Assalamualaikum! Sebelum aku terus menaip, ada baiknya aku selak dulu Kamus Dewan Edisi Baru bagi merujuk kepada takrif atau huraian makna 'Undang-Undang'. Muka surat 1435 menghuraikan makna undang-undang ialah: 1.Sesuatu peraturan atau keseluruhan peraturan yang digubal (dibuat) oleh kerajaan dan mesti dipatuhi oleh masyarakat yang berkenaan: di dlm sesebuah negara demokrasi, parlimen membuat ~ yang mesti diikuti oleh setiap orang.
2. Peraturan-peraturan yg digubal untuk sesuatu perbadanan (perkumpulan), persatuan dan lain-lain) oleh orang-orang tertentu: tiap-tiap ahli hendaklah patuh kepada ~ persatuan ini. 3.Id rumusan yang dibuat berdasarkan hukum alam (dlm ilmu sains dll).
Antarabangsa! Undang-undang yang mengatur perhubungan antara negara-negara ~ dasar Id perlembagaan; ~ darurat undang-undang yang dikuatkuasakan dlm masa berlakunya keadaan darurat sahaja. Jenayah undang-undang mengenai perbuatan-perbuatan jenayah seperti perbuatan merompak, membunuh dll.
1. Kes Belasah Remaja! Semalam empat lelaki didakwa di Makamah Majistret Ampang atas pertuduhan membunuh seorang remaja yang disyaki mencuri wang tabung masjid dua minggu lalu. Mereka didakwa membunuh Mohamad Shah Reza Fauzi, 20, di tangga tepi pagar Masjid Al-Azim, Jalan Pandan Indah, Ampang Jaya pada pukul 5 pagi 3 Disember 2013.
2. Kes Konspirasi Bunuh! Ketua ajaran sesat 'Tuhan Harun' dan tiga pengikutnya dihadapkan ke Makamah Tinggi Kuantan berhubung tuduhan membunuh Ketua Penolong Pengarah (Penguat Kuasa), Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), Ahmad Raffali Abd. Malek, bulan lalu.
Dua contoh kes diatas mungkin disebabkan oleh rasa geram, panas baran dan dendam yang terbuku di hati mereka. Seperti empat lelaki yang kene tuduh membelasah hingga mati seorang lelaki yang disyaki mencuri wang tabung masjid. Mencuri itu memang satu kesalahan tetapi jika belasah budak tu sampai mati pong satu kesalahan. Malah, dari segi logik dan hukum akal, perbuataan membunuh itu lebih besar kesalahannya dari mencuri.
Apabila kes-kes seperti ini dibualkan di kedai kopi, kawan-kawan aku mulalah bertegang urat. Seorang menyokong keputusan membelasah sipencuri wang tabung masjid kerana katanya, sipencuri memang patut dihukum. Niat diaorang hanya mahu memberi pengajaran bukan berniat untuk membunuh. Kawan aku yang sorang lagi ne tidak setuju kalau sipencuri dihukum terlebih dahulu sebelum dibuktikan kesalahannya. Lagipong katanya, kalau ikut hukum 'hudud' sipencuri hanya kene potong tangan bukannya di hukum bunuh.
Hukum Hudud! Bercakap pasal hudud ne orang yang paling layak bersuara ialah Tuan Guru Dato' Haji Nik Abdul Aziz. Pada Tuan Guru, media dan musuh-musuh Islam memberi pandangan serta persepsi negetif kepada hukuman hudud. Dalam blog, beliau ada menulis: "Hudud" bukanlah bermakna hukuman sebat dan potong tangan semata-mata. Malangnya wajah hudud diberikan imej yang cukup buruk oleh media Barat dengan sokongan media sekular dari dalam negara menjadikan masyarakat seringkali tersalah anggap perihal hudud. Hakikatnya hudud bermakna: batasan. Setiap apa yang diperintahkan atau dilarang oleh Allah itulah yang dinamakan batasan. Melanggar batasan dengan meninggalkan apa yang disuruh atau mengerjakan apa yang dilarang itulah yang disebut sebagai melanggar hududullah. Al- Quran menyebut perkataan hudud bukan sahaja dalam bab jenayah, tetapi dalam masalah peraturan rumah tangga dan nikah cerai." - Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Nota Kaki : Tulisan mengenai hukum hudud ini aku salin dari buku Pemikiran Tuan Guru, hasil karya Mohd Aizat Mohd Salleh al-Hafiz. Cetakan Kedua 2011 oleh PTS Millennia Sdn Bhd. Diharap kita dapat berjumpa lagi dientri terbaru, insya-Allah. Allahu a'lam!
|
No comments:
Post a Comment