05 October 2015

DARI GOMBAK KE LANCANG


Selasa, 22 September [6.24PM]
He...he...Man, hari Sabtu ne rmah Lan Techuk ada kenduri ank dia kawin. Dia jemput smua mmber2...lu dtg tau...bgitau Majid ngan Ali skali. Kita jmpa nti...Sabtu ne 26hb...

Baha Gombak


Aku membaca pesanan dari Baha sekali lagi. Sms yang ringkas tetapi tidak dinyatakan kat mana lokasi majlis. Aku tanya Baha dan dia bagitau Lan Techuk buat majlis kat rumah dia. Aha! Secara kebetulan atau suratan takdir aku ketika ini  berada di pinggir Kolompo. Jika di izinkan oleh Allah SWT, tentunya aku dapat datang ke majlis tersebut nanti sambil bertemu rakan lama.


     -<<<<<>>>>>-  


Sabtu, 26 September [1230 tengahari]

Kampung Kerdas Gombak. Aku pernah tinggal dan membesar di desa ini, malahan aku juga pernah tinggal di pinggir jalan ke Kampung Sungai Pusu [tapak UIA sekarang], Batu 9 dan Batu 8. Bersekolah rendah di Batu 7 Gombak Utara dan bersekolah menengah di Gombak Setia. Bermain bola di padang bomba, sesekali berenang-renang di sungai dengan kawan. Memetik buah mangga dan rambutan, berbasikal ke pinggir Batu Cave mencari peluru tembaga bersama Karim Wahab.


Aku tidaklah berasa kekok jika sesekali terjah masuk ke-lembah, ke-paya atau menyusuri lorong-lorong di sekitar Kampung Kerdas pasal kebanyakan otai-otai[1] kat kampung nie memang aku kenal termasuk JKKKP En Zakaria Mohd Yusuf. Pernah gak aku buat larian bersama abang aku Hj Omar, En Zakaria, Hamid Malaysia, Bahrom dan beberapa rakan pompuan, membawa bendera Malaysia ke sempadan negeri Pahang melalui jalan lama Bentung-Karak atas nama Larian Bendera Malaysia anjuran Belia 4B gitu!

Banyak kenangan manis ketika tinggal di Kampung Kerdas termasuk menjadi penulis surat cinta kepada rakan kamcing[2] aku [tak perlulah aku sebut namanya] Biasanya, setelah selesai menulis aku akan menyerahkan surat tersebut di kedai Mamak, dengan bayaran rm1.00 henggit beserta secawan teh panas serta sepinggan mee rebus. Ada sesekali aku dan Paru [satu-satunya rakan India] diajak oleh rakan kamcing aku nie menemani beliau berdateing dengan girlfriend kat Ulu Langat. Fuhhh! Masatu Ulu Langat tu dikira jauh gak kalu naik bas. Cut!


                   -<<<<<>>>>>-

Di majlis, aku dan isteri duduk di meja paling kiri berhampiran meja buffet dengan ditemani En Zakaria Mohd Yusuf [JKKKP], Baha, Ajak Jinjang dan Karim Wahab. Sambil menikmati makan tengahari, kami berbual kisah-kisah lama sewaktu usia kami meniti remaja.


Usia remaja adalah dikira sebagai fasa ke-4 setelah melepasi fasa pertama iaitu ketika berada dalam alam kandungan ibu selama 9 bulan, fasa ke-2 pulak ketika kita bayi dan fasa ke-3 bilamana kita di gelar sebagai kanak-kanak atau istilah manjanya bebudak[3] gitu! Yang dikatakan remaja itu ialah antara umur 13 tahun hingga 21 tahun. Alam remaja memang sedikit giler. Inginkan kebebasan, lihatlah cara berpakaian mereka masatu, cara bercakap ala kutu tak ikut buku dan memang haru-biru.

Masa remaja banyak dihabiskan dengan kawan-kawan. Bila rasa sunyi dan celaru, kawanlah tempat dijadikan rujukan, nasihat yang kekadang membawa remaja bingung hingga hilang pedoman dan jati diri. Zaman remaja yang rapuh, sentisa gelisah mahu mencari arah. Mahu cuba itu ini walaupun mereka tahu jalan yang di pilih itu salah. Ya! Satu alam yang terpaksa ditempuh, dilalui,  kerana sudah aturan hukum iaitu remaja pastinya akan menjadi dewasa. - Fullstop!

