24 December 2013

BERCUTI Ke FIREFLY PARK RESORT



Asalnya
kami bertiga cadang nak bercuti ke Teluk Intan, Perak tetapi saat akhir tukar pulak lokasi iaitu ke Firefly Resort, Bukit Belimbing-Kuala Selangor. Bukan apa! Cuti kali ne nak bawak emak @Mak Mertua sekali. Disebabkan emak mertua sedikit uzur dan sering pening kepala ada baiknya memilih tempat percutian yang paling dekat dengan Kelompo.

Jam 1045!
Perjalanan kami menuju Kuala Selangor mengambil masa lebih satu jam pasal Jalan Raja Musa sedang dinaik taraf. Oleh kerana waktu 'check in' kul 0200 petang, kami bertiga meneruskan perjalanan ke Tanjung Karang untuk makan tengahari. Singgah di pekan dan makan soto serta tapai pulut merah. Kat pekan ne memang terkenal dengan soto, tapai, sate serta cendol pulut.

Dari Tg Karang!
Kami meneruskan perjalanan ke Firefly Resort yang terletak di Bukit Belimbing-Kuala Selangor. Akhirnya, jam 1400 petang kami mendaftar masuk ke chalet dengan bayaran RM180.00 semalam. Chalet yang kami sewa ne mempunyai 2 bilik berhawa dingin, sebuah bilik air dan tandas sekali.

Chalet!
Mempunyai 12 buah chalet yang didirikan kat tasik buatan manusia. Tidak jauh dari chalet ada sungai Putting Beliong dan jetty untuk naik boat (waktu malam sahaja), kerana air sungai pasang bermula pada jam 1930 malam. Waktu camnelah selalunya pelancung mula ramai  nak tenguk kelip-kelip!

Bukit Melawati!
Lepas waktu Asar kami menyambung percutian dengan membawa emak melawat Bukit Melawati dengan menggunakan trem. Sebenarnya ada banyak tempat yang boleh dilawati seperti Taman Alam, Taman Ikan Air Tawar, Muzium Sejarah, Telaga Tujuh, Batu Hampar, Meriam Penggawa dan Perigi Beracun.


Emak
tidak boleh berjalan jauh, kami hanya berhenti di puncak Bukit Melawati melihat pemandangan dan aksi monyet-monyet jenis silver dan ekor panjang. Lepas tu kami naik trem semula menuruni bukit menuju Taman Ikan Air Tawar. Disini pong kami bertiga tidak turun kerana kelihatannya emak tidak mampu untuk berjalan jauh. Lepas tu kami gerak arah ke Tesco yang terletak di kawasan bandar baru, pasal nak minum kat foodcourt.


Waktu Malam!
Selepas sembahyang Magrib, kami bertiga keluar dari chalet, beli tiket nak tenguk kelip-kelip atau istilah lainnya kunang-kunang. Harga tiket setiap seorang ialah RM15.00. Walaupong harganya sedikit mahal tetapi itulah kos yang sepatutnya kena bayar. Untuk melihat kelip-kelip kita dilarang membawa lampu suluh, membawa ubat nyamuk dan juga dilarang buat bising ketika operasi pengembaraan kelip-kelip sedang dijalankan.



Sedikit Info!
Kelip-Kelip :
Untuk pengetahuan kenkawan, kelip-kelip adalah sejenis serangga bersayap yang mengeluarkan cahaya pada waktu malam. Kelip-kelip adalah serangga dari kumpulan kumbang dan specis jenis 'Pteroptyx Tener'. Kelip-kelip ini cuma berukuran 6mm panjang dan kadar kelipannya adalah 3 kelipan sesaat. Kelip-kelip jantan mengeluarkan cahaya lebih terang berbanding sibetina kerana bertujuan untuk menarik perhatian sang betina. Jangka hayat kelip-kelip selama 2 hingga 3 bulan sahaja.


Pokok Berembang!
Juga dikenali sebagai 'Sonneratia Caseolaris' adalah sejenis pokok bakau yang tumbuh liar ditebing Sungai Selangor. Pokok tersebut amat sesuai sebagai habitat kelip-kelip selain bertindak sebagai penapis kekotoran dan racun bagi tujuan   air bersih untuk hidupan di sungai.

Jam 1945
Malam!
Kami bertiga udah siap memakai 'jacket keselamatan' sebelum menaiki boat. Ikut syarat-syarat yang tertara kat belakang tiket iaitu harga tiket yang dibeli adalah termasuk premium insurans dan tiket yang udah dibeli wangnya tidak akan dikembalikan. Betullah tu!

Naik Boat!
Setiap boat boleh diisi dengan penumpang lebihkurang 10 orang. Masa yang diambil untuk pengembaraan melihat kelip-kelip ne mungkin lebih kurang 20 minit sahaja. Boat ini menggunakan injen senyap dan tidak memasang lampu bagi mengelak kelip-kelip tu terkejut beruk! Berbeza dengan cara melihat kelip-kelip di Kampung Kuantan. Disitu (Kg Kuantanlah!) pelancung disediakan sampan dan didayung oleh seorang pendayung. Kalau tak silap aku, harga sewa sebuah sampan untuk melihat kelip-kelip sebanyak RM50.00. Sekianlah cerita-chetera dari Mj!

















No comments:

Post a Comment