Mempateh! Usai
solat Jumaat di Masjid Saidina Abu Bakar di Mempateh, kami bertiga
iaitu adek Ali dan anak buah aku si Salim keluar dari masjid. Cadangnya
kami hendak makan tengahari di salah sebuah gerai kat sekitar Mempateh.
Sewaktu kami melintas jalan, kelihatan dua backpacker Mat Salleh pompuan sedang berdiri dihadapan bengkel motosikal sepertinya sedang menunggu kenderaan. "Mat Salleh tu nak ge Kuala Gandah agaknya" ujar si Ali sebaik kami melabuhkan punggung di gerai nasi berlauk.
Di
gerai, kami bertiga makan nasi putih berlaukan gulai daging campur
rebung dan sirap iced. Sambil makan sambil memerhatikan gelagat dua
pengembara Mat Salleh tersebut yang cuba memberi isyarat untuk menumpang
kenderaan tetapi hampir duapuloh minit menunggu tidak ada sebuah kereta
pun yang berhenti.
Mungkin udah penat berdiri, dua pompuan Mat
Salleh tu mula bergerak ke arah gerai tempat kami makan, tersenyum
sambil berkata hello! Fuhhh! Si Salim terus cargas menjawap sapaan dua
pompuan Mat Salleh tersebut.
"Hallo, How are U. Where U'want to go Miss?"
"National Elephant Conservation Centre, Kuala Gandah"
"Oooo! Gajah Kuala Gandah. No bas no teksi, but - we can send U to Kuala Gandah by car" Balas si Salim selamber, mulutnya terus menyedut lebihan air sirap.
"Faham ke Mat Salleh ne cakap kau Salim. Cuba kau tanya diaorang ne datang dari mana?" Soal Si Ali yang sejak tadi hanya mendiamkan diri sambil matanya memerhatikan screen hanpon.
"Oh! Thanks Q, Thanks Q". Dua pompuan Mat Salleh tu tersenyum puas bilamana mendengar si Salim sanggup mengahatar ke Kuala Gandah.
"Ok! We send U to Kuala Gandah but U must pay for oil. No! No! U pay me ten ringgit for petrol. U agree girls?" Salim tersengeh-sengeh sambil memandang dua pompuan Mat Salleh.
"Okey! Okey! Thanks Q"
Tiba-tiba pulak lelaki Melayu dimeja hadapan kami bersuara dan bertanya dalam bahasa Inggeris yang sempurna gitu. Dari mana dan hendak ke mana, kepada pompuan Mat Salleh yang rendah sedikit dari rakannya. Mereka berdua berbual mesra. Pengembara tersebut layan gak dan bagitau diaorang berdua berasal dari Lyon, France.
Si Salim pulak udah selesai makan. Aku dan Ali juga udah selesai sambil bangun hendak membasuh tangan. Aku sarankan si Ali tunggu di gerai sementara kami berdua hantar pompuan Mat Salleh ne kat Konservasi Gajah Kebangsaan di Kuala Gandah. Kalau si Ali nak ikut sekali pun tak ngapa tapi takut Mat Salleh tu curiga pulak.
Ali setuju tunggu digerai. Aku, Salim dan dua pompuan Mat Salleh berjalan arah ke kereta Kia berwarna hitam yang dipakir bersebelahan Balai Polis Mempateh.
"Sape nak bayar makan ne wei! jerit si Ali.
"Tunggule kami balik dari Kuala Gandah"
Aku juga macam si Ali, sedikit menjerit sambil membuka pintu kereta sebelah kiri untuk pompuan Mat Salleh yang berbadan kecik dan berabut perang. Yang sorang lagi tu masuk ikut pintu disebelah kanan. Kereta berwarna hitam mula bergerak meninggalkan Ali yang terkebil-kebil memerhatikan kami.
Salim memandu dan aku sebagai juru pandu. Kereta meluncur laju melalui kawasan hutan simpan menuju Kuala Gandah. Perbualan diteruskan. Si-Salim memperkenalkan diri dan bertanya nama diaorang. Mat Salleh yang berambut perang tu suruh panggil dirinya Joe' atau nama penuhnya Mad'moiselle Joe dan rakannya yang bersanggul pulak bernama Audrey Bencib. Kedua-duanya berasal dari Perancis tetapi si Audrey yang pernah belajar di Universite' Paris sekarang tinggal di London.
Sepanjang perjalanan menuju ke Kuala Gandah, banyak perkara yang dibualkan. Sesekali si Audery yang bertubuh tinggi lampai tu bersura, bertanya tentang itu dan ini tetapi yang sedikit becok ialah si Joe dan Si Salim. Mudah mesra. Akhirnya si Joe bagitau, diaorang sanggup bayar rm20.00 untuk perjalanan ke Kuala Gandah asal kami sanggup pulak jemput diaorang petang nanti dengan bayaran rm20.00 untuk dihantar ke bus stop di Lancang.
