10 October 2015

BUDU, CENCALOK & MANGO PICKLE


                 

  • Ahad, 11 Oktober 2015
     


    I- Apartment. Aku sedang merehatkan diri diruang tamu sambil membaca akhbar UtusanMalaysia. Pagi tadi ketika bersarapan bersama isteri di Karak, aku hanya sempat membaca tajuk-tajuk berita muka satu. Salah satu berita menarik ialah penemuan 2 daripada 7 murid Orang Asli yang hilang di hutan Pos Tohoi, Gua Musang. Penemuan 2 murid itu dianggap satu keajaiban kerana mereka mampu hidup dalam tempuh 47 hari didalam hutan belantara.

    Sambil menghirup Nescafe Oh So Creamy iaitu kopi campuran [premix coffee], aku menyelak lembaran akhbar muka 29 Luar Negara dimana ketika ini aktivis Palestin  mengisytiharkan intifada atau kebangkitan ketiga bagi menentang penindasan dan kekejaman Isreal di Tebing Barat.

    Begitu juga tentang berita empat peluru berpandu Rusia yang dilancar dan disasarkan terhadap kedudukan kumpulan militan Negara Islam [IS] di Syria, tersasar pulak dan terhempas kat Iran. Peluru berpandu itu dipercayai sebahagian daripada yang dilancarkan serentak oleh Rusia dari kapal perangnaya di Laut Kaspia.

    Lain halnya di Sydney Australia, bilamana satu penganjuran protes anti-Islam dirancang selepas seorang remaja Islam berusia 15 tahun, Farhad Khalil Mohammad Jabar ditembak mati oleh polis kerana menembak mati seorang akauntan polis, Curtis Cheng di ibu pejabat polis di Sydney, baru-baru ini. Apapun, PM Australia, Malcolm Tumbull membidas tindakan penganjuran protes anti-Islam yang disifatkan beliau sebagai memecah-belah perpaduan dinegara tersebut.

                   


    II- Di Ruang Dapur.
    Aroma ayam berempah kari yang sedang digoreng oleh isteri aku berapongan bersama asap yang masuk ke ruang tamu. Aku menutup akhbar, bangun lalu menambah kelajuan kipas sebagai tanda meminta asap yang berkumpul di dalam,  keluar segera melalui jendela yang terbuka.

    Nasi udah masak. Begitu gak dengan ayam goreng serta hirisan timun, tomato, bawang dan hirisan cili hijau. Sekiranya tidak ada  sambal belacan, budu atau cencalok kira masih tidak lengkap. So! Aku buka peti sejuk, ambil sebotol kicap sebagai penganti kuah dan mango pinkle penganti sambal belacan.

    Bercakap pasal resepi ayam goreng rempah kari ne, mudah je! Ayam yang udah dipotong dan dibersihkan hanya digaul dengan sedikit garam, serbuk kunyit, serbuk ketumbar, sedikit serbuk lada sulah [white paper] dan serbuk kari serta taburkan juga sedikit daun kari. Kemudian ayam yg udah digaul boleh digoreng bersama dengan daun kari sekali.

    Berbeza sedikit dengan resepi ayam goreng berempah sebenar dimana kita terpaksa mengiling rempah-ratus atau memblender bahan-bahan seperti bawang merah, bawang putih, serai, ketumbar, jintan manis, jintan putih, halia, lengkuas, kunyit hidup sedikit gula dan garam. Kemudian bahan-bahan yang udah digiling halus digaulkan dengan ayam. Lepastu kena rebus dahulu separuh masak sebelum digoreng. - Cerewet sikitlah kojernya tetapi hasilnya memang terbaek Bai!


    Ada gak kawan aku bagitau, kalau nak makan mesti ada kuah atau setidak-tidaknya sup kosong, jika tidak...makan rasa tak puas katanya. Tetapi aku bab kuah ne tak kisah sangat, janji beras yang ditanak menjadi nasi yang lembut, sedikit berkanji dan berbau harum. Kemudian ada kicap, sambal belacan atau sambal tumis pun udah cukup. Yalah! Kekadang dek kekangan masa atau malas nak menumbuk cili buat sambal jadinya budu atau cencalok pun udah dikira menyelerakan Bai!


