10 July 2014

SECAWAN TEH TARIK!




Di Surau!
Sebaik sahaja selesai solat Tarawih berjemaah, kami bersalam-salaman sambil berselawat keatas junjungan Nabi Muhammad SAW. Ketika ini ada jemaah yang meneruskan solat sunat, ada yang keluar terus balik ke rumah dan ramai gak jemaah  yang beratur untuk menggambil makanan yang disediakan oleh pihak Surau.

Sedang
aku terkil-kial mencari sebelah lagi selipe warna oren, aku disapa oleh jiran aku si Mail.

"Hai, nak balik dah ke?"

"Yelah Bro! malam ne moreh nasi minyak dengan ayam karilah. Tadi waktu berbuka, aku dah pekene nasi. Tak boleh masuk lagilah".

"Samalah aku. Apa kata kita pekene teh tarik"
cadang si Mail sambil menunjukkan sebelah selipe aku warna oren yang terbalik.

"Cantek gak tu, Jom"
Kami gerak ke restoran Hj Sulaiman yang letaknya dibawah blok D, dimana restoran ini menjadi tumpuan penduduk disekitar kejiranan tempat aku tinggal, lagi-lagi ketika demam Piala Dunia.

"Mamak!"
Jerit si Mail sambil melambai tangan, sebaik sahaja kami mengambil tempat di kaki lima restoran. Salah seorang pekerja restoran menghampiri meja kami.
 

"Kasi, satu teh O ice satu teh tarik"

"Laa, apasal oder teh O ice. Tadi kata nak pekene teh tarik?".

"Hauslah"
Jawab Mail sambil matanya memandang sreen Tv yang menyiarkan siaran ulangan bola sepak piala dunia antara Jerman lawan Brazil. Restoran ne menyediakan tiga screen Tv LCD yang digantung dikiri restoran, kaki lima pintu masuk dan bahagian dalam restoran.

Tidak lama kemudian pekerja restoran meletakan segelas teh O ice dan secawan teh tarik diatas meja kami. Si Mail terus sahaja menyedut teh O ice sambil memulakan bicara tentang kekalahan memalukan dalam sejarah Piala Dunia dimana tuan rumah Brazil kene belasah 7-1 oleh Jerman pada perlawanan separuh akhir di Stadium Mineirao Belo Horizonte awal pagi semalam.


Alasan Brazil tentulah kerana ketiadaan pemain utamanya, Neymar yang mengalami kecederaan tulang belakang juga tanpa kapten pasukan, Thiago Silva yang menjalani penggantungan satu perlawanan. Di tambah pula dengan kegagalan mengawal tekanan yang dihadapi pasukan Brazil ekoran harapan rakyat negara tersebut untuk menjulang Piala Dunia 2014, sambung si Mail.

"Sepatutnya Malaysia tiru cara Jerman main bola, macam kata seorang wartawan iaitu Brazil memiliki Neymar, Argentina mempunyai Lionel Messi, Portugal pula ada Cristiano Ronaldo tetapi Jerman memiliki pasukan yang hebat".

"Yang tu aku setuju Bro, jangan terlalu bergantung pada populariti seseorang pemain. Sape sangka Portugal dan Brazil boleh kalah kali ne".
Balas si Mail sambil membetulkan duduknya dikerusi plastik warna kelabu.


"Macam skud Harimau Malaya, wartawan siap kata jaguh kampung. Mana tidaknya, nak lepas sebelah kaki kat Asia pun susah, ne kan pulak nak berangan masuk Piala Dunia. Kita sama-sama tenguk, apa yang boleh dibuat oleh jurulatih Dollah Salleh dalam kempen Piala AFF Suzuki 2014 di Singapura dan di Vietnam pada Disember nanti.
Si Mail berhujah penuh semangat. Air teh O ice yang tinggal separuh tadi udah habis disedutnya.

"Kecian aku tenguk Harimau Malaya".

"Kenapa pulak?"

"Team Harimau Malaya sebenarnya taklah segagah macam namanya. Kebanyakan pemain tidak bangga menjadi pasukan Malaysia. Diaorang lebih pentingkan semangat kenegerian, permainan pulak tidak tersusun dan sangat pentingkan diri sendiri. Pemilihan pemain skud Harimau Malaya lebih bergantung kepada cable dan keroni. Tupasal  pemain bukan Melayu kurang berminat untuk bermain bola sepak".


"Mamak! Teh tarik satu" sekali lagi si Mail menjerit. Salah seorang pekerja restoran respon sambil menjerit gak ke arah kauter pembacuh air.

"Wah! Oder lagi, macam nak duduk lama Bro".

"Awal lagi, kan baru pukul 1045. Orang kat surau pun belum habis lagi mentedarah moreh. Ni ha! Aku nak bagitau, lepas raya ne aku berhenti kojer. Surat notis aku dah hantar!"

"Dapat kerja baru ke, kat hotel mana?"
Hairan gak aku pasal tiba-tiba si Mail hendak berhenti kerja. Dulu katanya kerja sebagai Doormen itu menarik, banyak dapat tips yang diberikan oleh tetamu termasuk bapa ayam dan samseng-samseng yang mahukan petak kereta di depan hotel.

"Aku taknak kojer kat hotel lagi. Duit yang aku dapat tak berkat, macamana banyak pun tak pernah cukup, hati selalu risau tak tentu pasal. Aku kojer kat hotel tu lebih kepada bersubahat" jelas si Mail bersunguh-sunguh.

"Bersubahat? Aku tak fahamlah apa maksud Bro!"

"Salah satu contohnya, bila aku kojer malam aku banyak dapat tip, kekadang tu bapak ayam bagi aku RM 50.00 hanya untuk letak keretanya sekejap, sementara ayam-ayamnya melayan tetamu di bilik hotel. Bukan ker itu namanya subahat. Ada kes-kes lain yang aku kira bersubahat seperti penjualan arak misalnya".


"Arak! Tapi Bro tak minumkan".


"Susah nak cakap Bro, lagi-lagi kalau kojer shif malam".

"Syukurlah kalau Bro dah sedar. Masa bulan Ramadan camnelah kita banyakkan berdoa, muga-muga ditunjukan jalan yang benar. Banyakan bacaan sebagaimana yang dianjurkan Nabi SAW ketika hendak berbuka atau di waktu mana juga yang maksudnya "Naik saksi aku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah, kami mohun kepadaMu akan Syurga dan kami mohun perlindunganMu dari Neraka". - Wallahuaklam!



Nota Kaki :
Ketika entri ini ditaip, Tentera Israel sedang melancarkan serangan roket bertubi-tubi ke Gaza, akibatnya 12 penduduk Palestin maut sementara 80 yang lain cedera.  - AFP/Reuters

 


No comments:

Post a Comment