KUALA LUMPUR! Aku sekarang berada dalam perut bas rapidKL menuju Bukit Indah, Ampang. Tujuanku ke Bukit Indah untuk bertemu kawan lama aku si Azahan yang khabarnya sudah memulakan perniagaan nasi lemak secara kecil-kecilan disebelah malam bersama Hafiz.
Bas rapid bergerak menyusuri Jalan Ampang dan berhenti di hadapan bangunan KLCC, dua orang penumpang naik dan aku sempat menjeling jam ditangan aku yang jarumnya menunjukan pukul 1155 pagi. Dengan memejamkan mata, aku teringat kali pertama bertemu si Azahan ketika sama-sama mendaftar sebagai ahli persatuan Angkatan Pelukis SeMalaysia (APS) di Jalan Tun Razak.
Si Azahan nie kalau tak silap aku, berasal dari Pasir Mas, Kelantan dan bersekolah di Klang, Selangor. Pernah bekerja di syarikat penerbitan majallah sebagai pelukis graphic (Varia Pop) majallah golf dan juga di majallah His sebagai art director. Lepas tu bila syarikat penerbitan tutup, pindah ke Kemaman, Terengganu kerana hendak berniaga katanya.
Treettt! Loceng bas berbunyi, bas berhenti di Ampang Points dan beberapa orang penumpang turun. Bila cerita pasal Terengganu nie, ingatan silam aku berbunga semula, kekadang seperti sebuah lukisan yang kabur, terbayangkan kali pertama aku merasa budu ketika aku berada di ITM Dungun pada awal tahun 80'an.
Di Dungun! Masa itu aku tinggal di Tanah Lot tidak jauh dari pekan cowboy Dungun, yang pekannya dipenuhi deretan kedai dinding papan dan atap zing milik kaum China. Sesekali melihat sekawan kambing bebas bergerak di celah-celah lorong menuju jetty nelayan sambil melepaskan najis diatas jalan. Bila malam harinya, sering kali juga, aku bersama beberapa rakan pergi merayau hingga ke pasar malam di Sura Gate. Di sinilah aku dapat merasai laksam, ikan goreng tepung, nasi dagang, budu dan beberapa jenis masakan warisan lain milik nenek moyang orang Pantai Timur.
Handphone! Tiba-tiba berbunyi dan flasback aku bersama rakan ketika berada di Sura Gate terus hilang. Tenguk kat inbox messaging, rupanya pesanan ringkas dari isteri aku yang katanya udah selamat sampai kat Bandar Melaka. Isteri aku datang ke Melaka kerana menggikuti kursus yang dianjurkan oleh jabatan tempat dia kojer selama 3 hari 2 malam.
Bukit Indah! Aku baru sahaja melangkah turun dari bas rapidKL. Call Azahan, tidak lama kemudian Azahan turun dari tempat tinggalnya di tingkat satu dan kami sepakat pergi makan tengahari di restoran Nasi Minang. Lepas makan rehat sekejap di rumah Azahan dan tumpang solat Zohur. Sementara si Azahan buat kojer di dapur aku pula layan facebook dan ternampak entri rakan pasal McDonalds.
McDonalds! Ada entri yang bagitau iaitu mayonnaise yang digunakan oleh Mc'D Malaysia tidak halal kerana menggandungi campuran lemak babi dan di fb Ian Mc Kinncy, pada Sept 8 2013 pula video pasal Chicken Nugget yang dijual kat outlet McDe' di USA.
Kata Ian Mc Kinncy! "What You're really eating-McDonalds Chicken Nugget by under a high-powered digital microscope. See the strange, fibers, blue objects, red coloring and other add shapes found in this forensic invertigation".
Macam-macam entri yang diorang update mengenai halal-haram, termasuk pasal gambar onwer Nasi Kandar Pelita yang beragama Hindu sedang menderma kepada wakil kuil Batu Cave. Ada kenkawan yang mempertikaikan logo halal dan gambar masjid yang digantung kat restoran tersebut. Aku memang tidak pernah minum di Nasi Kandar Pelita pasal sudah maklum iaitu image pelita itu sendiri menggambarkan milik kaum India yang beragama Hindu. - WalahhuA'lam!
