Hitam! Cubak kita campurkan semua warna pastinya ia akan menjadi hitam. Justeru, hitam itu pembawa warna yang dikaitkan dengan rahsia dan misteri. Hitam itu banyak menyembunyikan perkara-perkara baik atau buruk. Malah sebuah kotak berwarna jingga yang diletakkan dalam pesawat juga dikenali sebagai 'kotak hitam'.
Walaupun begitu-begini, hitam tidak semestinya sebagai petanda jahat, kerana dalam menilai hitam adalah cara penggunanya. Sungguhpun hitam dikatakan warna kebimbangan tetapi kehadirannya dapat mengawal atau dapat melindungi diri daripada ketakutan. Bagi hitam, baik atau jahat seseorang itu bergantung pada diri sendiri.
Putih! Ia dikatakan campuran warna-warna lain dalam spektrum. Pasaltu putih membawa maksud bersih dan suci. Ibarat ilmu yang belum disingkap, macam kanvas yang belum dipalit warna. Putih menunggu penciptanya memperkembangkan diri keluar dari zonenya, kira macam sebiji telor yang baru menetas gitu!
Putih juga boleh diibaratkan sebagai anak yang baru dilahirkan kerana bersih fitrahnya. Tugas ibu bapalah untuk membentuk atau mencorakkan kehidupan anak tersebut sama ada menjadikannya putih atau sebaliknya. Anak adalah anugerah, rezeki daripada Allah SWT. Semua pasangan suami isteri, takira muslim atau bukan muslim pastinya mengharapkan kurniaan tersebut.
Kehidupan! Hidup dikandung adat mati dikandung tanah. Begitulah hitam putih kehidupan kita dimana sewaktu kita hidup hendaklan menggikut peraturan dan kebiasaan yang telah ditentukan, nantinya setelah mati hanya Allah SWT yang mengetahui atau ayat lain terserah kepada Tuhan gitu!
Jika kita mati kita akan bersendirian di dalam kubur. Hanya yang menemani kita ialah pekerjaan dan amalan baik lagi ikhlas.
"Apabila mati anak Adam, maka putuslah segala amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anaknya yang soleh yang mendoakan" - Sabda Nabi SAW.
I- Zaman Hitam Putih Andainya kita boleh memutarkan semula zaman hitam putih, rasanya mahu sahaja kita membaiki semula kelemahan dan kesilapan diri kita ketika itu. Masa tu ramai orang Melayu yang beragama Islam dalam kejahilan kerana dipengaruhi oleh budaya hindu serta budaya barat yang meracuni anak-anak Melayu.
Orang Melayu ketika itu sangat mementingkan adat serta sangatlah pemalu sehingga terciptanya peribahasa: 'daripada bercermin bangkai, lebih baik mati berkalang tanah' yang maksudnya daripada hidup menanggung malu, lebih baik mati, atau peribahasa seperti 'biar mati anak jangan mati adat' dan bermacam-macam lagi peribahasa dan simpulan bahasa yang direka cipta pada zaman itu bagi mengambarkan betapa adat itu sangatlah penting Bai!
Oleh kerana tersangat-sangat pentingnya adat sehingga mereka sanggup mengenepikan teras akidah[1] yang boleh menjurus kepada syirik. Pasaltu, dolu ada orang yang menziarahi kubur membawa pulut kuning, ada yang berjumpa Tok Dukun, ada yang mandi dibulan safar kat pantai, ada orang yang memakai azimat, memasang susuk serta ada kumpulan-kumpulan tarikat yang berzikir di dalam kelambu.
Jika adat hindu kuat mempengaruhi orang Melayu pada zaman hitam putih tidak ketinggalan juga pengaruh dari barat yang diamalkan oleh segelintir orang Melayu terutama yang tinggal di bandar-bandar besar seperti kota Singapura atau Kolompo. Ketika itu pegawai-pegawai Melayu yang bekerja dengan Mat Salleh udah pandai memakai seluar longgar dan bertali leher. Mulalah berjinak-jinak dengan arak jika ada majlis hari jadi atau sesekali mereka melepak di kelab-kelab malam [night club] dengan pompuan kabaret[2].
