12 August 2012

PUSARA IBU & DECO KAK ANA


Pusara Ibu

Salam! Semalam hari Sabtu bersamaan 11hb Ogas 2012, aku bersama Majid serta Ammar ge melawat pusara ibu yang telah bersemadi di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Al-Taqwa, Bukit Kapar. Sebelum kami bertolak ke pusara ibu, aku ada ajak Abang Omar turut serta-tapi abang Omar tak dapat ikut. Tujuan kami pagi tu ialah untuk melawat pusara ibu dan ayah sambil Majid hendak bahagikan buah kurma dan air zam-zam kepada keluarga terdekat. Kesempatan ini juga aku ambil untuk bahagikan kain palekat, beras dan pakaian terpakai kepada keluarga yang memerlukan.

Bermula dari rumah adik Midah! Kami singgah sekejap sambil hantar buah kurma, air zam-zam dan kain palekat.  Lepas tu perjalanan di teruskan menuju pusara ibu. Al'Fatihah buat arwah ibu (Hajjah Siti bt Mohamed), semuga roh ibu dicucuri rahmat dan ditempatkan bersam-sama orang yang beriman. Al'Fatihah juga buat arwah-arwah yang terdahulu - ayah, abang dan adik bongsu aku. Amin! Yarabbil Alamin.



Lepas tu kami singgah di ummah Kak Ana. Sambil Majid chit-chat dan bertanya khabar, aku sempat snap beberapa photo deco untuk hari lebaran. Pada pandangan aku, deco ummah Kak Ana tahun ne nampak menarik dengan warna merah yang seimbang. Sekali pandang gempak gak! Dua kali pandang macam kedai perabut pun ada gak. Hehehe...

Lepas ne perjalanan kami akan diteruskan ke ummah adik Ali, pusara ayah, singgah di ummah Mak Cik dan akhir sekali singgah dan berbuka puasa di ummah Kak Timah atau lebih mesra di panggil Kak Long. Kapada kengkawan blogger semua, ikuti siri kedua lawatan kami dengan entri bertajuk Ziarah Pusara Ayah!


No comments:

Post a Comment