13 August 2014

KHALID MASIH MB SELANGOR!




 

I- Sg Sireh, Tanjug Karang!
Petang
itu sorak-sorai pun bergema apabila Abdul Khalid Ibrahim dilantik sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan kerusi yang pernah diduduki oleh Dr Mohamad Khir bin Toyo. Ramai penduduk desa yang baru pulang dari kebun, yang baru pulang dari ladang tercengang-cengang melihat ramainya orang bersesak-sesak  dikedai kopi Wak Dol.

Ketika mereka menghampiri kedai kopi Wak Dol, pandangan mereka terarah pada kaca Tv yang ketika itu Abdul Khalid Ibrahim sedang tersenyum sambil mengucapkan terima kasih kepada orang Selangor kerana telah mengundi dan memilih beliau sebagai Menteri Besar Selangor yang kelapan.

Wajah-wajah orang kampung itu kelihatan ceria kerana mereka pasti, MB yang baru dilantik dari pakatan pembangkang itu akan dapat  merubah masa depan mereka. "Refomasi! Refomasi!" kedengaran jeritan anak-anak muda yang menungang cupcai ketika melintasi kedai kopi Wak Dol. - Cut!


II- Ahad, Kedai Wak Dol!

Pagi,
Kedua-dua biji mata Wak Dol yang terlindung dengan cermin mata rabun dekatnya, tidak bekelip sekali pun ketika menatap muka depan Mingguan Malaysia. Dibelakang Wak Dol ada beberapa orang lagi tumpang sekaki membaca tajuk berita iaitu 'Kalid dipecat'.
 


Dibelakang Wak Dol itu hanyalah  orang-orang tua yang rambutnya udah putih dan kulit mereka yang mula mengedur. Mereka tidak bersekolah tinggi malah tidak ada cita-cita untuk menjadi Yang Berhormat. Cukuplah dapat mengerjakan sawah bendang dua kali setahun. Seminggu sekali dapat bawak anak bini ke-pekan Tanjung Karang, kira sudah cukup baik. Sekurang-kurangnya dapat gak merasa air batu campur, makan soto ayam atau pecal yang dijual dipasar Minggu. - Cut!




III- Isnin, Sungai Buloh. 
Malam, kebiasaannya Abdul Jabbar, anak sulong Wak Dol yang bertugas sebagai guru di SMK Sungai Buloh, akan berada dibilik bacaan sambil mengadap laptop. Ketika inilah Jabbar terbaca entri di-wall fb penyair Pyanhabib Rahman berbunyi:


"Satu kerusi terus digoncang. Dibawahnya para macai para barua terus berkelahi, memarahi satu sama lain. Sibangang lurus bendul seperti gua terpinga-pinga diberi nasi, makan - diberi kopi, minum. Satu kutu tercungap-cungap dengan gua, terjah dengan kepala lutut  berkata: Gua berdoa dia orang terus bergaduh sesama sendiri, berbunuh-bunuh sampai mampos, biar manusia bodoh berkurang dan Malaya aman makmor". - Pyanhabib Rahman.


Selepas tu Jabbar berminat pulak untuk mendapatkan info mengenai sejarah lampau sistem pemerintahan Negeri Selangor sebelum Merdeka.

"Sistem pemerintahan Negeri Selangor sekarang mempunyai sejarahnya yang panjang, kerana sebelum Merdeka ia dikenali sebagai Majlis Mesyuarat Negeri. Bermula pada tahun 1877 apabila Sultan Abdul Samad membentuk Majlis Mesyuarat Negeri menggikut panduan Residen Inggeris pada masa itu
Bloomfield Douglas. Yang Di Pertua Majlis Mesyuarat Negeri pertama ialah Tunku Kudin dan ahli-ahlinya.


[Dipendekan Cerita] Pada 20 Mei 1959 iaiitu selepas Merdeka, Parti Perikatan telah membentuk kerajaan untuk mentadbir Negeri Selangor. Allahyarham Dato' Abu Baka bin Baginda telah dilantik sebagai Menteri Besar [MB Selangor yang pertama selepas Merdeka].


 

Menteri Besar Selangor silih berganti bermula dengan Dato'Abu Bakar bin Baginda, lepas tu diganti dengan Dato' Seri Hj Harun Idris, diikuti Dato' Seri Hj Hormat bin Rafei, kemudian diganti oleh Tan Seri Dato Hj Ahmad Razali bin Hj Mohd Ali, ganti pulak dengan Tan Sri Dato Hj Muhammmad bin Hj Muhammad Taib, lepas tu Yg. Bhg Dato' Seri (Dr) Hj Abu Hassan bin Hj.Omar dan MB yang ketujuh ialah Dato' Seri Dr Mohamad Khir bin Toyo dan yang masih kekal hingga ke hari ini ialah Tan Sri Dato' Abdul Khalid bin Ibrahim. - Cut!

