-<<<<<>>>>>-
Isnin 5 Oktober 2015
Kolumpo! Cuaca berjerebu menyambutku setibanya aku dipusat bandar Kuala Lumpur. Mungkin ketika ini bacaan IPU [Indeks Pencemaran Udara] antara 51-100 iaitu status yang dikira sederhana baik berbanding Batu Muda 227, Cheras 177 dan Putrajaya 217 yang dianggap kualiti udaranya tidak sihat atau sangat tidak sihat.
Aku datang dari tanah kebun di Lancang kerana ada urusan. Singgah kejap kat gerai nak beli senaskah Kosmo! Ketika aku menyelok backpack aku untuk mengambil wallet baru aku perasan yang kunci rumah aku tertinggal dikebun. Alamak! Camana nak masuk rumah, bisik hatiku. Kalut! Kalut!
Aku call Uwan di Tanah Kebun bagitau serangkai kunci tertinggal dan minta simpankan. Lepastu telepon pulak isteri aku yang sedang bekerja di sekitar Jalan Raja Laut. Isteri aku suruh ambik je kunci rumah kat pejabat tetapi aku memilih untuk jalan-jalan dahulu sebelum balik rumah bersama, pada pukul 0430 petang nanti.
Aku mau jalan-jalan, pekena teh tarik di bawah flat Malayan Mansion sambil membaca Kosmo! Aku mula mengatur langkah, menyusuri Jalan Silang dan shortcut ikut taman mini disekitar Clock Tower. Terasa diri seperti orang asing apabila melihat orang ramai mundar-mandir, ada yang sedang duduk dikerusi mengadap screen handpon, berdiri dihadapan rumah kedai sambil memerhati kawan-kawannya membeli belah dan ada yang berbual dalam bahasa yang tidak aku fahami.
Berjalan, perlahan sahaja ketika melalui lorong kecil disebelah siar-kaki bangunan Hong Kong Bank. Melintas jalan dihadapan Stesen LRT Masjid Jamek kemudian lalu dicelah-celah gerai dihadapan Wisma Yakin dan terus masuk ke flat Malayan Mansion. Niat nak pekena teh tarik terpaksa dibatalkan bila melihat ramainya kaum sedang menikmati teh tarik.
Melangkah kaki diantara dua gerai teh tarik lalu keluar dari flet Malayan Mansion menuju Campbell Shopping Complex. Wah! Dah ada hotel kat sini. Malah, shop lot juga hampir penuh dengan peniaga-peniaga yang menjual barangan kulit seperti talipingang, beg, kasut dan jacket. Ada gak peniaga yang menjual kain ela yang dibawa khas mungkin dari Pakistan.
Aku gerak ke arah Pertama Complex. Masuk kelorong arah ruang niaga yang dikhaskan untuk peniaga-peniaga Melayu. Kat sinilah tempatnya kalu kaki-kaki motor dan anggota-anggota keselamatan nak dapatkan barang keperluan. Aku singgah dikedai rakan aku bernama Fikri, kemudian Fikri cadangkan minum kat salah sebuah gerai di hadapan bangunan Mara. Ketika menanti pesanan tiba, aku ceritakan kepada Fikri pasal aku tertinggal kunci rumah!
"Ahh! Itukan perkara biasa. Aku pun pernah tertinggal kunci. Yang lebih kelakar tu, pernah terjadi kat aku ialah bila aku isi petrol rm30.00 kat stesen Petronas. Aku bagi duit kat kauter lepastu masuk kereta, idupkan injen dan belah. Lebihkurang 5 minit perjalanan aku baru ingat yang aku belum lagi isi petrol. Apa lagi, aku patah baliklah ke stesen minyak".
"Yalah Bro! Kekadang kita alpa, otak serabut dan tak boleh fokus. Dolu pernah terjadi kat studio, bilamana bilik kopi meletup dan mengeluarkan asap hitam. Bila aku masuk bilik tu, baru aku ingat tadinya aku ada masak air panas menggunakan kole dan besi pemanas. Memang waktu tu aku tengah sibuk nak siapkan design untuk pelanggan aku, sampai lupalah"
Perbualan terhenti seketika. Dua pinggan Cha Koew Teow dan satu gelas teh ais serta segelas iced lemon tea udah terhidang diatas meja. Sambil menyedut teh ais si Fikri menyambung perbualan yang terputus sebentar tadi.
"Aku pernah gak tertinggal kunci rumah. Aku hanya ingat bila udah sampai kat tempat kerja. Kelam kabutlah aku balik rumah. Nasib baik kunci tu masih tergantung kat pintu luar. Kalaulah ada Mat Pet atau Penyamun Tarbus nampak kunci tu, habislah!"
