"Sedang dunia memerhatikan sahaja tentera laut Israel melepaskan bedilan meriam dari pantai Gaza dan membunuh lagi empat kanak-kanak Palestin yang sedang bermain bola dipantai - di daratan pula kereta kebal tentera Isreal menembak mati tiga penduduk, sekaligus menjadikan angka kematian serangan rejim Zionis Isreal meningkat kepada 230 orang dan 1,690 orang lagi cedera".
I- Waktu Subuh, tiba-tiba kita dan masyarakat antarbangsa dikejutkan pulak dengan tragedi pesawat MH17, milik MAS yang dipercayai ditembak jatuh dengan peluru berpandu di Ukraine hingga mengorbankan 298 penumpang termasuk kru kapal. Secara kebetulan atau tidak, perhatian dunia yang ketika ini tertumpu kepada masalah Palestin dengan Isreal hilang begitu sahaja.
Tragedi malang ini menambahkan lagi kemelut dalam syarikat penerbangan Malaysia (MAS) yang sebelum ini diberitakan mengalami kerugian berpanjangan mungkin selepas pertukaran saham dengan AirAsia dimana ada perkhidmatan laluan yang boleh menguntungkan syarikat udah dicantas. Begitu juga dengan kontrak mengangkut angkatan tentera Malaysia, waran perjalanan penjawat awam dan visa penerbangan untuk pekerja asing, semuanya diberi kepada syarikat penerbangan lain termasuk kehilangan MAS Catering dan Bangunan MAS di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur yang udah di jual. - Sumber ini aku ambik dari tulisan Rahaman Abbas dalam ruangan Forum UM, Khamis 17/07/2014.
MH17 & BUK
II- Pesawat MH17 itu dipercayai ditembak jatuh dengan menggunakan pelancar peluru berpandu yang dikenali sebagai BUK yang dilancarkan oleh kumpulan pemberontak pro-Rusia di timur Ukrain. Bukti yang menunjukkan para pemisah yang pro-Rusia terlibat dalam kejadian itu sangat kuat kerana kumpulan itu pernah memberitahu dilaman Twitter pada 29 Jun lalu, mereka berjaya menawan sebuah pelancar peluru berpandu BUK.
Sistem peluru berpandu BUK yang dikenali SA-11 Gadfly dicipta oleh Kesatuan Soviet (Rusia) pada tahun 1979 bagi menembak jatuh pesawat, peluru berpandu dan pesawat pengintip kawalan jauh. Pelancar itu mempunyai empat buah peluru berpandu yang diletakan di atas trak. Pelancar itu mampu membawa peledak seberat 70 kilogram dan boleh menembak sebuah pesawat pada ketinggian sehingga 23,000 meter.
[Info : Dari berita-berita yang disiarkan di kaca Tv dan akhbar, pesawat komersial 777-222, milik MAS itu berlepas dari Amsterdam pada pukul 1215 tengah hari waktu tempatan dan dijadulkan tiba di KLIA pada pukul 0610 pagi waktu Malaysia].
RUSIA & UKRAINE
III- Punca konflik Rusia dan Ukraine berbalah adalah disebabakan kerajaan pro-Barat Kiev dengan puak pemisah yang mahu menyertai Moscow. Perbalahan ini telah belarutan sejak empat bulan lalu di mana Presiden Rusia, Vladimir Putin cuba mengulangi krisis di wilayah Crimea dalam skala yang lebih besar.
Diberitakan iaitu Putin tidak kisah tentang sekatan yang bakal dilakukan oleh Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah (EU). Yang menjadi keutamaannya ialah mencapai hasrat untuk mengembalikan Empayar Rusia dan zaman kegemilangan Kesatuan Soviet. Menurut seorang pegawai NATO, Rusia telah meningkatkan kehadiran tenteranya di sempadan Rusia-Ukraine dengan jumlah dianggarkan lebih 12,000 orang.
KESIMPULAN
Tergedi menyayat hati ini telah mempengaruhi pasaran saham dimana kejatuhan Saham Malaysia Airline System Bhd. (MAS) sebanyak 2.5 sen kepada 20 sen sesaham semasa bursa ditutup. Sebelum ini, pemegang saham terbesar MAS, Khazanah Nasional Bhd dikhabarkan merancang untuk menjalankan penyusunan semula syarikat.
Impak dari tergedi ini juga, pastinya akan mengurangkan keyakinan penumpang terhadap penerbangan MAS dimana syarikat pesaing akan mengambil kesempatan dan MAS kali ini adalah mangsa yang terpaksa menghadapi permainan dari pemain-pemain industri penerbangan.
Begitu juga dengan kes rejim Zionis yang ketika ini ketawa besar dan terus memperhebatkan serangan ke atas Gaza kerana tumpuan dunia hanya terarah kepada insiden MH17. Barack Obama, Ban Ki-moon (Setiausaha Agung PBB), Petro Poroshenko, Vladimir Putin, Susilo Bambang Yudhoyono, Lee Hsien Loong, Yatsenyuk, Tony Abbott serta David Cameron dan hampir kesemua pemimpin dunia memberi reaksi segera dalam kes MH17 ini, tidak seperti kes serangan Isreal di Gaza yang kebanyakan pemimpin dunia takottt untuk bersuara, Wallahukalam!
-Mj mengucapkan Salam takziah buat keluarga yang telah kehilangan insan-insan tersayang. Semoga mereka dirahmati Allah, Al-Fatihah! |
No comments:
Post a Comment