 

IV- Selasa, Kopitiam di Kajang!
Si Mahbob, menantu Wak Dol sedang leka membaca Kosmo! Berita tentang MB Selangor di pecat oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) menarik perhatiannya. Episod 'Langkah Kajang' bermula apabila Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli mahukan Anwar Ibrahim menggantikan Abdul Khalid dengan segera. Oleh kerana Anwar Ibrahim didapati bersalah atas kes meliwat, maka PKR melantik Wan Azizah sebagai calon baharu menggantikan Anwar.
 

Abdul Khalid pula enggan meletak jawatan Menteri Besar sehingga pengalnya berakhir pada 2018. Pada 9 Ogas 2014, Abdul Khalid dipecat daripada PKR kerana mengingkari keputusan mesyuarat MPP PKR yang sebulat suara memilih Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar. Pada 11 Ogas pula, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah memberi pekenan kepada Abdul Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar dalam Mesyuarat Dewan Diraja Selangor. - Cut!


V- Rabu,  Bukit Indah, Ampang.


Malam di Bukit Indah, aku bersama Azhan dan Hafiz sedang menikmati teh tarik di restoran mamak. Kami berbual tentang isu panas mengenai Abdul Khalid yang telah memecat enam Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), berkuatkuasa  serta-merta semalam. Tindakan keras itu diambil kerana mereka cuba untuk menghadkan kuasa Abdul Khalid sebagai Menteri Besar Selangor.


"Tenguk Khalid! Kene pecat belum tentu hilang kuasa". Si Hafiz memulakan bual bicara, sementara si Azahan bangun menuju stall sate.

"Pendirian Majlis Syura Pas yang mahu Khalid kekal sebagai MB memang aku sokong, pasal tuduhan terhadap Khalid hanyalah bersifat spekulatif". Sambung Hafiz sambil menghirup teh tarik.


"Gua pong tak fahamlah Hafiz, apasal kelam-kabutnya si Anwar Ibrahim suruh Khalid letak jawatan. Padahal tempoh Khalid jadi MB belum tamat lagi".

"Tulah! Semuanya udah dirancang melalui Kajang-Move untuk ambik alih jawatan MB Selangor. Nama Azmin Ali yang diaorang sebut sebagai calon MB tu saja jer, macam kira calon bebas gitu. Padahal yang tersirat ialah Wan Azizah". Jawab si Hazif. Azahan datang dan duduk disebelah Hafiz.
 


"Aku pesan 20 ayam 10 lembu dan tiga ketul nasi himpit. Ok ker tu! Soal Azahan.

"Bolehlah Bro! Kira banyak tu". Sekarang kita sambung pasal kes MB Selangor".

"Wah! Aku dah terlepas banyak ne. Boleh ulang tayang ker?", Gurau si Azahan sambil matanya memandang stall sate yang ketika itu Wak Sate sedang terkial-kial mengipas sambil merenjiskan sedikit minyak masak menggunakan batang serai.

"Eleh! Lu bukan minat sangat pasal politik Selangor. Lagipun lu bukan rakyat Selangor". Bisik Hafiz ke cuping telinga si Azahan dan si Azahan cuba menepis tangan si Hafiz. Kami bertiga ketawa!


"Gini ha ceritanya. Gua ada baca semalam tulisan Zainuddin Maidin pasal rahsia yang belum didedahkan sebelum ne".

 

"Ok! Ok! Teruskan cerita". Si Azahan bersura lagi sambil menuang kuah kacang keatas nasi himpit. Si Hafiz pula terus meratah sate ayam sambil di selang-selikan dengan memakan hirisan timun dan bawang.

"Kata Zainuddin Maidin, satu persefahaman tersirat selama ini antara Pas dan Umno apabila kedua-dua parti tersebut menolak mentah-mentah Anwar Ibrahim sebagai PM, sebelum PRU-13 dolu".

"Wah! Rahsia bukan rahsia lagi, teruskan". Sambil Hafiz melambai-lambai tangan kepada pekerja restoran. Pekerja restoran datang dan si Hafiz memesan air suam. Aku dan Azahan juga memesan air suam kerana teh tarik kami udah tinggal buih sahaja.


"Rahsia dalaman itu didedahkan oleh Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail dalam interviu dengan wartawan The Sunday Star. Pas pernah menemui Tengku Razaleigh Hamzah dan meminta beliau untuk bertanding sebagai calon Pas untuk menjadi PM".
 

"Lagi! lagi!", si Azahan mencelah. Mungkin berminat atau udah bosan mendengar ceramah aku. Si Hafiz pula senyum sambil menampakan barisan giginya yang putih tetapi ada terselit sedikit daging ayam.

"Aku rasa kita sambung lain kalilah, lagipong besuk pagi aku kene hantar anak kesekolah". Perlahan sahaja suara si Hafiz sambil mengeluarkan note 50 dari walletnya.

"Lu nak payung ke Hafiz? Apakata kita share bayar".
 

"Takpelah Azahan. Kali ne aku payung". Sambil si Hafiz menghampiri Wak Sate dan membayarnya. Aku pula gerak ke kauter untuk membayar harga minuman. Kami bertiga berpisah kerana malam semakin larut. Bukan larut malam! - Fullstop!

No comments:

Post a Comment