ibadat umrah di tanah suci  Mekah dan ziarah di Kota Madinah.

Teman! Teringat aku ketika menemani arwah emak menunaikan ibadah umrah pada April 2004. Ikut sekali menunaikan umrah pada waktu tu ialah kakak dan adik ipar aku. Ketika itu semua berbelanjaan di tanggung olih Majid dengan bantuan  pakej dari Trans Bosra Travel Holidays yang beribu pejabat di Pusat Bandar Wangsa Maju (KLSC).

Pertama kali nak jejak tanah haram (tanah suci), hati bedebar-debar maklumlah aku ketika itu belum bersedia nak buat umrah. Olih sebab arwah emak waktu tu sedikit uzur, terpaksalah aku ikut gak. Menggunakan pekej umrah 12 hari dengan penerbangan Saudia Air, akhirnya sampai gak aku sekelurga di Jeddah Airport. Ketika menanti luggage, datang beberapa orang pekerja airport (warga Bangladesh, India atau Sri Langka) membawa troly untuk membantu kami membawa luggage. Selesai melalui pemeriksaan Imigresen, troly yang penuh dengan beg besar itu pun di tolak olih pekerja ke arah bus yang sedang menunggu. Selesai beg-beg dipunggah, pekerja tersebut menadah tangan sambil berkata "Lima rial". Nasib baik sebelum sampai ke Jeddah dah tukar mata wang Arab Saudi. Bagilah! Ingatkan dia buat sevice percuma Beb!

Bus mula bergerak meninggalkan Jeddah Airport. Sedikit taklimat di berikan olih wakil yang telah ditugaskan iaitu di kenali sebagai "Mutawwif". Waktu malam yang pekat, sesekali melalui kawasan rumah-rumah baglo dan sesekali kelihatan rumah kedai dan pam minyak. Sampai disatu kawasan (aku dah lupa nama tempat tu) bus berhenti dan jemaah semua turun untuk menunaikan solat Isyak. Lepas tu kami dapat nasi bungkus dan sebotol air untuk makan malam. Bus terus bergerak dan dari jauh kelihatan kawasan terang benderang, dan Mutawwit bagun dari kerusi - beritahu udah memasuki kawasan Madinah yang dahulunya digelar "Yathrib".

Aku saperti baru tersedar dari mimpi apabila Mutawwif beritahu kawasan yang paling terang yang kita sedang lihat sekarang adalah Masjid Nabawi. "Ya Allah! Aku bersyukur kepadaMu kerana aku telah sampai di Madinah". Kami semua turun dari bus dan menuju tempat penginapan iaitu di Manazel Al Fairuz kalu tak silap aku lah! Taklama lepas tu azan subuh pun berkumandang dari Masjid Nabawi.  Semua orang yang berada disekitar Masjid,  bergerak menuju Masjid Nabawi untuk menunaikan solat subuh. 

Kota Madinah! Nanti aku sambung entri hari pertama aku di Kota Madinah. Sabelum kita pergi lebih jauh apa kata kita kongsi sedikit info pasal  Kota Madinah. Dulu di gelar Yathrib dan pada zaman Nabi s.a.w. telah di tukar kepada Madinah. Kota Madinah adalah salah satu Tanah Haram yang diharamkan keatas orang bukan Islam memasukinya. Tanah, pokok-pokok dan binatangnya tertakluk kepada hukum Tanah Haram Mekah. Tanahnya tidak boleh dipindahkan, pokok-pokoknya tidak boleh ditebang dan binatang buruan tidak boleh diburu. Perbuatan tersebut hukumnya haram. Ziarah Madinah tidak termasuk dalam mana-mana pekerjaan haji atau umrah, tetapi kita digesa berbuat demikian berdasarkan kepada beberapa hdis Nabi s.a.w

Syukran Ilalliqaa! (Terima kasih dan jumpa lagi).



No comments:

Post a Comment