28 September 2013

MAJLIS KAHWIN ANAK PN NORA


Assalamualaikum!
Sabtu tengahari, aku bersama isteri udah berada diatas Jalan Kucing menuju Jalan Tun Ismail, dimana letaknya Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid bagi Majlis Perkahwinan anak lelaki kepada Allahyarham Hjh Noraffizah bt Nordin @Nora iaitu Amir Zaidi bin Hj Lokman dengan pilihan hatinya Nor Hafizah bt Mohammad Hanafi.

Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid! Kami disambut mesra oleh anak-anak Allahyarham sejurus tiba di pintu masuk dewan yang letaknya dalam kawasan Kementerian Kerja Raya Malaysia.


Aroma
dari masakan yang disediakan disalah satu sudut buffet adalah medan magnet bagi kami dan para tetamu yang lain di mana pihak catering menyediakan veriasi menu terbaik seperti nasi beryani, nasi putih, ayam masak kurma, kari daging, sotong sambal, pajeri nenas dan acar buah.

Halua Telinga!
Sambil menikmati makan tengahari yang enak, tetamu turut dihidangkan dengan irama orkestra dari Uitm. Selesai makan nasi minyak, pekene pulak kuih-muih tradisional yang  potongan kuehnya ala-ala cocktail gitu.

Jam 0110 Tengahari!
Kami tidak dapat menunggu ketibaan pengantin (tu pasal takder gambar pengantin) kerana aku udah  janji nak jumpa Doktor di Klinik City sambil tu nak collect keputusan pemeriksaan kesihatan
yang aku buat dua hari lepas. Bersalaman dengan tuan rumah, terima door give dan melangkah keluar tinggalkan Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid.
Klinik! Gerak tinggalkan Jalan Tun Ismail, lalu depan Bank Negara dan beluk ke Jalan Kucing. Tiba di Klinik City dan bersemuka dengan doktor. Alhamdulliah! Keputusan ujian kesihatan seperti yang doktor bagitau iaitu aku tidak ada darah tinggi dan kencing manis. Buah pinggang aku juga sangat baik tetapi cholesterol aku agak tinggi.
Bercakap pasal cholesterol ne, tiba-tiba jer aku tergolong dalam kelompok high cholesterol, padahal aku udah berhati-hati ketika bersarapan, makan tengahari atau makan malam. Mungkin sejak kebelakangan ne selera aku berubah, iaitu lebih suka sarapan french toast, makan nasi putih berkanji waktu malam dan besuknya pulak tak buat aktiviti untuk membakar cholesterol.
Lepas ne aku kene lebih berhati-hati untuk memilih makanan, seperti yang disarankan oleh Teman Dear Nestle' iaitu terdapat banyak cara untuk mengamalkan gaya hidup sihat tanpa perlu berbelanja lebih. Kepada kenkawan diluar sana yang berminat untuk mendapat idea, tip atau resipi lazat, bolehlah sertai kelab Dear Nestle, Nestle Products Sdn Bhd, 22-1, 22nd Floor, Menara Surian, No 1 Jln PJU 7/3, Mutira Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.


P/S  : Minggu depan ada satu lagi undangan majlis dari En Hashim bin Baharuddin dan Norin Bt Md Ghani kerana majlis kahwin putera sulong beliau yang diadakan pada hari Sabtu, 5 Oktober 2013, bertempat di Madarasatul Nazariah, Kg Puah, Jalan Gombak Setapak, Kelompo. Lepas tu pada Sabtu, 12 Oktober 2013 pula,
jemputan dari Puan Hjh. Hadiah bt Hanan, kerana majlis kahwin puteri beliau yang diadakan  @Dewan Komuniti Bukit Bandaraya, Bangsar Kelompo. - Jumpa Lagi!





























No comments:

Post a Comment