17 August 2015

MUSIM YG TIDAK BERMUSIM



Isnin, 17 Ogas 2015

I- Musim! Selalunya dikaitkan dengan masa yang khusus setiap tahun mengikut perubahan iklim. Seperti musim angin timur laut bertiup dari bulan November hingga bulan Januari dimana kebanyakan nelayan tidak berani turun ke-laut. Tiga bulan tersebut d
ikenali sebagai musim hujan dan musim banjir terutama belah negeri pantai timur.

Dolu, selain musim hujan, musim kemarau ada gak musim buah, musim menanam padi, musim menuai, musim haji dan musim cuti sekolah
Ketika itu istilah musim tidak terhad pada perubahan iklim malah musim dikaitkan juga dengan permainan seperti musim main bola jika ketika itu ada Pesta Bola Merdeka. Jika ada pertandingan Piala Thomas, sibuklah bebudak  bermain badminton. Kalau musim hoki pulak diaorang main hoki, termasuk musim main gasing, musim main guli dan bermacam-macam permainan lagi tetapi selalunya bermusim.

Berubah-Rubah!
Musim itu udah berubah. Banjir boleh berlaku di mana-mana malah boleh berlaku  di Kolompo jika hujan lebat turun berterusan hanya selama dua jam. Musim hujan, musim panas, musim sejuk dan cuaca kering tidak lagi bermusim. Lihat saja kat Pakistan. Bulan Ramadan yang lalu, Pakistan mengalami cuaca panas melampau yang ketika itu suhunya mencecah 43 darjah Celcuis. Hampir 800 orang terkorban akibat dehidrasi serta serangan jantung.

Pagi ne, tajuk muka depan akhbar Kosmo! 'Malaysia bakal dilanda El Nino terburuk' tidaklah mengejutkan aku sangat kerana kita pun udah tahu bahawa musim itu tidak bermusim lagi. Dari laporan berita, Malaysia dijangka mengalami fenomena gelombang panas El Nino terburuk mulai bulan September depan dimana cuaca panas ekstrem tersebut boleh menjejaskan tanaman, kesihatan serta  menjejaskan juga bekalan air bersih.

El Nino! Kalau kenkawan dapat bertenang dan boleh pulak mengimbas  ke belakang kejap, pasti kenkawan pernah mengalami cuaca panas teruk pada tahun 1997 di mana ketika itu berlaku bencana di beberapa buah negara seperti banjir besar di barat Amerika, kemarau di Indonesia, wabak maut di Afrika, banjir lumpur di Califonia dan kebakaran hutan di Australia.

Fenomena ini juga  mengakibatkan punca jerebu teruk pada tahun 1997 dan 1998. Jika  Al Nino berlaku, bukan setakat tempiasnya tetapi yang lebih teruk ialah terjadinya penyakit sensitif iklim seperti taun, demam denggi, batuk, selsema dan malaria. Malah, boleh mengakibatkan kemarau berterusan semasa Monsun Barat Daya di Semenanjung dan mungkin juga berlaku kemarau belah Malaysia Timur.


II- Sesuai
dengan kewujudan alam dan terjadinya bermacam-macam bencana alam adalah bagi membuktikan bahawa hanya Allah SWT yang berkuasa melakukannya. Ini dapat kenkawan semak ayat dari al-Quran: "Allah pencipta langit dan bumi. Apabila Dia berkehendak [untuk menciptakan] sesuatu, maka [cukuplah] Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah! Lalu jadilah ia." - [al-Baqarah 117]

Bencana alam [Al Nino] yang akan berlaku nanti hanyalah sekecil debu mungkin jika kenkawan bandingkan dengan fenomena alam yang paling dahsyat iaitu tentang kesudahan dan penamat alam semesta. Pada saat kehancuran itu berlaku, alam akan kembali menyusut, mengecil atau membeku atau juga meletup yang akhirnya akan hancur lebur. Semuanya berada di galaksi akan bertembung di antara satu sama lain dan akhirnya akan hancur berkecai menuju kefanaan.

Seperti yang aku baca dalam ruangan Fokus [Ms30 Vol 154] bertajuk 'Kiamat Menurut Kajian Sain' iaitu Beriman kepada Hari Kiamat bermaksud kepercayaan tentang kemusnahan alam serta wujud sesudahnya kehidupan yang kekal abadi di alam Akhirat. Beberap isyarat  kiamat udah diberitahu melalui al-Quran serta beberapa isyarat besar telah ditunjukkan kepada manusia bahawa kita sekarang berada pada zaman terakhir!

