Cepat! Menapak pagi-pagi camne buat kami rasa segar semula. Menyusuri jalan menuju Daya Bumi, kelihatanya ramai orang Kelompo sedang berusaha datang awal ke-pejabat. Semuanya mahu cepat! Punch card cepat, sarapan mesti cepat, kojer mesti cekap dan cari peluang juga mesti boleh dapat. Cepat naik pangkat, cepat naik gaji dan cepat-cepat habiskan duit gaji, pasal kebanyakan orang Kelompo kojer makan gaji.
Nota Kaki : Misi kali ini untuk sampai ke Taman Negara melalui Kota Bharu, Kuala Kerai, Gua Musang, Kuala Lipis, Jerantut dan Kuala Tahan adalah misi yang gagal! Apapong kami merancang lagi untuk 'Kembara Melihat Bumi Kita' bermula dari Kelompo menaiki keretapi terus ke Station Renggam. Naik bas ke Pontian dan lepas tu terus ke Pekan Kukup. Tido semalam di Tanjung Piai. Dari Tg Piai ke Pontian Kecil dan terus ke Kota Tinggi. Tido semalam di Desaru, balik semula ke Kota Tinggi dan tido semalam di Mersing. Melalui Endau, Pekan dan tido semalam di Kuantan. Dari Kuantan naik bas ke Maran dan Jerantut. Tido semalam dua di Taman Negara! |
No comments:
Post a Comment