05 September 2013

KAYUH MALAM, SUBSIDI & BERDISKUSI


Kayuh Malam!
Skripnya lebih kurang macam yang aku ceritakan minggu lepas. Hanya kali ini Syaufiaizat tak ikut, tetapi Fazzul Ali Ajoi dan Zaimi Omar's ikut sekali berkayuh dengan Mahfol serta Chan Ho Nam.

Bermula dengan kayuh menyusuri Bukit Tunku, bertemu Zaimi dan Ajoi, menghirup udara segar Lake Garden, berehat di Dataran Merdeka, bertembung dengan kumpulan kecil tunjuk rasa tidak puas hati disimpang empat, pekene roti goyang sekitar Masjid India sambil pot-pet, pot-pet pasal subsidi bahan api dan isu penjawat awam berdiskusi di laman sosial.


Kami take five di Dataran Merdeka yang ketika itu kelihatan orang ramai dari pelbagai kaum termasuk gak pelancung dari luar negara sedang klik-klik di sekitar air pancut dan bangunan Sultan Abdul Samad.


Tersedar! Kuatnya
bunyi jam di bangunan Sultan Abdul Samad yang jarumnya menunjukan kul 1100 malam. Kami berlima bingkas bangun dan capai basikal sambil gerak menuju sekitar Masjid India. Ketika sampai kat kedai mamak tepi sungai, aku lihat udah ramai kaum sedang menikmati teh tarik sambil hisap rokok dan berbual.


Kami
pesan minuman ikut selera masing-masing tetapi pesan makanan yang sama iaitu ruti goyang. Inilah pertama kali aku makan ruti goyang walaupong sebelum ini si Saiful Azhar @THor pernah bawa kami makan kat sini. Ruti goyang ne sebenarnya hanyalah sekeping ruti canai yang disiram  (banjir) dengan kuah dal, sedikit sambal dan top-up pulak dua biji telur setengah masak.


Sambil
menikmati ruti goyang (yang sebenarnya aku pong tak faham sangat kat mana goyangnya) kami mula pot-pet, pot-pet dengan suara perlahan pasal isu pengurangan subsidi bahan api yang menjadi bualan kedai kopi dan juga berdiskusi rasa tak puas hati di laman sosial facebook.


Seperti
yang dijelaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar, iaitu penjimatan RM3.3 bilion menerusi penjimatan subsidi akan digunakan semula untuk kepentingan rakyat seperti Bantuan Rakyat IMalaysia (BRIM) dan projek-projek infrastruktur. Ia juga merupakan pendekatan menyeluruh dalam mengurus defisit fiskal dan agihan subsidi kepada kumpulan sasar.


Memang
sukar kalau golongan marhaen macam aku nak faham istilah mengurus defisit fiskal. Aku ne walupong tinggal kat bandar Kelompo, tapi sekolah aku dolu sekolah tumpang jer, manalah nak faham sangat erti defisit fiskal. Tapi yang pelik bin ajaibnya, diaorang yang sekolah tinggi-tinggi, belajar luar negeri masih lagi tak faham-faham isu pengurangan subsidi bahan api. Yang diorang faham hanya ayat minyak RON95 naik dua pocen dan tunjuk rasa tidak puas hati di simpang empat Jalan Raja.



@Facebook Mak! Udah jadi budaya pulak bila orang ramai termasuk penjawat awam memberi komen atau berdiskusi bila ada isu yang suam-suam kuku akhirnya dipanaskan untuk jadi isu 'top ten' bulan ini di laman sosial. Sambil buat kojer sambil melayan entri dan kekadang bila udah tambah syok atau terlalu taksub, hingga mengabaikan tugasan di beri.

Ada segelintir penjawat awam cuba menanamkan kebencian terhadap kerajaan serta mencari rakan di facebook bagi mempengaruhi mereka dalam beberapa isu termasuk isu Pak Samad bersama Sang Saka Malaya, Filem Tanda Putera, Virus Syiah dan Kejatuhan Ringgit Malaysia berbanding Dollar Singapura.

Tentulah kerajaan ada asas untuk menurunkan subsidi bahan api dan penjawat awam tak perlulah banyak bunyi kerana  turun dan naik atau baik dan buruk sesuatu kejadian ada hikmahnya. Kita sepaptutnya udah tahu iaitu harga bahan api bergantung kepada harga pasaran dunia. Selama ini kerajaan telah memberi subsidi petrol, diesel dan gas sehinggakan harga bahan tersebut jauh lebih murah jika dibandingkan dengan negara jiran terdekat seperti Singapura, Indonesia dan negara Thailand.

Disebabkan harga petrol, diesel dan gas murah, maka berduyun-duyun warga jiran kita datang mengisi minyak atau seludup diesel dan gas. Kerajaan telah kerugian berbilion ringgit akibat pembelian petrol dan penyeludupan diesel oleh rakyat negara jiran. Ini belum lagi termasuk sindiket memperdagangkan orang, penjualan dadah, penipuan di Internet dan bermacam lagi yang boleh menjatuhkan Ringgit Malaysia.

Hari ini! Ringgit Malaysia mungkin jatuh lagi pada paras RM2.50 berbanding SD1.00 (dollar) Singapura akibat aliran keluar atau udah kurangnya eksport dari Malaysia. Tu pasal kerajaan menurunkan subsidi bahan api kerana mahu memastikan ekonomi negara tidak terjejas teruk sehingga memberi kesan kepada kehidupan rakyat.


Nota Kaki : Pendapat aku diatas mungkin tidak tepat dan tidak memihak kepada segelintir kumpulan yang marah kerana minyak RON95 naik dua pocen. Pong begitu, kepada kenkawan yang sangat runsing dan tertekan hingga hilang selera makan dan tidur pong tak cukup lena (isu dua pocen) adalah dinasihatkan tukar kereta yang anda guna sekarang (mungkin Honda CRV) kepada MyVi. Jika masih tak mampu beli minyak, tukar sahaja kereta MyVi anda kepada Kacil. Ikutlah kemampuan kita Bro. Wallahuaklam!



No comments:

Post a Comment