Cuaca sekitar Selayang memang panas. Kami singgah beli air, walaupun aku udah bawa satu botol air masak - masih tak cukup Beb! Ketika memasuki kawasan Bukit Laggong, cuaca sedikit redup. Kami kayuh sahingga melepasi penempatan orang asali, lepas tu berpatah balik arah kebun durian Mahfol. Sempat gah singgah kat sungai dan bersihkan basikal. Sampai kat kebun durian cuaca mulai gelap. Mahfol sebagai tuan umah pasang lampu dan bakar unggun api. Sabakul durian udah tersedia untuk tetamu, tunggu apa lagi!
Kami menikmati buah durian sambil berbual pasal trip berkayuh ke Taiping. Kami bersetuju iaitu trip ke Taiping pada awal bulan Oktober 2012. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Kita hanya boleh merancang dan Tuhan yang menentukan!
Masa terus berlalu - Jam 0930 malam kami mula meninggalkan kebun durian di Bukit Laggong. Cuaca nyaman dan kayuhan malam yang sangat santai. Kami singgah sekejap kat Mydin Selayang untuk pekene teh tarik! Jika kengkawan berminat untuk membaca story bergambar kayuhan ke Bukit Laggong - Kengkawan boleh juga layari blog Geng Kakikayuh di http://Bankbooks.blogspot.com! |
No comments:
Post a Comment