14 September 2013

MAJLIS RESEPSI AMIROUL


Di Dapur! Sebaik saja aku membuka pintu yard, a
ngin segar mula menerjah masuk. Anak-anak ikan dalam aquarium kecil yang aku letakan di sudut kiri yard mula meminta makanan. Pepagi camne seronoknya melihat anak-anak ikan berebut menelan satu demi satu fish food, bebola berwarna dari jenama Takara sakana-ii.  

Aku Masih DiDapur!
Pagi ne tak perlu berfikir lama-lama untuk mencari apa bahan untuk dibuat breakfast. Aku lihat, ruti Gardenia semalam masih lagi berbaki 6 keping, ini maknanya semalam aku udah telan separuh daripada ruti tersebut yang selalunya mengandungi 12 keping dengan berat bersih 400g sebuku ruti.

French Toast!
Aku capai frying pan, ambik 3 biji telur kampung, pecahkan dan kacau guna gerpu. Panaskan pan, bubuh sikit buter, celup kepingan ruti ke dalam telur dan masak ruti tersebut depan belakang. Dah siap, boleh sapu bersama mayonnaise, bubuh daun salad dan sekeping tomato kalau suka.

Trit! trir! tritttttt! Bunyi pesanan ringkas masuk, aku lihat kat screen inbox si Mahfol tanya kul berapa nak ge Majlis Resepsi Amiroul. Aku reply dan bagitau boleh jumpa nanti dalam kul 1230 tengahari. Lepas tu aku forward lak kat Can Ho Nam dan katanya akan ge dulu kenduri budak hotel kat Gombak.


Jam dinding ummah aku,
jarumya menunjukkan kul 1150 pagi. Aku bersama isteri bersiap-siap untuk keluar rumah menuju majlis resepi yang terletak di dalam kawasan Balai Polis Kepong. Letak kereta kat Seven-E', lepastu panjat jenjatas depan masjid, masuk kawasan balai dan menapak sikit.

Di Pintu Masuk Majlis!
Aku bersalaman dengan adik Amiroul dan masa tu tak nampak pulak kelibat si Amiroul dan isterinya. Mungkin sedang bersiap-siap kat dalam bilik sambil disolek oleh Mak Andam. Aku bersama isteri gerak ke arah meja buffet untuk makan dan sambil mata memerhati kalau-kalau ada kenkawan 'geng kayuh basikal' yang udah sampai dulu.

Sedang kami makan! Si Mahfol sampai dan makan semeja dengan kami. Sambil makan Mahfol bagitau lepas makan ne dia kene gerak dulu sebab masih ada 2 lagi jemputan yang perlu dihadirinya. Selesai makan kami bertiga tinggalkan majlis, di pertengahan jalan berselisih dengan Saiful @Thor dan rakan-rakan Mtb.


Nota Kaki : Terima kasih diucapkan kepada Amiroul kerana jemput kami datang majlis resepsi dan semuga beliau bersama pasangannya kekal buat selama-lamanya. Amin!

Ps - Esuk pulak ada satu lagi undangan majlis kahwin anak pasangan Md Akhir Ibrahim dan Nureha Md Kassim yang diadakan di Pusat Belia Antarabangsa, Jalan Yaacob Latif, Bandar Tun Razak, Cheras - Kelompo!








No comments:

Post a Comment