15 August 2015

MAJLIS KAHWIN FARAH & FAEZ


Intro!

Aku hendak bercerita dan cuba hendak mengetuk abjad ABC tetapi aku tak tahu hendak bermula dari mana. Apapun, tanpa berfikir panjang aku mula menaip perkataan Intro! sebagai pembuka kata. Begitulah cara aku. Bercerita, bermula dengan satu ayat kemudian aku taip ayat yang lain. Kekadang cerita itu ada kait-mengait dengan tajuk entri dan gambar yang disiarkan tetapi ada juga sesekali terbabas dan terkeluar dari landasan.


I-
Bulan Beralih Bulan.

Ramadan udah berlalu. Kemudian menyusul pulak bulan Syawal di mana aku udah pun mengupdate blog aku dengan entri Beraya Di Kebun dan Hari Raya Ke-Tiga tetapi aku gagal untuk merakam dalam bentuk penceritaan.  Bulan Syawal tahun ini [sama macam tahun-tahun lepas] adalah bulan yang dinanti oleh kebanyakan warga kota terutama pekerja pejabat kerana bulan Syawal selalunya ada banyak acara makan-minum seperti majlis open haus  dan majlis perkahwinan.

   

II- Majlis Perkahwinan.

Seperti yang aku udah ceritakan sebelum ini kepada kenkawan iaitu pada awal tahun 2015, aku mula berkawan dengan alam di tanah kebun pertanian kat Lancang Pahang. Jadinya, memang sukar untuk aku memenuhi undangan rumah terbuka atau majlis-majlis perkahwinan. Apapun, kali ini aku telah memasang niat untuk turut serta dalam majlis perkahwinan anak pompuan kedua pasangan Joe-Nor [Farah & Faez] kerana sebelum ini, aku tidak hadir pada majlis resepsi anak pompuan Joe-Nor [Wana Joe] di lokasi yang sama.


III- Di Lokasi!


Usai solat Zohur barulah aku dan isteri gerak ke lokasi majlis iaitu di Dewan Komuniti Bandar Manjalara, Kolompo. Sebaik memasuki dewan, kami berdua disambut dengan mesra oleh pasangan tuan rumah si Joe dan isterinya  sambil mempersilakan kami berdua masuk ke dalam dewan untuk menikmati hidangan buffet yang disediakan oleh SH Cahaya Catering & Event Planner, Tel: 03-4141 7364/019-200 4747 atau boleh lawati website mereka @www.shcahayacatering.com


IV- Rakan Lama


Yalah! Berbaloi gak dapat datang pada majlis seperti ini kerana aku boleh bertemu rakan lama seperti Joe-Nor, Azam-Zainab, Norasikin-Kak Yong dan Rosni Taib bersama suaminya. Macam biasalah, kalau dah lama tak bersua tentu banyak cerita. Masing-masing bertanya khabar dan ada gak yang cuba menyelongkar kisah-kisah lama. Hehehe!


V- Nostalgia!


Fuhhh!
Nostalgia sangatlah kalau kita boleh ingat satu persatu cerita-cerita silam ketika sama-sama bergelumang kat SateRia. Seperti kata orang dolu-dolu [zaman bahari] iaitu sekiranya kita boleh ingat perkara yang udah berlalu, itu tandanya memori kita masih baik. Malah nostalgia itu boleh menggekalkan perhubungan peribadi dan lebih menghargai persahabatan serta dapat membentuk kasih sayang terutama pada pasangan suami isterilah!



VI- Memori

Istilah memori dengan ayat nostalgia ini memang rapat seperti rapatnya pasangan yang mula dilamun cinta kemudian mereka berjanji, bersaksi dan berwali serta didoakan oleh tetamu agar pasangan raja sehari itu rumahtangga mereka seindah rumahtangga Nabi Adam dan Hawa, setabah Nabi Ibrahim dan Hajar, sebahagia Nabi Yusuf dan Zulaika, sesetianya Nabi Sulaiman dan Balqis serta secuci Nabi Muhamad [SAW] bersama isterinya Siti Khadijah.

VII- Rindu Sangat!

Kerinduan atau terasa sangat rindu akan sesuatu yang pernah dialami pada masa lalu, serta kenang-kenangan dengan disertai keinginan terhadap sesuatu yang udah berlalu. Begitulah makna Nostalgia yang dirumuskan oleh Kamus Dewan.

Ingatan pada kawan lama di SateRia Outlet 1 dan Outlet 2 seperti En Rosli, Amnah, Faridah, Wan Affro, Bob Kajang, Kak Nab, Azam-Zai, Abang Ngah [Khairul], Ayu, Rodi, Raja Fauziah, Nan, Rehan, Mariam, Cahaya, Man, Gee Rock, Bahrom, Norasikin-Kak Yong, Azli, Sam, Md Dom,  Gazali-Shima, Yati, Rosni, Huda, Nor-Joe, Mustaffa, Isa, Rizal, Maziah, Sohaini, Asu [askar wataniah] arwah Zali @Setangkai serta yang lainnya masih bermain dalam memori kita Bai!


"Semuga kita dipertemukan lagi pada majlis-majlis yang akan datang. Terima kasih di ucapkan pada pasangan Joe & Nor kerana  menjemput aku datang. Salam Sayang dari Mj!"






No comments:

Post a Comment