Selasa, 13 Oktober 2015
Alhamdulillah! Kita bertemu semula di entri Buku Risalah Amal dengan pertukaran template blog iaitu dari Awesome Inc kepada Dynamic Views. Pada awalnya memang ada sedikit kesukaran untuk aku menggunakan template Dynamic Views kerana udah terbiasa dengan template lama yang backgroundnya ada semburan watercolour. Pertukaran template ini juga tentunya akan mengingatkan aku kepada tahun bahru [Awal Muharam 1437H] yang jatuh pada petang ini [sabelum Magrib] Selasa, 13 Oktober 2015.
Buku Risalah Amal ini dikarang oleh Hj Mohd Daud Alyatimie aka Matlub yang dicetak pada tahun 1969 dan sahingga tahun 1995 udah diulang cetak sebanyak 19 kali, kira antara buku terlaris gitu! Ikut kata Matlub pada muka surat 15 - Kata Penyusun iaitu kandungannya telah dikumpul sejak beberapa lama dahulu, hasil daripada pelajaran dan bacaan beberapa buah buku serta kitab-kitab.
Kandungan buku tersebut bermula dengan membicarakan tentang Agama Islam, Iman serta Rukun Iman dan Rukun Islam. Seterusnya tentang Pelajaran Sembahyang, Rukun Wudhu, Wirid dan Doa-Doa Selepas Sembahyang, Puasa, Zakat,Talqin Mayat, Doa Akhir Tahun Hijrah [dolu dieja Hijriyah], Amalan Sebelum Tidur dan bermacam-macam wirit dan bacaan ketika menghadapi darurat atau rusuhan termasuk gak bacaan pendinding kene tembak, doa ketika menghadapi musuh, doa menundukkan musuh, doa menjauhkan permusuhan misalnya serta lain-lain amalan.
Jika aku nak diceritakan tentang wirid dan doa ne memanglah banyak. Macam-macam tajuk buku tentang wirid dan doa ada dijual tetapi yang sukarnya ialah mengamalkannya. Sama seperti kita membeli sahelai jacket. Satelah kita beli, jacket tersebut kita akan gantung. Lama udah tergantung sehinggalah satu hari kita hendak memakainya kerana mahu mengahdiri satu majlis keramaian. Alih-alih ketika kita menyarung sambil menyelok poketnya, kedua-dua poketnya udah berlubang kerana ditebuk lipas. Pasal apa ditebuk lipas, sebab kita jarang-jarang memakainya Bai!
Daripada aku bercerita tentang wirid dan doa ada baiknya aku berkongsi dengan pembaca diluar sana mengenai tulisan Matlub yang berkisar pasal orang-orang Melayu yang gemar bacakap kosong seperti tin kosong. Matlub juga ada menulis tentang sebab-musabab kejatuhan orang Melayu dan agama Islam. [Ini kerana beliau memiliki sifat rasa tanggungjawab untuk membantu orang Melayu melalui penulisan]. Mungkin kesederan beliau timbul, satelah melihat orang Melayu cuba diaibkan kali kedua, ketika terjadinya rusuhan antara kaum pada 13 Mei 1969.
Bercakap Kosong!
Penulis yang dikenali sebagai Matlub ini meluahkan isi hatinya dengan berkata iaitu kebanyakan orang Melayu daripada pelbagai peringakat, bila mendengar cakap-cakap mereka - dimana sahaja, seolah-olah semuanya tahu dan pandai dalam banyak perkara. Semua tahu itu dan ini, serta teringinlah sangat mencari kesenangan, semuanya bersemangat kebangsaan, hanya pandai menyalahkan orang lain, tetapi apabila diteliti hampir semua orang yang bercakap itu tidak berbuat seperti apa yang dicakapkannya. Kira, cakap tak serupa bikinlah!
Sambung penulis lagi, seperti kata-kata hendak menolong ahli-ahli perniagaan Melayu sebagai contoh, tetapi seumur hidupnya langsung tidak membeli di kedai Melayu. Cakap sahaja hendak menolong tapi habuk pun tarak! Malah, kalau ada sedikit kesalahan pada peniaga-peniaga Melayu, kesalahan itulah diperbesarkan sehingga bertahun-tahun. Inilah salah satu sebab mengapa bangsa Melayu hari ini gagal, kegagalan bangsa Melayu itu sebenarnya udah sangat lama, sejak bangsa Melayu diaibkan oleh Portugis di Melaka pada 1511.
Kejatuhan orang Melayu khasnya dan orang Islam amnya, dimana sahaja sekarang ne adalah salah orang-orang Melayu itu sendiri. Sebab kejatuhannya ialah tidak berpegang teguh pada ajaran dan kehendak-kehendak agama Islam. Mereka tidak mempunyai iman yang kuat, malah sifat hasad dengki sentiasa bermaharaja-lela, bercakap tidak jujur, tidak bertimbang rasa, bersikap sombong, mementingkan diri sendiri, bermuka-muka, mengejar pangkat dan hidup mewah, mengejar segala puji-pujian, mengejar segala gelaran-gelaran, tidak berfikiran panjang akan nasib bangsanya sendiri, tidak percaya kepada bangsa sendiri. Kalau hendak membantu bangsa sendiri, hanya seperti melepas batuk ditangga.
Penulis buku Risalah Amal, meminta orang Melayu bersatu, terutama kepada pemimpin-pemimpin, pimpinlah dengan jujur. Sering-seringlah mengadakan perbincangan, bertukar-tukar fikiran, berdailog dengan semua lapisan masyarakat dengan rasa telus ikhlas serta tanggung jawab untuk memajukan bangsa Melayu kerana ketika ini orang Melayu belum lagi mendapat tempat yang selayaknya. Janganlah berpuas hati selagi belum 100% berjaya, ujar penulis Matlub diakhir penulisan beliau. - Wallahuaklam!
Nota Lutut: Tulisan Matlub [Hj Mohd Daud Alyatimie] ini ditulis sekitar tahun 1969 dalam tulisan jawi. Dicetak dan terbitkan oleh
Pustaka Muda [ISBN 983-869-002-3], No 38, Jalan Tun Perak - Malaysia. Ketika aku menaip pasal rencana tulisan Matlub ini, ada beberapa ayat atau tata bahasa yang aku ubah bagi memudahkan pembaca faham, terutama genarasi why! Akhir sekali, aku ucapkan selamat menyambut tahun bahru 1437 Hijrah!
No comments:
Post a Comment