As Salam Bro! Ceiter pasal dua pocen ne, teringat aku filem P Ramlee. Masa tu dua pocen sangatlah besar nilainya, tetapi nak dapat dua pocen bukannya mudah. Peluang pekerjaan masa tu tak banyak dan barang-barang keperluan asas walaupong murah tapi sukar nak dapat.
NAIK DUA POCEN!
Malam Tadi! Kecoh satu Malaya bila di umumkan kenaikan harga minyak RON 95 dan disel sebanyak dua pocen. Kebanyakan stesen minyak diaorang serbu macam jualan murah sepuloh malam-malam terakhir Ramadan. Beratur panjang dengan perasaan separuh sabar menunggu giliran, alih-alih minyak pulak habis. Naik angin satu badan dan nak tunjuk rasa tak puas hati, diaorang tendang tong sampah dan peti minyak yang kosong!
Selamat Pagi! Tokey stesen minyak kat Malaya boleh senyum sampai kat telinga. Kalau boleh nak jerit perkataan WoW! Mana tidaknya Bro, jualan minyak malam tadi jer boleh dapat untung sekelip mata. Orang ramai tak kira kaum, beratur panjang kat stesen minyak ala-ala open haus Merdeka Raya gitu!
Kat Fb! Macam-macam komen, ada yang tak kisah dan yang paling ramai tentulah tak setuju harga minyak naik walupong dua pocen. Yang buat lawak ada gak, sibuklah komen harga minyak naik dan salahkan kerajaan, padahal Mamat tu ulang alik ge kojer naik LRT jer!
Dua Pocen Seliter! Aku tetap bersyukur kerana naik dua pocen sahaja. Andainya minyak RON 95 turun mendadak sehingga dua pocen selitar pasti ramai penyamun yang beli minyak kemudian seludup ke negara jiran seperti Thailand, Indonesia dan Singapura. Pengguna kenderaan bila nak isi minyak - minyak pulak habis! Adalah lebih baik minyak sedikit mahal tapi masih lagi mampu dibeli daripada minyak murah tetapi stock takder.
Minyak Habis! Bayangkan kalau satu hari nanti minyak yang kita gerudi udah habis. Negara Brunai pulak tak nak jual pasal minyak hanya untuk kegunaan rakyatnya sahaja. Nak merayu kat negara-negara Arab pong tak guna Bro! Semua telaga minyak udah dibakar dan di bom oleh Amerika dan Israel. Jadi! Kebanyakan kereta-motor tersadai ajalah ditepi-tepi jalan atau berabuk kat garage.
Susah Hati! Masa tu tak banyak berita kemalangan jalan raya. Orang niaga surat khabar, hospital, klinik, doktor, kedai penjual alat ganti, penarik kereta, bengkel kereta-motor dan peniaga besi buruk, tersangatlah susah hati. Takder kemalangan maknanya tak der berita, takde orang cedera parah-hospital kurang pesakit dan kalau takde kereta rosak, takdelah kereta untuk dibaiki.
TANDA PUTERA!
Kecoh! Filem patriotik arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba dan lakonan Rusdi Ramli, Zizan Nin, Faezah Elai dan Linda Hashim ini yang menelan belanja kira-kira RM4.7 juta pong sedikit kecoh kerana Kerajaan Pulau Pinang menyekat filem tersebut daripada ditayangkan walaupong filem berkenaan mendapat lampu hijau dari Kementerian Dalam Negeri serta Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPFM).
Komen Noramin! Setelah ditayangkan, ramai yang bagi komen pasal filem ne tak cukup bagus, termasuk pandangan rambang oleh Noramin Mosyi Mosyi di facebook. Kat bawah ne aku selit sedikit komen beliau :
"Sial punya filem, filem ini membuatkan aku takut...apa tidaknya, hanya dua keluarga sahaja yang menonton di panggung yang kosong. Diskrin, kelihatan imbasan 13 Mei, orang-orang China sedang melanyak orang Melayu apatah lagi, bila dipaparkan trajedi di sebuah panggung wayang di Chow Kit (semua orang Melayu tahu cerita ini). Bagaimana orang Melayu di bunuh, leher disembelih dalam panggung wayang tersebut. Cuba bayangkan, panggung ini terletak di kawasan majoriti orang China. Filem ini amat merbahayakan penontonnya!".
Tajuk Filem! Aku bukan tak berminat tenguk filem bercorak patriotik tapi, dengar tajuk filem tu pong aku udah jadi lemah semangat. Tajuk filemnya 'Tanda Putera' tak cukup kuat untuk menarik aku ke panggung wayang. Rugilah kalau menonton filem hanya sekadar untuk tido dalam panggung!
Sarjan Hassan-II! Nak komen lebih-lebih pong tak boleh Bro, pasal aku memang tak tenguk filem Tanda Putera. Lainlah kalau bikin filem Sarjan Hassan-II, nak gaklah aku nonton apa kesudahanya selepas Buang (Salleh Kamil) ditangkap. Tentulah lebih menarik kalau filem Sarjan Hassan arahan P Ramlee yang diterbitkan oleh Shaw Brothers ini disambung oleh Suhaimi Baba.
Jalan Cerita! Watak Buang di tangkap, Sarjan Hassan kahwin dengan Salmah (Saadiah), tentera Jepun menyerah kalah, pihak komunis ambik alih Tanah Melayu, kekejaman komunis dan kesengsaraan pada era tersebut (secara tidak lansung berjaya membangkitkan semangat patriotik). Lepas tu British datang maka bermulalah perjuangan untuk menuntut kemerdekaan Tanah Melayu. Watak Hassan, Aziz dan Salmah berdepan pelbagai cabaran termasuk pembunuhan bapa Hassan yang dilakukan oleh gerila komunis. Seterusnya dot dot dot. - Tamat!
|
No comments:
Post a Comment