Isyarat! Aku tidak dapat memberitahu kepada kenkawan dengan tepat tentang warna [itupun jika kita mahu menggikut tahap warna] berkenaan isyarat yang Allah SWT udah tunjukkan kepada kita. Apapun kita udah mengetahui sedikit bahawa tanda-tanda kecil akan kehancuran alam itu apabila ramainya orang jahat daripada orang baik. Malah orang yang jahat itu kekadang adalah dari golongan keluarga kita sendiri dimana ketika ini ramai anak-anak menderhaka kepada ibu bapa.

Sebagai contoh, ada di antara anak-anak yang sanggup menumbuk bapanya hanya disebabkan permintaannya [meminta duit] tidak dilayan. Malah ada yang lebih teruk lagi di mana anaknya sanggup merancang dengan rakan-rakannya untuk meragut barang kemas ibunya atau merompak rumah kelurganya. - Tak ubah seperti kisah yang disidir oleh P.Ramlee dalam filem Ali Baba, dimana orang kaya Sariff Dol mintak ketua penyamun [P.Ramlee] menyamun rumahnya kerana banyak hutang!


III- Aku
pernah mendengar Ustaz berkata:

"Jika anak mencederakan bapanya [tumbuk bapa] itu memang satu kesalahan tetapi kesalahan itu perlu juga dipikul oleh si bapa kerana cuai mendidik anaknya".


Ya!
Aku setuju sangatlah jika sibapa juga dipersalahkan kerana Allah SWT udah memberi kuasa kepada ibu-bapa atau penjaga untuk membentuk peribadi anak-anak mereka. Sesibuk macam mana sekali pun sebagai bapa wajib mendidik anak-anaknya supaya mempunyai peribadi yang mulia dan menghormati orang tuanya.

Kecuaian itu datangnya dari diri sendiri. Ia bermula dari pepatah orang bahari iaitu bapa borek ananknya rintik. Anak-anak lelaki selalunya akan cuba mencontohi perangai bapanya. Kalau bapanya isap rokok, anaknya yang masih berumur 12 tahun udah memasang niat mahu mencuba rokok bapanya. Kalau bapanya ge sembahyang Jumaat hanya takat memakai kain palikat dan berbaju-T jenama pagoda made in China, maka anak lelakinya pun bersahaja-sahaja [muka selamber] berseluar sukan dan berbaju-T yang ada lukisan Doremon!

Jika ada orang yang berani bertanya atau menegur sibapa dan sianak ini kenapa terlalu sempoi ketika mahu ke rumah Allah SWT, ketika mahu bertemu Allah SWT, ketika mahu bersujud kepada Allah SWT, ketika mahu berhubung dengan Allah SWT, ketika mahu meminta ampun dan memohun doa kepada Allah SWT, jawapannya mudah. "Aku dan anak aku udah menutup aurat"!

Aku
juga pernah mendengar satu cerita tentang seorang budak sekolah yang perangainya suka mencuri pensil kawan-kawannya. Bila Cikgu kelas bagitau pada ibu-bapanya, tentulah yang paling malu si ibu kerana si ibu selalu menghantar anaknya kesekolah. Untuk mengelakan si anak mencuri pensil disekolah, si ibu tanpa sedar telah mengambil beberapa batang pensil di pejabat dan diberikan kepada anaknya. Perbuatan si ibu mencuri pensil di pejabat samalah perlakuan anaknya yang mencuri pensil di dalam bilik darjah.


Nota Lutut :
Perbuatan mencuri
itu akhirnya menjadi satu tabiat buruk anak-anak hingga lahirnya pepatah seperti: Gelama senohong ikan duri, lama-lama berbohong akhirnya jadi pencuri. Kepada kenkawan yang baru mendirikan rumah tangga dan bercita-cita untuk memiliki anak-anak yang baik, jauhilah perlakuan yang kurang baik seperti curi tulang ketika bertugas, menerima rasuah atau menyimpan harta orang lain secara tidah sah. 

Musim curi tulang, berjudi, rasuah, beli saham haram, menyeludup barang dan beli nombor ekor udah tidak ada lagi dalam kamus kehidupan kita, sekiranya kita tidak mahu anak-anak kita menderhaka. - Wallahuaklam!




No comments:

Post a Comment