Comman Sence! Sekiranya Kerajaan Negeri ingin membangunkan kawasan tersebut, kene fikir masak-masak dulu masalah yang akan di hadapi oleh Ustaz Sabaruddin bersama penghuninya. Memang mudah kalau ikut atas kertas iaitu kerajaan ambih tanah tersebut dan beri pampasan. Soalnya! Kemana bebudak tu nak ditempatkan dan adakah Madrasah Darul Ulum hanya tinggal nama?
Lagipong, kalau tak silap aku, tanah persendirian milik keluarga Ustaz Sabaruddin tu terletak dibahagian belakang. Masih ada lagi tanah berpaya dibahagian hadapan jalan besar. Sepatutnya tanah berpaya itulah yang harus dibangunkan sebagai pusat destinasi pelancongan 'titik tengah'. Tak semestinya batu tanda titik tengah itu didirikan dalam kawasan Madrasah Darul Ulum, walupong ikut ukuran tepatnya titik itu berada disitu.
Sebelum Kerajaan Negeri membangunkan kawasan tersebut ada baiknya kerajaan membantu sedikit Madrasah Darul Ulum seperti naik taraf dan pelebaran jalan masuk ke Madrasah atau mendirikan papan tanda misalnya. Nanti, jika destinasi tersebut udah terkenal, pasti ramai pelancung yang beragama Islam ingin bersembahyang di Madrasah tersebut. Wallahua'lam!
|
No comments:
Post a Comment