24 December 2013

Bukit Melawati | Kuala Selangor


As Salam! Ini adalah kali ketiga aku ke Bukit Melawati-Kuala Selangor. Sengaja aku memilih untuk datang ke sini kerana lokasinya tidak jauh sangat dari Kelompo. Sebelum ne, aku datang pada hari biasa, (maksud aku bukan hujung minggu), jadi tak pernahlah aku naik trem! 

Trem!
Kalau kenkawan nak merasa pengelaman naik trem ada baiknya datang pada hari Sabtu dan Ahad. Perkhidmatan trem bermula berhampiran pintu masuk ke Bukit Melawati dengan bayaran RM5.00 seorang (dewasa), sah untuk satu perjalanan sahaja.

View!
Trem bergerak arah Bukit Melawati dan penumpang turun di puncak bukit dan akan disambut oleh sekumpulan monyet. Dari pucak bukit tersebut, kenkawan akan dapat melihat pemandangan laut Selat Melaka dan Sumatra, Indonesia. Di situ juga kenkawan boleh memberi makanan pisang atau kacang panjang kepada monyet (silver-leated monkeys) dan lotong (longtailed macaques).

Tempat Sejarah! Kenkawan juga boleh singgah melawat Muzium Sejarah, Batu Hampar, Telaga Tujuh dan Perigi Beracun. Setelah puas mengunjungi tempat tersebut, perjalanan diteruskan dengan menaiki trem menuruni Bukit Melawati, lalu kat pekan lama Kuala Selangor dan trem akan meneruskan perjalanan ke Taman Ikan Air Tawar. Selepas itu tunggu trem untuk membawa kenkawan semula ke stesen terakhir di pintu masuk Bukit Melawati.


Lapar!
Sekiranya perut udah terasa lapar, kenkawan boleh singgah di Bagan Restoran (coner lot) berhadapan Masjid tidak jauh dari lokasi pintu masuk ke Bukit Melawati. Di hadapan restoran tersebut kenkawan akan nampak nanti Mak Cik sedang membakar ikan keli dan ikan kembong sebagai 'trade mark'. Aromanya membutkan air liur melilih dan kalau dah makan tentu ketagih! Hehehe...

Cafe!
Kalau taknak makan nasi berlaukan ikan bakar dan ulam-ulam sambal belacan, ada gak cafe yang menyedikan makanan ala'barat (sebaris dengan Restoran Bagan), tetapi taktau pulak status halalnya pasal aku belum pernah masuk Beb! Mungkin kalau aku datang sekali lagi ke Kuala Selangor nak gak jenguk-jenguk status cafe-cafe disitu.

Tempat Tido!
Kalau rasa letih dan mengantuk ada baiknya bermalam sahaja di Kuala Selangor. Ada beberapa hotel dan rumah rehat disitu seperti De Palma, Sun Inn, Melawati Ria Hotel, Taman Alam atau bermalam di Firefly Park Resort kat Bukit Belimbing, Kuala Selangor.

Bermalam!
Sekiranya kenkawan ingin bermalam di hotel atau resort, pastikan dapat info serba sedikit tentang harga bilik, jenis bilik serta kemudahan yang disediakan oleh pihak hotel melalui carian di internet. Sepekara lagi, kepada pasangan yang udah bernikah, jangan lupa membawa sekali Surat Perakuan Nikah atau Kad Nikah sebagai bukti sekiranya ada pihak berwajib mengetuk pintu bilik nanti!


Manafaat Percutian!
Sebut pasal bercuti ne, kita bukan sekadar untuk berehat selepas penat bekerja tetapi percutian dapat mengeratkan ikatan perkahwinan kerana ketika bercuti, pasangan lebih bersedia dan tertarik untuk melakukan pelbagai aktiviti  secara bersama.


Bercuti
juga mampu menyegarkan minda, mampu membebaskan individu daripada stres juga memungkinkan seseorang untuk membuat keputusan yang lebih bijaksana di tempat kojer. Secara tidak langsung percutian membantu meningkatkan prestasi kerja dan menjadi lebih produktif. Bab ne bukan aku yang cakap tetapi dari kajian Penelitian National Institute of Health.

Kajian!
Satu kajian dari pimpinan profesor psikologi Le Moyne College, Amerika Syarikat, Dr Krystine Batcho, menjelaskan individu yang dapat mengimbas kenangan lalunya sewaktu percutian, berupaya memperbaiki dan mengekalkan perhubungan peribadinya. Nostalgia yang diimbau membuatkan individu lebih menghargai perhubungan serta persahabatan selain membentuk perasaan kasih sayang. - Wallahu-alam!









No comments:

Post a Comment