    Bukan semua orang boleh makan sambal belacan, budu atau cencalok Bai! Ada gak yang alah dengan makanan laut lagi-lagi makanan laut tu udah diperoses seperti budu misalnya. Budu dibuat dari ikan, disimpan [pekasam] dalam tempayan. Begitu gak cencaluk yang dibuat dari udang geragau [udang halus] yang diasinkan dengan air garam lalu diawet yang memakan masa sedikit lama.

    Jika
    kita alah dengan sambal belacan, budu dan cencalok, kita masih ada pilihan  iaitu kita boleh menjamah sedikit mango pickle sebagai penambah selera. Acar atau pickle ini boleh didapati di kedai-kedai runcit tetapi diaorang tak jual kat kedai 24 jam Seven'E. Selain mango, terdapat juga olive pickle yang rasa kedua-duanya hampir sama iaitu sedikit masam.

    Kita makan sebab kita lapar. Bila udah kenyang kenalah berhenti. Jangalah disebabkan ada ayam goreng berempah ditambah pulak dengan adanya sambal belacan atau budu, kita lupa dunia. Ya! Kita hidup bukan untuk makan semata-mata tetapi nikmatilah makanan yang terhidang didepan mata dengan penuh kesyukuran kerana kita makan bertujuan untuk terus hidup.

                 
    Seperti
    yang pernah aku baca dalam buku Halal & Haram susunan Mustaffa Suhaimi iaitu 'Dasar hukum Islam mengenai makanan dan minuman adalah paling mudah. Setiap yang baik adalah halal, tetapi yang buruk yang membawa bencana diharamkan'. Allah SWT berfirman:

    Maksudnya 'Wahai manusia! Makanlah apa yang ada di bumi yang halal dan baik dan jangan kamu ikut jalan syaitan kerana syaitan itu musuh kamu yang jelas' - [Al-Baqarah, ayat 167

                          

    III- Masa
    bebudak dan ketika meniti zaman remaja, aku hanya makan apa yang disajikan oleh arwah ibu aku. Salah satu menu yang menjadi kemestian ialah pucuk ubi rebus bersama sambal belacan. Kemudian, aku pernah cobak merasa cencalok ketika melawat Melaka dan mencuba Budu ketika berada di Dungun, Terengganu.


    Baik sambal belacan, budu atau cencalok - ketiga-tiga penambah selera ini tidak lagi aku jamah kerana allergy. Jika aku termakan gak, kulit akan menjadi kemerah-merahan dan gatal. Untuk mengatasinya, aku terpaksa menelan sebiji Zyrtec yang boleh didapati kat kauter farmasi.

    Jelaskan Bai! Yang sedap itu kekadang memudaratkan. Yang membawa bahaya dan mudarat itu hukumnya haram, sebaliknya yang memberi menafaat itu hukumnya halal. Seperti tumbuhan, asal hukumnya segala jenis tumbuhan yang boleh dimakan adalah halal kecuali jika zatnya berubah hingga membawa bencana kepada pemakannya.

    Misalnya, gandum, tamar dan anggur asalnya halal tetapi menjadi haram bila berlaku perubahan zatnya hingga menjadi arak dan memabukan. Begitu gak dengan binatang, menurut ulama tafsir, binatang yang diharamkan pada umumnya ada empat jenis iaitu khinzir [babi], darah, bangkai dan binatang yang disembelih bukan kerana Allah.



    Nota Lutut:
    Jangan pembaca salah faham pulak tentang sambal belacan, budu dan cencalok. Makanan tersebut masih boleh dimakan selagi tidak mendatangkan mudarat atau bahaya kepada manusia. Sebarang hukum sama ada halal atau haram hanya ditentukan oleh Allah SWT kerana Dia sahaja yang berhak menentukanya. - Wallahuaklam!

No comments:

Post a Comment