09 September 2013

Rajuk PAK SAMAD & SANG SAKA




1-
Petang minggu.
Aku masih sempat mengemas dan menyusun buku-buku kesayangan aku yang sudah berhabuk dan risau juga kalau-kalau buku aku reput di mamah anai-anai. Ketika sedang mengelap habuk, terpandang aku akan sebuah buku berkulit merah bertajuk 'Langit Petang[1] - 12 Tahun Kemudian'. Buku tersebut adalah sebuah drama adaptasi daripada novel Langit Petang, Sasterawan Negara A. Samad Said.
 
Bacalah! Adaptasi tvnya yang mengagumkan ini. Menggunakan kisah asalnya Johan Jaaffar telah mencipta suasana dan watak Langit Petang, 12 tahun setelah peristiwa dalam novel itu. 


Anda pasti kagum mengikuti dimensi baru novel besar yang menjadi skrip drama tv ini. Bagi anda yang terusik oleh keharuan novel Langit Petang, adaptasi ini pastilah lebih menggangu. Belum pernah kreativiti seorang Sasterawan Negara dan seorang pemenang Hadiah sastera diadunkan dalam sebuah penghasilan sepenting ini!" - Cetakan Pertama @Johan Jaaffar 1991.

                


2- Setelah lebih 12 tahun, tetiba ada berita
dua aktivis propembangkang iaitu Hishamuddin Rais dan Adam Adli Abdul Halim  ditahan polis bagi membantu siasatan isu menghina bendera Jalur Gemilang[3] pada sambutan malam Ambang Merdeka Ke-56, di Dataran Merdeka Jumaat lalu. Mereka bersama sekumpulan aktivis yang mengibarkan bendera yang mereka namakan sebagai Sang Saka Malaya dan turut kelihata bersama dua aktivis tersebut ialah Sasterawan Negara, Datuk A Samad Samad.

Ya! Selama ini aku memang angkat topi pada Pak Samad yang low profile itu kerana beliau tidak pernah putus asa untuk  memperjuangkan Bahasa Melayu sebagai bahasa pendidikan kebangsaan serta melihat Bahasa Melayu itu sendiri menjadi bahasa resmi negara. Sebab itu aku taklah hairan kalau Pak Samad ada bersama-sama dalam kumpulan "Sang Saka Malaya".

Hanya Pak Samad dan orang-orang yang dekat dengan beliau sahaja tahu kenapa, mengapa dan sebab apakah beliau bersama dengan kumpulan propembangkang dan Sang Saka Malaya. Yang buat aku muskil sampai sekarang ialah dari mana pulak asal usul bendera Sang Saka Malaya ne!


3- Banyak
juga komentar yang aku baca di media sosial seperti facebook atau blog, malah akhbar arus perdana juga ada berita dan rencana mengenai kibaran Sang Saka Malaya. Aku copy sebahagian dari tulisan Mohd Shauki Abd Majid sebagai renungan kita bersama :
 

"Kejadian memperolok-olokan Jalur Gemilang dan mempersendekan ulang tahun kemerdekaan sebagai "tarikh malapetaka" serta menafsirkan makna merdeka sama dengan "menderhaka" menggambarkan kekusutan jiwa yang besar dan tindakan yang aib. Ini kerana kemerdekaan itu adalah sesuatu yang suci, kerana ia adalah sebuah hakikat kemenangan dalam suatu perjuangan menerusi jernih payah dan pengorbanan bagi menentukan hala tuju negara.

Meskipun perjuangan menuntut kemerdekaan negara tidak ditegakkan menerusi
"tumpah darah", tetapi menjadi suatu tindakan yang mulia di sisi Allah SWT. Berdasarkan sejarah perjuangan Nabi Muhammad SAW, sebahagian besar kemenangan Islam adalah kerana kehebatan diplomasi baginda sendiri, sentiasa memaafkan musuh-musuh Islam yang menunjukan toleransi dan bersedia menyelesaikan kekusutan menerusi rundingan.

Sikap berontak yang keterlaluan itu akhirnya menjerumus negara kepada situasi yang tidak setabil dan akhirnya memberi ruang kepada kuasa asing untuk masuk campur, membentuk kerajaan boneka dan dalam sudut politik, ia tidak bebas daripada cengkaman penjajahan semula, dalam bentuk penjajahan ekonomi dan budaya." -
Penulis ialah Pengurus Besar Analisa dan Penyelidikan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim)


4-
Begitulah komentar mengenai kejadian mempermain-mainkan bendera Jalur Gemilang. Berbalik kepada cerita pasal buku Langit Petang tulisan Johan Jaaffar, berikut aku siarkan sinopsisnya:

Hafiz meninggalkan Pak Arif, bekas pejuang kebangsaan yang dikaguminya, berusia 62 tahun yang tinggal disebuah kampung setinggan. Dia hanya menjadi pemerhati yang kecewa melihat orang lain menangguk keuntungan daripada jerih perit orang-orang sepertinya. "Orang tidak berjuang lagi," katanya. "Orang menangguk hasilnya saja." - Sinopsis ini dari buku Langit Petang untuk drama oleh Johan Jaaffar. - Cut!

Nota Lutut :

No comments:

Post a Comment