06 December 2013

KUALA KERAI KE GUA MUSANG!


Hari Ketiga!
Aku dan Mahfol pagi ne sudah siap sedia untuk bergerak ke Bus Station Kuala Kerai. Diluar bilik, kedengaran titis-titis air hujan bersatu
dengan siulan burung walid, itulah suara alam di pekan Kuala Kerai.


Kami
chacked out dari bilik hotel budjet (Hotel Seri Maju), berjalan arah ke warung untuk bersarapan. Ketika kami sampai diwarung,
orang ramai terutamanya pekerja pejabat sedang asyik menjamu selera dengan nasi lemak berlauk. Mahfol sarapan dengan secawan milo panas dan aku minum teh O bersama dua ketul kuih Melayu.

Station Bus! Sementara menunggu bas tiba, Mahfol berbual-bual dengan seorang lelaki dan aku pulak ambik kesempatan merakam beberapa keping gambar menggunakan kamera hanpon Sony Ericsson XPERIA. Sewaktu aku merakam gambar, sempat gak aku bayangkan keluasan pekan ini yang mungkin hampir sama luasnya dengan pekan Gerik di Perak.

Pekan Kuala Kerai! Hujan masih lagi turun dan dikira lebat sepanjang malam  hingga ke pagi. Mengikut dari kata-kata lelaki yang berbual dengan Mahfol tadi, sekiranya hujan berterusan lebih 24 jam, kemungkinan ada disetengah kawasan rendah di Kuala Kerai akan ditenggelami air.

Ke Gua Musang! Bus yang kami tumpangi bergerak meninggalkan pekan Kuala Kerai menuju pekan Gua Musang. Perjalanan memakan masa selama lebihkurang dua setengah jam dengan bayaran tiket RM12.40 seorang. Sepanjang perjalanan, aku melihat di kiri jalan ialah hutan simpan dan disebelah kanan pula dipenuhi dengan tanaman kelapa sawit. Ada sekali tu, bas memasuki kawasan Felda dan keluar semula ke jalan besar menuju Station Bus Gua Musang.

Tiket Bas! Kami tiba di pekan baru Gua Musang pada jam 1230 tengahari. Sebelum meneruskan perjalanan arah ke Kuala Lipis ada baiknya kami makan tengahari di sini. Singgah di sebuah kedai yang menjual nasi kukus. Lepas makan kami gerak arah Station Bus untuk membeli tiket bas ke Kuala Lipis. Sayangnya, tiada perkhidmatan bas ke Kuala Lipis. Lagipong kata pekerja dikauter tiket, ketika ini ada kawasan udah banjir, seperti di Kuala Lipis dan Jerantut.


Ke Kuala Lipis!
Kami buat keputusan untuk menaiki keretapi 'Shuttle' ke Kuala Lipis. Tido semalam di Kuala Lipis, lepas tu gerak ke Jerantut  dan terus ke Taman Negara, Kuala Tahan. Tido semalam-dua di Taman Negara dan lepas tu barulah balik ke Kelompo. Ikut plan atas kertas memang nampak cantek! Taktau pulak bentuk rintangan dan halangan yang akan mananti kelak.


Station KTM! Kami tiba di Station KTM dengan menaiki teksi
, bayar RM15.00 walaupong jarak perjalananya tidaklah jauh sangat. Mahfol kata, kira halal-lagipong wang tu tentu rezeki anak-isterinya. Ketika Mahfol beratur di kauter tiket tadi, jam udah menunjukan pukul 1330 petang. Pekerja dikauter bagitau iaitu tiket ke Kuala Lipis dan Ke Kuala Lumpur sudah habis. Kami disaran datang semula ke kauter tiket jam 1500 petang, kalau-kalau ada penumpang yang membatalkan perjalanan mereka. Harap-harap begitulah hendaknya. Apapong kita sembahyang Zuhur dulu!

Jam 1500 Petang! Mahfol beratur di kauter tiket KTM. Aku pula menunggu dengan debar berita dari Mahfol di kantin KTM. Untuk menghilangkan debaran, aku pekene secawan teh sambil hati berbisik agar perjalanan 'kembara' kami dipermudahkan. Tidak lama kemudian Mahfol datang dengan senyuman. Tiket Shuttle untuk ke Kuala Lipis masih ada dan tiket untuk ke Kuala Lumpur pong ada. Mahfol ambik keputusan untuk balik Kelompo kerana keadaan cuaca yang tidak menentu terutama di-kawasan yang ditenggelami air seperti di Kuala Lipis dan Jerantut.

Batal! Misi kembara ke Taman Negara, Kuala Tahan terpaksa dibatalkan. Tambang tiket dari Gua Musang ke Kelompo ialah RM38.00 (seorang) dan jadual perjalananya pula pada jam 2213 malam. Sekarang baru jam 1515 petang waktu di Station Gua Musang, ini bermakna kami terpaksa duduk, bangun, duduk, bangun dan berjalan sekeliling station selama 7 jam lebihkurang. Huhuhu!


Sedikit Info : Tiada perkhidmatan bas ke Kuala Lipis. Hanya ada service Shuttle KTM dari Tumpat dan tiba di Station Gua Musang jam 2035 malam. Jika anda ingin melakukan kembara backpacker bandar ke bandar, ada baiknya anda menaiki keretapi dari Station Wakaf Bharu ke Station Kuala Lipis.










No comments:

Post a Comment