15 September 2013

Majlis @Pusat Belia Antarabangsa


Assalamualaikum!
Kepada kenkawan yang terkelik blog aku, diucapkan selamat menyambut Hari Malaysia (esok) dan selamat bercuti panjang di hujung minggu. Hari ini kul 1145 pagi, aku bersama isteri dan keluarga adek Ali dari Sekincan sedang gerak arah Pusat Belia Antarabangsa (IYC) kerana mahu menghadiri majlis perkahwinan puteri kesayangan pasangan Md Akhir Ibrahim dan isteri Nureha Bt Md Kassim. 

Asalnya!
Dalam perjalanan menuju lokasi nanti cadangnya adek Ali nak jemput anak pompuannya yang sedang belajar di Maluri-Ceras, alih-alih batal pulak. Jadi perjalanan diteruskan ikut Jalan Tun Razak, Jalan Loke Yew dan terus masuk ke Jalan Yaacob Latif di mana terletaknya Kompleks Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak, Ceras-Kelompo!

First! Jumpa Kak Munah dan Inoor dipintu masuk kompleks, lepas tu Majid sekelurga tiba dan bersalam-salaman sambil bertanya khabar. Bertemu saudara sepupu si Fauzi, Epit (tak ingat nama penuh), Hamsi dan Salbiah. Tentulah sedikit kecoh dan riuh rendah kerana lama tak jumpa, lepas tu bergilir-gilir tulis kata-kata ucapan tahniah kat buku yang disediakan!

Gerak! Masuk
ke dalam dewan jamuan, bersalaman dengan Md Akhir dan Nureha (tuan ummah), klik-klik kejap dengan sekumpulan bebudak yang menjinjing bakul 'door give' dan memberi salam pada Kak Hajar, acara seterusnya tentulah ke meja buffet untuk menjamu selera.

Di Luar Dewan! Masih ada lagi ramai tetamu yang sedang berbual dan bertanya khabar termasuk adik beradik, sepupu dan ipar duai yang baru tiba iaitu adik Ana-Leman sekelurga, keluarga abang Hj Omar dan Nurulains sekelurga. Belum kelihatan lagi ialah keluarga Kak Ana, keluarga Zali Midah dan keluarga Mail-Misah.
  


Sekeping Kad!
Kami 4 keluarga duduk di dua meja bulat berhampiran meja buffet. Sambil makan sambil jeling beberapa keping kad perniagaan kat atas meja yang tertulis  Sh Mahligai Wedding Couture. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan pelamin, deco table, deco bilik, tempahan baju pengantin, hantaran dan make-up pengantin. Kenkawan yang sedang merancang untuk bersanding atas pelamin bolehlah hubungi Kak Sue ditalian 012-2170974 atau 012-9761692. Email : kaksue-kassim@yahoo.com

Silaturrahim! Keluarga Hj Omar, Zali-Midah dan keluarga Shila Majid tiba, makan dan sambil tu pot-pet, pot pet dalam suasana gumbira. Ketika inilah aku teringat kata-kata dari Iman Ghazali dalam buku bertajuk Imam Ghazali Ulama Tasawuf & Akidah susunan Khairul Ghazali iaitu pentingnya amalan menghubungkan silaturrahim di kalangan keluarga yang jauh dan dekat kerana amalan ini amat disukai oleh Allah SWT dan merupakan amalan para nabi.

Sambung Lagi!
Silaturrahim juga adalah sebagai langkah untuk mengekalkan kemesraan, perpaduan dan komunikasi, ia juga dapat menghindarkan kita daripada kemurkaan Allah sekaligus membuka pintu rezeki. Sudah pasti orang yang menghubungkan silaturrahim itu luas pergaulannya dalam masyarakat atau sekurang-kurangnya di kalangan kaum kerabatnya.

Sikit Lagi Bro! Apabila kita merapatkan silaturrahim, semua kaum kerabat dikenalinya secara dekat dan dia sendiri dikenali dengan mesra, dihormati dan dikasihi. Itulah punca kepada manfaat murah rezeki dan panjang umur sebagaimana yang dimaksudkan dalam hadis "Sesungguhnya menghubungkan silaturrahim itu akan menimbulkan perasaan cinta (kasih sayang) dikalangan keluarga, menyuburkan rezeki (harta) dan memanjangkan umur". (Riwayat Tarmizi daripada Abu Hurairah).

Sedang Kami Berbual! Tiba-tiba muncul kelibat sepupu aku yang udah lama lost contact iaitu Alias atau lebih dikenali sebagai Hamly Sulaiman bersama isteri dan anak. Ramailah saudara mara yang bertanya khabar dan ada yang sampai mengalirkan air mata kegumbiraan. Pada masa yang sama, diluar mula kedengran paluan kompang menandakan ketibaan pasangan pengantin Nur Firdaus binti Md Akhir  dengan pilihan hatinya Mohamad Azhari bin Mastor untuk acara bersanding kat atas pelamin, makan beradab dan yang terakhir ialah acara potong kek!

Nota Kaki
: Macam bisalah Bro! Aku hanya upload photo lebih kurang 10 hingga 12 keping sahaja setiap satu entri. Yang lainnya boleh singgah di laman http://Sosialdiari,blogspot.com - Harap dapat kita berjumpa lagi dientri terbaru dengan izin Allah!








No comments:

Post a Comment