20 August 2012

DI PAGI SYAWAL


Selamat Menyambut Hari Raya Aidulfitri!  Selesai solat sunat hari raya, aku bersama isteri serta Noradila dan Nabila bergerak menuju Meru kerana tahun ini ummah Kak Ana menjadi tempat pertemuan keluarga di pagi Syawal. Bermula dari Felda Gedangsa, kami bergerak melalui gugusan Felda Soeharto, Sungai Tenggi dan seterusnya melalui Unisel. Ketika kami melalui pekan Bestari Jaya yang dolunya di kenali dengan Batang Berjuntai, pergerakan tarifik nampak sedikit lancar. Jalan punya jalan akhirnya kami  sampai gak ke simpang Jalan Kempas iaitu jalan yang menuju ummah Kak Ana. 

Ketika aku masuk ke ummah Kak Ana, udah ramai sanak saudara dan ipar duai  sedang menjamu selera. Kesempatan ini aku ambil untuk memohun maaf sambil mengenali saudara, ipar duai dan anak saudara yang semakin dewasa. Selepas ne tradisi Syawal akan diteruskan ke pusara ibu, ummah Kak Timah, pusara ayah dan ummah Mak Mertua di Felda Gedangsa.


Kat bawah ne aku selitkan photo-pic entri Di Pagi Syawal  dengan menggunakan kamera Nikon Coolpix. Selepas ne akan menyusul entri Klik! Syawal+13. Salam Idulfitri dan aku minta maaf, zahir & batin kepada kengkawan dan kaki blog yang selalu terklik blog aku!




No comments:

Post a Comment