II- Zaman hitam putih era Labu Labi udah mula dilupakan. Lepastu muncul pulak zaman Pop Yeh Yeh dimana anak-anak muda ketika itu terikut-ikut gaya yangki[3] atau kumpulan muzik The Beatles. Terkinja-kinja di pesta muda mudi dengan pemudanya beseluar ketat dan pemudi-pemudinya pula beseluar sendat.
Zaman Pop Yeh Yeh kita lihat bermulanya zaman melanggar adat dan kejatuhan sedikit moral muda mudi Melayu. Ketika itu muda mudi lebih gemar berparti dan berpeleseran di taman bunga atau berdua-duaan dalam rumah. Yang kene tangkap basah[4] oleh imam masjid atau orang-orang kampung selalunya di-nikahkan segera tanpa bersanding diatas pelamin bagi mengelak malu besar.
Dari hanya mendengar radio, minat muda mudi beralih pula kepada tv hitam putih. Dari pentas bangsawan, ke-taman hiburan bergerak yang dipanggil funfair[5]. Sekiranya kat kampong tak ada funfair, tv hitam putih tulah sahabat karib mereka. Masatu diaorang disajikan dengan pilem hitam putih dari Show Brothers atau pilem import seperti Bronco, Kojak, Lassie atau The Long Ranger.
III- Masa pun berlalu. Awal era 70'an, aku rasa adalah zaman hitam putih yang sangat gelap. Masane hilang udah istilah muda mudi atau bahasa sucinya saudara saudari. Irama muzik pop yeh yeh terus tenggelam sebaik sahaja pop rock muncul di ikuti muzik jazz, blues dan reggae. Yang paling menyakitkan mata ketika itu ialah siswa-siswi kita di Universiti yang berpakaian ragged[6]. Memang nampak selekeh betul suasana kat kampus ketika itu Bai!
Mana tidaknya! Bebudak U ketika itu udah terpengaruh dengan gaya berpakaian hippies yang hanya memakai jeans koyah, kemeja-T, seliper Jepun, beg sandang berjurai dan ada setengahnya mengantung rantai leher lambang peace[7]. Zaman compang-camping ini tentunya dimeriahkan lagi dengan kemasukkan candu taik kambing, ganja serta pil-pil hayal bagi menghancurkan adat resam orang Melayu sekaligus melupakan seketika laungan azan di Masjid.
Anak-anak muda ketika itu tambah berani bila mana budaya memperkenalkan teman wanita kepada ibu bapa dianggap gentle[8] dan anak-anak pula merasakan ibu bapa mereka adalah yang paling sporting. Lesen yang diberi oleh ibu bapa untuk berkepit atau berpeleseran itulah yang menyebabkan anak-anak dara sunti mereka termengandung.
Bila udah terlanjur gelaplah masa depan seperti gelapnya awan dilangit ketika menunggu hujan turun. Minat untuk meneruskan hidup sedikit kureng kerana diri rasa udah kecundang. Ada setengahnya cuba membunuh diri, ada yang cuba mengugurkannya dan yang paling keji ialah perbuatan membunuh bayi tersebut dan menyumbatnya ke dalam mangkok tandas. - fullstop!
Nota Lutut : Zaman hitam putih muda mudi Melayu yang diwarnai dengan pelbagai hiburan termasuk bermacam-macam jenis dadah akhirnya mewarnai pulak lorong-lorong belakang di bandar-bandar besar diseluruh negara dengan pelbagai jenis gelandangan termasuk pondan dan penagih dadah. Salahkah ibu-ibu yang mengandung jika yang dikandung itu adalah baka dari Anak Ku Sazali!
|
No comments:
Post a Comment