Bahagian Dua! Sambungan entri Pusara Ibu & Deco Kak Ana. Sabtu-Lebih kurang pukul 0300 petang, kami sampai kat ummah adik Ali. Ali dan anaknya ikut sekali nak ziarah pusara. Perjalanan diteruskan menuju Sungai Besar untuk membeli beras, ikan dan buah-buahan. Aku ke kedai runcit untuk beli beras dan Majid ke gerai buah-buahan. Selesai urusan beli beras dan buah, kami cadang nak beli ikan. Dioarang kata kat Sungai Besar ne ikannya masih fresh lagi. Pusing punya pusing tak pulak jumpa pasar basah. Bila tanya orang yang lalu lalang kat situ-pasar basah dah pindah berhampiran stadium!
Tak jadilah beli ikan! Nanti kalau ada Bazzar Ramadhan kita singgahlah kata Majid. Kereta terus bergerak menyusuri jalan - pemandangan tali air di sebelah kiri dan sawah padi di sebelah kanan. Ketika ne udah musim menuai, tapi ada gak kawasan sawah padi yang belum di tuai kerana belum cukup masak. Kami berhenti sekejap untuk snap beberapa keping photo pemandangan tali air dan sawah padi. Dalam perjalanan Majid sempat gak telepon Kak Timah tapi tak berjawab. Untuk kepastian, kami gerak dulu menuju ummah Kak Timah.
Sampai udah ummah Kak Timah! Kak Timah dan Abang Ali ada kat ummah, tapi telepon tutup. Kami turunkan beras, buah-buahan, kurma dan air zam-zam. Bila dengar kami nak ziarah kubur arwah ayah, Kak Timah pun nak ikut sama. Dalam perjalanan menuju pusara, kami singgah kat bazzar Ramadhan untuk beli kueh. Lepas tu perjalanan diteruskan dan sampai kat Masjid kami pun singgah untuk solat Asar. Selesai solat, kami sekeluarga gerak ke arah tempat bersemadinya arwah ayah. Kawasan tanah perkuburan ini hanyalah di belakang Masjid. Al-Fatihah buat arwah ayah (Hj Japri bin Ahmad), muga-muga roh arwah di cucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman. Al-Fatihah juga buat arwah-arwah yang terdahulu. Amin!
|
No comments:
Post a Comment