"Ada masanya Bro, kejadian yang tidak sepatutnya berlaku tetap akan berlaku. Ia diluar kawalan kita. Mungkin udah ditakdirkan"
"Contohnya?" Fikri terus menjamah seekor udang yang ada di tengah-tengah Cha Koew Teow. Aku perhatikan si Fikri makan sangat berselera. Separuh Cha Koew Teow udah dibedalnya.
"Begini. Aku pernah tertinggal flight. Masatu aku flight dari KLIA ke Miri dan transit kat airport Kuching. Masa perjalanan yang panjang buat aku tertidur. Bila aku tersedar, aku lihat beberapa crew sedang membersihkan lantai dan tidak ada seorang penumpang pun yang tinggal. Semua penumpang udah keluar"
"Lepastu apa jadi"
"Aku masatu blur. Aku terus keluar dari pesawat. Bila aku menghampiri kauter imigresen, aku rasa ada tertinggal sesuatu. Aku tak ingat apa ke bendanya. Aku patah balik ke dalam pesawat ambik barang dan keluar menuju ke dewan menunggu. Kemudian aku terus ke tandas"
Sambil tangan aku menolak pinggan yang masih berisi sedikit Cha Koew Teow ketepi. Aku menghirup Iced Lemon Tea. Si Fikri pulak mengeluarkan sebatang rokok, membakarnya, lalu menyedut dengan rakus dan melepaskan asapnya ke arah pancutan air.
"Wah! Excited aku dengar story ne" Fikri memandang tepat pada wajahku seperti minta disegerakan. Aku menghirup semula air yang berbaki hingga habis lalu menyambung cerita.
"Bila aku masuk semula ke dewan menunggu dan bertanya pada crew penerbangan tentang flight ke Miri, crew tu bagitau - baru sebentar tadi flight berlepas. Kata crew tu lagi udah tiga kali nama aku diaorang panggil. Lepastu crew tersebut bawak aku berjumpa pegawai Mas. Untuk menyambung perjalanan aku kena bayar tambang tambahan sebanyak rm200.00. Tetapi aku tak dapat bayar pasal wallet aku ada dalam backpack dan backpack serta bagasi aku udah terbang ke Miri. Satelah pegawai Mas tu berbincang, akhirnya aku dibenarkan berlepas ke Miri secara percuma"
Masatulah aku sangat-sangat bersyukur kepada Ilahhi dan berterima kasih kepada pegawai-pegawai Mas kerana menggunakan budi bicara mereka ketika aku menghadapi kesulitan - Cut!
-<<<<<>>>>>-
Sebenarnya masih ada story yang aku nak bagitau pada Fikri tetapi memandangkan waktu udah melintas ke pukul 0405 petang, jadinya aku dan Fikri menamatkan perbualan. Kali ne si Fikri nak payung. Usai membayar harga makanan si Fikri masuk ke dalam Pertama Complex ikut pintu tengah. Aku pulak gerak ikut Jalan TAR melalui hadapan bangunan Sogo, deretan rumah kedai dan berhenti seketika dihadapan restoran Coliseum Cafe.
Ikut sejarahnya, bangunan yang menempatkan kafe ini udah berdiri gah sejak 1921 di Batu Road, kemudian Batu Road ditukar nama kepada Jalan Tuanku Abdul Rahman [TAR] pada 1960, sempena nama Yang di-Pertuan Agong pertama.
Cafe ini diasaskan oleh sekumpulan ahli perniagaan Hainan yang membawa bersama gaya masakan mereka tetapi menyesuaikannya dengan rempah Melayu, Cina dan India. Sewaktu ketika dahulu [bahari] Coliseum Cafe ini merupakan tempat terkenal menjamu selera untuk pegawai-pegawai penjajah British, pegawai kerajaan, pengusaha ladang, pengusaha lombong timah serta ahli-ahli perniagaan dan lain-lain.
Diceritakan oleh Kapten Morgan yang mempunyai 42 tahun pengelaman iaitu kesemua lima bekas Perdana Menteri iaitu Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak, Tun Hussein Onn, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tun Abdullah Ahmad Badawi mempunyai satu persamaan iaitu mereka gemarkan Coliseum's sizzling stem.
Cafe yang banyak menyimpan kisah silam ini terutama generasi 'Malaya' khabarnya kebanyakan pelanggan orang lama akan membawa anak cucu mereka berkunjung ke cafe ini untuk menikmati masakan sambil bercerita tentang kisah cinta mereka serta pengelaman masa zaman penjajah gitu!
Nota Lutut: Soalnya, masakan kat Coliseum Cafe ne halal ke! Tepuk dada tanya selera. Itu orang dolu-dolu kata. - Wallahuaklam!
No comments:
Post a Comment