"No hal" kata Salim. Nak balik Kolompo pun si Salim sanggup hantar kalau Mat Salleh tu boleh bagi duit minyak 100 henggit. Bisik si Salim sebaik sahaja kereta membeluk masuk ke kawasan pendaftaran Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan. Sebelum Joe dan Audery keluar dari kereta, si Joe menghulurkan rm20.00 seperti yang dijanjikan. Kami pulak dengan senang hati akan datang semula untuk menjemput Mat Salleh tersebut pada pukul 4 petang nanti.
Kami tinggalkan Kuala Gandah. Gerak semula arah ke Mempateh kerana mahu menjemput Ali dan membayar harga makanan tengahari. Ketika dalam perjalaan pulang ada gak aku ajak si Salim untuk backpacker pada hujung tahun ne, tetapi dari raut wajahnya aku boleh agak yang si Salim ne tidak berminat. Begitu juga dengan si Amat dan si Faizal yang masing-masing hanya memberikan jawapan dengan ayat yang biasa didengar iaitu ayat tenguklah!
II- Backpacker Ke Pantai Timur.
Kalau jadilah, backpacker hujung tahun ne mungkin hanya tiga orang sahaja yang berminat untuk ikut sama. Aku, Otai Mahfol dan Baha. Si Saiful aka Thor kemungkinan besar tak dapat ikut pasal dah dekat nak naik jinjang pelamin gitu. Bukan apa, kalau berempat tu lebih baik dan lebih murah perbelanjaannya.
Cadangnya kali ini nak memulakan perjalanan dari Kolompo Sentral dengan menggunakan perkhidmatan KTM Senandung Wau pada pukul 2030 malam dan nak bermalam di Kuala Kerai. Boleh gak nanti pekena laksam distesen bas Kuala Kerai atau minum petang sambil menjamah tapai goreng. Yang hendak di lihat setibanya di Kuala Kerai nanti ialah kesan-kesan banjir besar yang melanda pantai timur tidak lama dulu. Lama tak lamalah, kira baru gak Bai!
Esuknya perjalanan diteruskan dengan menaiki bas dari Kuala Kerai ke Kota Bahru. Di Kota Bahru kami akan mengginap semalam di hotel badget. Dari Kota Bahru kami gerak ke Kuala Besut dengan meniki bas. Mungkin kene bermalam di Kuala Besut sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Terengganu.
Setelah bermalam di Kuala Terengganu, backpacker diteruskan menuju bandar Kuantan dengan menggunakan perkhidmatan bas. Tido semalam di Kuantan sebelum meneruskan perjalanan ke Kuala Rompin dan seterusnya ke Endau dan bermalam di Mersing. Dari Mersing gerak ke Keluang dan tido semalam di bandar Keluang. Esuknya, balik Kolompo dengan menggunakan perkhidmatan KTM dan dijangka tiba di KL Sentral pada waktu petang.
Itu hanyalah rancangan atas kertas. Nampak macam senang dan berjalan lancar. Bila udah memulakan perjalanan barulah kita tahu kekadang ada masalah terutama perjalanan bas yang tidak menggikut jadual. Mungkin bas yang kita tumpangi rosak di tengah jalan atau jalan di tutup kerana pokok tumbang disebabkan hujan lebat.
Begitu gak ketika mencari bilik penginapan harga murah. Jangan ingat mudah, pasal bila kita backpacker pada bulan Disember tentunya ramai kaum juga mahu bercuti. Lagi-lagi pada penghujung bulan Disember adalah minggu budak sekolah bercuti termasuk Chrismas day dan sambutan menjelang tahun baru. Bilik selalunya penuh. Itulah sedikit cabaran yang perlu dihadapi Bai!
Nota Lutut: Jika nak dibandingkan cabaran backpacker kami dengan dua pompuan Mat Salleh seperti si Joe dan si Audrey tu memang lawaklah Bai! Kira macam jauh panggang dari api kalau nak diibaratkan! Udahlah pompuan, mengembara pulak kekadang hampir memakan masa tiga empat-bulan. Ada gak kawan si Audrey yang baru menamatkan backpacker setelah tujuh bulan mengembara mengelilingi dunia.
Macam yang diberitahu oleh si Audery ketika kami menghantar diaorang kat bus stop Lancang, yang katanya diaorang berdua baru sahaja sampai di Kolompo setelah bermalam dua hari di Bali. Selepastu diaorang akan ke George Town sebelum bermalam sehari dua di Bangkok. Taktau bila diaorang nak tamatkan backpacker kerana masih banyak tempat yang belum dilawati. - cut! |
No comments:
Post a Comment