 




                      -<<<<<>>>>>-

  • Lebuhraya Pantai Timur
    [Sabtu, Pukul 1345 tengahari]

    Cuaca  berkabus! Ohhh! Bukan kabus tetapi jerebu. Waktu sebegini biasanya sang matahari sudah menegak diatas kepala. Tetapi, matahari ketika ini juga tidak kelihatan wajahnya, adakah sang matahari merajuk dan tidak boleh dipujuk. Lihatlah ketika ini, kenderaan bergerak perlahan kerana jarak pengihatan agak terganggu dan kebanyakan kenderaan menghidupkan lampu merah dibahagian belakang.

    Suram dan berjerebu. Jerebu ini pula diberitakan datang dari negara jiran Indonesia tanpa memberi salam, berulang pulak setiap tahun dan ikut rekod, tahun 1997-1998 adalah tahun yang paling teruk dilanda jerebu akibat pembakaran yang disengajakan atau terbakar akibat musim panas yang perpanjangan.

    Dolu, semasa berlaku kebakaran terbuka, titik panas dikesan berada di Sumetara dan Kalimantan. Kali ini asap hitam yang pekat itu boleh dilihat belah Sumatera dan Riau khususnya yang menyebabkan hak untuk menghirup udara segar dinafikan serta menjejaskan kehidupan jutaan manusia serta binatang ternakan.

    Dari tol Gombak, melepasi pulak tol Bentung, tol Karak dan akhirnya kami dapat gak melepasi palang tol Lancang dengan selamat setelah membayar menggunakan duit maya - kad Touch 'nGO! Melepasi tol Lancang, dihadapan ada simpang. Sabuah papan tanda petunjuk arah. Jika belok ke kiri arah ke Mempateh dan Lancang, andainya beluk ke kanan kita akan pergi ke-arah Kuala Gandah iaitu tempat Konservasi Gajah Kebangsaan dan Deerland. - Esuk kita ge deerland nak!


                   -<<<<<>>>>>-


    Di Tanah Kebun [Pukul 1450 petang]

    Sepi. Pintu pagar berkunci. Hanya kelihatan beberapa ekor anjing berkeliaran. Anjing-anjing yang setia itu adalah pengawal tak bergaji. Di kabin, juga pintunya berkunci. Bayang adek aku Ali, anak buah aku Salim, Amat dan tukang rumah Wak Husni juga tidak kelihatan, mungkin mereka sedang bercuti sempena Hari Raya Haji. Dihadapan pondok papan dua tingkat pulak, hanya kelihatan sebuah kereta Satria warna biru tanpa tuan. - Si Uwan dan Bob mungkin keluar, bisik hatiku.

    Si Faizal pulak sudah lama menghilang. Anak buah aku yang seorang ini pandai buat kerja pendawaian letrik, pandai juga bertukang, tetapi kecundang. Bukan kerana kalah dengan cuaca panas atau dek jerebu tetapi pada firasat aku, dia kecewa kerana gagal berhubung dan bergaul. Kira human relation[4] sesama keluarga tidak cukup dewasa gitu!

    Apapun yang terjadi, ada baiknya kita bertenang dan berfikiran positif. Seperti kata orang bijak pandai yang sering memberi motivasi 'kegagalan itu bukanlah penamat kepada kehidupan, malah kekadang ia memberi semangat untuk kita terus bangun dan berjuang'. Ya! Kegagalan bukan satu rintangan dan rintangan bukan satu halangan ujar iklan Milo.

    Satu hal lagi, kita sebenarnya sedang di uji, mugkin diuji tentang rezeki, tentang keimanan atau kita diuji tentang kematian. Malah sebuah hadis nabi ada menyebut setiap manusia, Allah SWT akan berikan  sebanyak 99 ujian kematian bermula dari bayi hinggalah sebelum mati, sehinggalah ujian yang ke 100, maka kita akan mati. Tupasal, kalau kita sudah berumur 40 tahun tetapi tidak juga berubah sikap ke arah yang baik, maknanya kita tidak akan berubah lagi sehinggalah kita dibacakan talkin[5] nanti! - Wallahuaklam!







No comments:

Post a Comment