Jumaat 25 September 2015.
Jam berwarna putih yang tergantung didinding ruang tamu menunjukkan pukul 11.30 pagi. Aku masuk ke bilik air untuk mandi sunat Jumaat. Usai mandi dan potong kuku aku memilih untuk memakai jubah juga tidak lupa mencalitkan sedikit Eau De Perfume dari jenama AlRehab Perfumes, Made in Saudi Arabia.
Walaupun solat Jumaat hari ini bermula pada jam 01.08 tengahari, aku kena keluar lebih awal kerana hendak menghirup dahulu teh tarik sambil mahu membaca akhbar dimana malam tadi ketika menonton berita di tv3, ada diberitahu iaitu kejadian lebih 700 jemaah mati terpijak apabila jemaah haji merempuh sesama sendiri ketika ingin melontar jamrah di Mina, Arab Saudi.
Aku singgah di restoran India Muslim berhampiran Aeon Kepong yang dahulunya dikenali sebagai pasaraya Carefour lalu memesan secawan teh tarik. Mengeluarkan akhbar Kosmo! dari backpack, mata tertumpu pada tajuk 'Beratus jemaah haji mati di pijak' sambil menatap gambar-gambar sebilangan mangsa yang terbunuh.
Apa lagi yang hendak aku katakan apabila melihat wajah-wajah yang kaku disitu. Ya! Pada hakikatnya kita udah tahu dan yakin bahawa seluruh makhluk yang bernyawa, pastinya mati tak kira di mana kita berada. Firman Allah SWT:
"Di mana jua kamu berada, maut akan mendapatkan kamu [bila sampai ajal], sekalipun kamu berada dalam benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh". - [Maksud Al-Quran surah An-Nissa' ayat 78].
Waktu melangkah ke pukul 1225 tengahari. Masa camne aku selalunya udah berada didalam masjid kerana aku anggap waktu sebegini adalah waktu aku bertenang sementara menunggu solat Jumaat. Pada waktu tersebut kita boleh buat sembahyang tahiyyatul masjid dua rakaat dan lepastu berniat i'tikaf di dalam masjid kerana Allah Ta'ala.
Sembahyang Jumaat! Bercakap pasal sembahyang Jumaat ne tentunya kita udah maklum bahawa ia adalah fardu 'Ain dan bagi orang lelaki yang telah cukup umur kenalah pergi mengerjakannya. Pada hari kita bersembahyang Jumaat itu, kita akan dapat mendengar nasihat-nasihat dari Ustaz atau mendapat pesanan dan ingatan dari mimbar, dimana khutbah selalunya meminta kita memperbanyakan kesyukuran dan mempertingkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT.
Seperti bacaan Khutbah Khas Iduladha semalam, dimana salah satu intipatinya ialah menyeru umat Islam memperbanyakkan ucapan salawat dan salam keatas baginda Nabi Muhammad SAW kerana telah menyampaikan Islam kepada kita melalui banyak cara termasuk pengorbanan dan jihat. Tanda kasih kita kepada baginda hendaklah dirakamkan dalam bentuk ucapan salawat dan salam sebagaimana firman Allah SWT di dalam surah al-Ahzab ayat 56 yang bermaksud:
"Sesungguhnya Allah SWT dan malaikat-Nya berselawat [memberi segala penghormatan dan kebaikan] kepada Nabi [Muhammad SAW]; Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya".
II- Usai membaca doa, jemaah bersalaman dan beredar. Ketika melangkah keluar dari dewan utama masjid aku menepuk bahu kiri salah seorang jemaah yang aku kenal. Jemaah yang berjubah itu menoleh kebelakang dan sedikit terkejut tetapi kejutan yang gumbira. Kami bersalaman dan bergerak ke arah anjung masjid untuk berbicara.
Namanya Farid [chef]. Asal Moar dan aku kenal ketika sama-sama bekerja di Kuala Belait, Negara Brunei dalam bidang hospitality. Pengalaman si Farid ketika di Semenanjung, membolehkan beliau diterima bekerja sebagai chef oleh Syarikat Serikandi. Itu ceriter dolu Bai! Kata si Farid, ketika ini dia dan abangnya sedang mengusahakan sebuah kedai yang menjual barang makanan dari negara timur tengah. Antara barang makanan yang dijual ialah BBQ Sauce yang status halalnya tidak diragui.
Kata Farid, ramai umat Islam ketika ini berminat nak buat jamuan makan malam ala' BBQ. Selalunya diaorang nak panggang ketulan ayam, ketulan lembu-kambing termasuk gak memanggang burger dan sausage dengan menggunakan perapan [marinade] seperti sos tiram dan LP Sauce yang halalnya masih boleh diragui. - Aku sangat setuju Bai!
Ujar Farid lagi, negara kita pada dasarnya adalah negara Islam tetapi penduduknya mempunyai fahaman agama yang berlainan. Kerajaan kita bukan setakat buat Kedai 1Malaysia sahaja, tetapi kena buat gak kedai Islamic Mini Market dan Islamic Restaurant bagi mengatasi kearguan umat Islam. Apapun kita bersyukur kerana udah ada bank-bank di Malaysia yang buat urusan cara Islam seperti Affin Islamic Bank, CIMB Islamic atau Maybank Islamic sebagai contoh. - Wallahuaklam!
Nota Lutut: Aku petik sedikit 'Sepatah Kata' dalam karya ilmiah Halal & Haram dalam Islam hasil tulisan Dr Yusuf al-Qaradhawi iaitu:
"Aspek hukum-hakam merangkumi sebahagian besar dari Syariat Islam itu sendiri, lebih khusus lagi ialah perkara yang melibatkan halal dan haram. Rasulullah SAW menegaskan yang halal itu jelas, yang haram itu juga jelas dan diantara keduanya, ada perkara yang syubhah, yang kedudukannya tidak jelas di kalangan umat Islam, terutamanya di kalangan orang awam".
No comments:
Post a Comment