11 September 2013

KAYUH MALAM TADI!


As Salam Bro!
Malam tadi kayuh lagi arah ke Dataran Merdeka. Janji kat port biasa di belakang hotel kul 0930 malam, tapi kami hanya mula berkayuh lebih kurang jam 1015 malam. Lewat berkayuh malam tadi pasal tunggu kenkawan seperti Saiful @THor, Ahmad Que, Hisham dan Yusman Afiq. Last-last si Hisham kensel saat akhir dan Yusman pulak akan tunggu kami di Dataran Merdeka.

Malam Tadi!
Aku berkayuh bersama otai Mahful, Bang Omm, Chan Ho Nam, Saiful @THor dan Ahmad Que melalui Segambut dan singgah berjumpa rakan lama (Ibrahim) sebelum meneruskan kayuhan ke arah Jalan Duta.

Fuhhh!
Pertama kalinya malam tadi si THor kayuh bersama kami dengan basikal jenama Santa Cruz berharga lebih kurang RM7,000.00. Aku sebut harga basikal tu pasal aku memang tak mampu nak belilah dan basikal tu memang sesuai untuk si Thor yang gemarkan sukan lasak.

Kat Jalan Duta!
Kami take five kejap pasal tayar belakang basikal Santa Cruz kepunyaan si Saiful @THor kurang angin. Kebetulan si Mahful memang selalu bawa pam basikal dan bolehlah digunakan ketika kecemasan. Sambil si THor pam tayar, aku pulak ambik kesempatan untuk merakam gambar guna kamera Nikon Coolpix S3000.

Selesai
isi angin, kayuhan diteruskan menyusuri lalauan biasa iaitu Bukit Tunku. Jalan malam yang sunyi, time camne ramai penghuni kondo dan bangglo di buai mimpi, sesekali kedengaran salakan anjing, kekadang kayuh naik bukit buat aku sedikit semput dan akhirnya aku bersama kenkawan berhenti rehat di atas bukit menggadap bangunan PWTC!

Kayuhhhhhhhhhhhhhhhhh! Memang bestlah laluan ne Bro, pasal menuruni bukit dan koner terbaek ialah ketika melintasi depan Tugu Negara. Lepas tu masuk ka Lake Garden, keluar kat sebelah Masjid Negara dan terus kayuh ke Dataran Merdeka. Tunggu Yusman Afiq kejap, tapi katanya dia terpaksa patah balik ummah pasal kaki krem!

Take Five!
Dari Dataran Merdeka kayuh melalui Lebuh Ampang, Jalan Melaka dan singgah pekene ruti goyang dan teh tarik yang harganya belum lagi naik, di sekitar Masjid India. Kat sini si Omm bertemu dua rakan raider dari Gombak yang juga sedang take five, chit-chat dan minum teh tarik.

Lepas
pekene teh tarik, kami gerak melalui Medan Bonus, Jalan Dang Wangi, beluk kiri ke Kampung Baru, seterusnya menyusuri Jalan Pahang, Jalan Pekeliling dan masuk ke Jalan Ipoh. Kami sampai kat check-points terakhir dengan selamat tanpa insiden yang tidak diingini.


Pssttt! Aku
sampai ummah kul 0200 pagi, rehat kejap, mandi, panaskan sup, upload gambar, baca blog dan Zzzzzzz!!!


Pesanan Ringkas! Pada Isnin, 16hb Sept 2013 adalah Hari Malaysia. Kepada kengkawan raider yang cuti hari tu bolehlah join kayuh pagi ke Frim Kepong. Tempat menunggu di depan pintu masuk Frim (gerai makan) jam 0730 pagi waktu Malaysia. - Salam Hari Malaysia dan Selamat Berkayuh!










No comments:

Post a Comment