Minum Petang! Selepas waktu Asar aku bersama Azahan turun ke bawah untuk minum petang. Sambil turun call sorang lagi kawan bernama Taher dan ajak pekene teh tarik dan ruti banjir. Ketika berjalan menuju restoran mamak terampak pulak beberapa gerai berhampiran yang menjual nasi minyak, popia, laksa, rojak, nasi budget dan kueh-muih. Aku belilah dua ketul samosa dan dua hinggit cekodok pisang. Nampaknya tak jadilah makan ruti banjir.
CHinPeNg! Tak lama selepas kami pesan minuman, siTaher pong sampai dengan membawa akhbar Kosmo! Aku pinjam dan selak helai demi helai dan yang menarik perhatian aku ialah berita ketua pengganas komunis si Chin Peng mati di Bangkok, Thailand.
Nada keras dan seriousnya Datuk Seri Najib Tun Razak tidak membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke Malaysia adalah bukti betapa bencinya kerajaan dan rakyat Malaysia terhadap kelakuan ganas Chin Peng yang pernah menyerang ladang-ladang getah, rumah asap dan rumah pengurus milik orang British di Tanah Melayu.
Kejamnya! Chin Peng dan orang-orangnya terbukti ganas dan kejam, apabila menyerang Balai Polis Bukit Kepong di Lenga, Muar/Segamat, Johor pada 23 Febuari 1950. Seramai 180 orang komunis tanpa belas kasihan telah membunuh dan membakar 17 anggota polis serta dua orang isteri anggota keselamatan.
Manusia bertopengkan Parti Komunis Malaya (PKM) ini sebenarnya bernama Ong Boon Hwa, dilahirkan di Sitiawan, Perak. Anak lelaki kedua kepada penjual basikal yang berhijrah ke Malaya dari wilayah Fujian, China. Berhijrah kerana ketika itu kebanyakan wilayah di China menghadapi huru-hara perang saudara dan memperjudikan nasib di sebuah negara majoritynya orang Melayu beragama Islam.
Pada 1941! Tentera Jepun ketika itu udah membanjiri Tanah Melayu. Keadaan tidak menentu, pekerja lombong yang terdiri orang Cina mula berang kerana tidak dapat bekerja. Mereka cuba mempengaruhi kawan-kawan yang lain supaya menentang tentera Jepun. Mereka berbuat begitu bukan sahaja disebabkan tidak dapat melombong tetapi kerana perasaan anti-Jepun memang udah wujud semenjak tentera Jepun melanggar negara China pada tahun 1937.
Untuk memenuhi cita-cita kaum Cina anti-Jepun ne, mereka menubuhkan Parti Komunis Malaya (PKM) yang kemudiannya PKM tubuhkan pulak Tentera Rakyat Malaya Anti-Jepun yang dikenali dengan nama Bintang Tiga. Pada masa yang sama orang Melayu tidak berpihak kepada pendatang kaum Cina ini dan kesempatan ini diambil oleh tentera Jepun dengan mengambil orang-orang Melayu menjadi tentera dan polis. Gestapo! Pihak komunis sangat marah dengan orang Melayu kerana kebanyakan orang Melayu terpaksa (rela dalam paksa gitu!) ikut telujuk tentera Jepun. Apabila orang Melayu udah tersepit diantara Leftenan Yamaguchi yang menjadi ketua Gestapo dengan ketua komunis Chen Peng, maka lahirlah pasukan 'Gerila Harimau' dalam hutan Slim yang menentang kezaliman tentera Jepun.
Selempang Merah! Di Muar dan Batu Pahat pula muncul pahlawan-pahlawan Melayu menentang komunis yang salah seorang dikenali sebagai Kiyai Hj Salleh, dengan menubuhkan tentera Selempang Merah. Ramai perwira Melayu rebah, mati menumpahkan darah kerana mempertahankan tanah air.
Nota Kaki : Kebanyakan pekerja lombong adalah terdiri kaum Cina yang mengangotai kongsi gelap. Mereka berjuang kerana mahu mempertahankan perniagaan lombong bijih timah dan memang anti-Jepun. Orang Melayu pulak berjuang kerana mempertahankan agama, bangsa dan tanah air. Ditakdirkan Jepun terus memerintah Tanah Melayu hingga ke hari ini, pasti kebanyakan kaum Cina lari semula ke kampung masing-masing di tanah besar China. Orang Melayu mahu lari mana Bro? - WallahhuA'lam!
|
No comments:
Post a Comment