|
Assalamualaikum!
I- Bulan Syawal akan berakhir dan menyusul pula bulan Zulkaedah. Begitulah tugas pengiliran bulan berganti bulan hingga sampai ke bulan Rabiul Awal iaitu bersamaan penghujung bulan Disember 2014. Dalam bulan Syawal ini, aku seperti kenkawan diluar sana tentunya agak sibuk dengan majlis-majlis kerana mendapat jemputan 'open hause', majlis harijadi atau majlis perkahwinan. - Kira sibuk sikitlah! |
|
Bukan semua jemputan dapat aku hadirkan diri kerana tarikhnya kekadang bertembung dengan majlis perkahwinan, majlis tahlil atau majlis peresmian pameran lukisan. Contohnya, si Mahbob kawan lama aku jemput datang 'open hause' di Kajang dan Puan Darulneza jemput majlis hari jadi anaknya juga disekitar Kajang pada 16/8/2014 tetapi aku tak dapat datang. Begitu gak pada Majlis Mesra Idulfitri Surau An-Nur Falah pada 17/8/2014, aku juga tak dapat datang. - Maaflah yer kalau tak dapat datang! |
|
Malam Jumaat lepas, aku sepatutnya ikut serta majlis tahlil dan bacaan Yasin di surau tempat kijiranan aku. Alih-alih, malam tu aku terpaksa pergi tahlil dan bacaan Yasin di Masjid Al Iman kat Kemesah Hight kerana jemputan kawan lama [Nan Nayan] yang adeknya baharu sahaja meninggal dunia. Lepas selesai tahlil dan pekene sekeping capati, si Nan ajak pulak datang ke rumah kerana katanya boleh berjumpa adek beradiknya yang lain iaitu Alam, Fadzil, Yati dan Kazer. - Malam tu aku balik lewatlah! |
|
II- Hari Ahad [24/8/2014] aku bersama isteri hadir ke Majlis Perkahwinan anak pasangan kepada En Rozlan Asari & Puan Zainin Noordin @Kak Yan. Majlis tersebut telah diadakan di Dewan Serbaguna Jinjang Utara, Kolompo. Kami tiba pada jam 1245 tengahari dan ketika itu di dalam dewan udah pong dipenuhi dengan ramai tetamu. |
|
Tetamu boleh memilih untuk menikmati makan tengahari dengan nasi putih atau nasi minyak. Pilihan lain ialah ruti John yang disediakan secara 'live cooking'. Ada gak disediakan manisan serta buah-buahan yang udah dicucuk dengan lidi, stall cendol dan stall ice cream. - Kira meriahlah kalau nak cerita bab makan-makan ne! |
|
III- Bercakap pasal jemputan majlis perkahwinan ne, ada satu lagi jemputan yang akan diadakan di Sungai Sireh, Tanjung Karang pada 31 Ogas 2014 iaitu tarikh yang sama kita akan menyambut hari ulang tahun kemerdekaan dengan tema "Di sini lahirnya sebuah cinta". |
Kali ini sambutan ulang tahun kemerdekaan akan dibuat secara sederhana sahaja pasal menghormati keluarga mangsa tragedi MH370 yang gaib serta MH17 yang terhempas kerana kene tembak di Ukraine. Ya! Negara kita sekarang dalam suasana berkabung jadi adalah lebih baik stesen radio atau Tv meraikan peristiwa bersejarah itu dengan menyelitkan lagu-lagu patriotik sementara premis-premis dan orang ramai mengibarkan Jalur Gemilang.
|
IV- Walaupong kita sedang barkabung tetapi aktiviti berpameran dan workshop tetap diteruskan. Sebelum ne udah diadakan pameran lukisan di Galeri Shah Alam pada 7-28 Ogas 2014. Pada 30-31 Ogas 2014 pula akan diadakan 'A Two Day Workshop' oleh HOM Art Trans. Disusuli dengan Pameran APS Bangkit di Galeri Seni Universiti pada 13 Ogas hingga 12 Sept. 2014. Lepas tu jangan lupa menyertai pameran yang akan dibuat oleh Rajawali ArtGroupe [555] pada 25 September 2014. |
|
Eh! Lain tajuk lain pulak ceritanya. Sebenarnya aku udah tau [masih sedar gitu!] tajuk dan gambar-gambar yang aku upload ini tentunya dari Majlis Perkahwinan anak En Rozlan Asari. Nak story panjang-panjang pasal tajuk entri ne nanti kenkawan boring pulak, tu pasal aku story mengenai kemerdekaan dan pameran lukisan. - Kalau budak dalam pic ne baca pong memang pening kepalalah. Fullstop!
|
No comments:
Post a Comment