Salam! Pagi ne aku nak berkongsi dengan kengkawan diluar sana mengenai bicara Pocketrockman dari penulis Meor Harman Meor Shakri. Aku paparkan tulisan beliau mengenai Mohd Azizulhasni Awang ketika menyertai sukan Olimpik London 2012.
LONDON - Semalam, semua orang terutamnya dalam perkampungan sukan membicarakan tentang Mohd Azizulhasni Awang, anak muda berbakat besar yang diberi harapan tinggi untuk menghadiahkan pingat emas selepas impian badminton di sentap gergasi China di Arena Wembly, Ahad lalu.
Datuk Lee Chong Wei sudah begitu hampir untuk menamatkan kemarau penantian 56 tahun pingat emas sejak sejarah penyertaan pertama negara ke Sukan Olimpik Melbourne 1956, namun tidak kesampaian dan semalam, Azizulhasni sudah begitu hampir tetapi tewas di saat-saat akhir. Di manakan kesilapan Azizulhasni? Bagi penulis, Azizulhasni memiliki segalanya dari sudut pengetahuan seorang pelumba basikal trek.
Pengetahuannya tentang soal taktikal sama seperti pelumba lain, begitu juga keberaniannya, cara kayuhan dan persembahannya tidak menunjukkan dia kekurangan berbanding dengan jaguh-jaguh dunia seperti juara Olimpik, Chris Hoy dari Britain, Maximilian Levy (Jerman) dan Shane Perkins (Australia) yang mana ketiga-tiga pelumba ini turun ke trek, semalam berbekalkan senarai rekod puluhan kejuaraan yang pernah dikecapi mereka sebelum ini.
Ramai yang berpendapat, Azizulhsni tidak bernasib baik kerana memeliki tubuh yang kerdil yang sekali gus menggambarkan keupayaan kudratnya agak jauh ketinggalan berbanding dengan pelumba-pelumba Eropah dan Australia yang susuk tubuh mereka lebih sasa. Namun, benarkah keadaan ini sebenarnya yang menghalang Azizulhasni untuk mengecapi kejayaan.
Ada yang menyatakan, catatan kelajuan Azizulhzsni (masa terbaik) sebenarnya masih jauh jika dibandingkan dengan pelumba Eropah, justeru dari awal lagi sudah ada jangkaan pelumba kelahiran Dungun ini akan berdepan dengan masalah terutama bila memasuki situasi memecut. Jika alasan itu diterima pakai, maka benarlah anggapan ramia tubuh kecil Azizulhasni (5 kaki 7nci) dan berat 70 kilogram bukan menjadikan dia selangkah ke hadapan tetapi dua langkah ke belakang. Berbanding dengan Hoy yang memiliki ketinggian 6 kaki 1 inci dan berat badan 92kg tentunya durusi kayuhan berbeza.
Namun, bagaimana pula dengan kejayaan yang pernah dikecapi pelumba ini antaranya juara keseluruhan kerin Piala Dunia 2008-2009, pemenang pingat perak Kejohanan Dunia Berbasikal Trek UCI 2009, dan menang pingat emas di Sukan Asia Guangzhou 2010, serta banyak lagi. Tidakkah ini menafikan persoalan tentang fizikal Azizulhzsni. Dalam situasi sebegini, semua yang terlibat menguruskan pelumba ini, khususnya ketua jurulatih John Beasley dan pasukan Institut Sukan Negara (ISN) perlu mencari ramuan paling berkesan untuk memikirkan bagaimana mahu meningkatkan prestasi Azizulhasni tanpa menjadikan faktor tubuhnya sebagai halangan besar.
Jika ini adalah kebenarannya, maka rumusan yang kita boleh buat barangkali adalah Azizulhasni memerlukan sentuhan saintifik untuk meningkatkan keupayaan kayuhan dan kita masih ada empat tahun lagi untuk berbuat demikian.
Di London, dia sudah selangkah mengatasi pencapaiannya berbanding temasya Beijing 2008 dan untuk Rio 2016, biarlah dia sudah bersedia sepenuhnya apatah lagi tiada berita yang lebih baik lagi apabila mendapat tahu Hoy juga mengumumkan akan bersara selepas London 2012 - Yes, No, alright! oleh Meor Harman Meor Shakri
|
No comments:
Post a Comment