05 August 2014

BOIKOT ISRAEL?



I- Pada
Jummat lepas, sewaktu aku hendak melangkah keluar dari Masjid, aku terpandang satu longgokkan kertas putih di satu sudut dan aku mengambilnya. For Palestine with Love, begitulah yang tertulis di atas sebelah kanan kertas tersebut. Ia mengajak orang ramai datang ke Masjid Jamek, Jalan Tun Perak, Kolompo dengan tujuan solat hajat sebagai tanda prihatin dan kasih sayang kepada rakyaat Palestin yang menderita akibat kekejaman Zionis Isreal. - Sayangnya tarikh diadakan solat hajat tersebut ialah pada 20 Julai 2014. Kira dah basilah kertas tu!


Petang
Sabtunya pulak, ketika aku bersama keluarga adek Misah melalui Jalan Kucing untuk ke Taman Universiti Indah, ternampak beberapa pemuda menunggang cupcai sambil di lehernya terlilit mafler warna hitam putih. Mungkin pemuda-pemuda tersebut hendak pergi ke perhimpunan "Selamatkan Kanak-Kanak Gaza" di Dataran Merdeka anjuran Viva Palestin bersama Aqsa Syarif.

Pagi Ahad, tersiar didada-dada akhbar iaitu kira-kira 50,000 orang daripada pelbagai lapisan masyarakat telah berhimpun di Dataran Merdeka bagi tujuan menggesa kuasa-kuasa besar termasuk Amerika Syarikat (AS) untuk bersama-sama membantu membebaskan Palestin daripada cengkaman rejim Zionis.

Pengerusi Aqsa Syarif, Prof Madya Dr. Hafizi Mohd Noor menggesa PBB mengambil langkah drastik bagi membantu penduduk Palestin mendapatkan hak mereka. Kata beliau lagi, PBB sebagai satu kuasa besar dunia mampu melakukan lebih daripada sekadar mengencam kekejaman rejim Zionis. - Gatal kepala aku! Walaupong sebenarnya tak gatal, bila membaca ucapan dan gesaan dari Prof tersebut. Dah tahu dah, sudah terang lagi bersuluh iaitu Amerika hanyalah kuda tunggangan Isreal dan PBB itu patung bernyawa, lagi nak ajak Amerika bantu penduduk Palestin. Lawak tu!



II- Di
laman-laman sosial pulak termasuk WhatsApp, ramai dah kenkawan ajak boikot produk keluaran syarikat yang ada kait-mengait dengan Israel. Salah satu jenama yang mahu diboikot ialah makanan segera McDonald's. Jenama lain termasuklah Starbuck Cafe, pasaraya Tesco, Coca Cola dan bermacam lagi jenama dan produk yang membabitkan Israel dan geng subahatnya si Uncle Sam (US). - "Aku ada kisah!" jawab Isreal. 


Mampukah kita memboikot produk atau jenama dari negara Uncle Sam atau barangan yang mempunyai kepentingan dengan Isreal? Mungkin kita hanya boleh bercakap di WhatsApp, facebook atau blog. Sebabnya kita orang Melayu dari dolu lagi udah disogokkan dengan produk dari Amerika. Kita ne tidaklah mudah hendak membuang gaya hidup kita, lagi-lagi pada golongan muda yang meminati fashion blue jeans.

Contohnya
seperti denim
dari jenama Levis keluaran syarikat Levi Strauss & Co dari Amerika. Nama Levis tu sendiri adalah nama asal seorang yang berbangsa Yahudi. Ramai remaja Melayu dengan bangganya  menyarung seluar atau kemeja dari jenama Levis. Malah, ada anak muda yang datang solat Jumaat memakai kemeja-T dengan tulisan LEVIS dibelakangnya. - Macam dah takda baju hendak dipakai ketika datang solat Jumaat. Kemeja-T Levis tu gak pilihannya!

Anak-anak
orang berduit pulak, mampukah mereka memboikot jenama designer yang melambak di pusat-pusat membeli belah di Bukit Bintang? Contohnya seperti designer denim dari Calvin Klein, Giorgio Armani, Dolce & Gabbana, Michael Kors, Ralph Lauren, John Paul Gaultler dan sebagainya.

Orang
muda kita mungkin gairah hendak memboikot produk Israel tetapi pada masa yang sama ketika pergi berhimpun di Dataran Merdeka, mereka dengan sengaja memakai jeans Levis. Lepas tu diberi minuman percuma dari jenama Milo keluaran Nestle. Selesai perhimpunan, ada remaja kita yang mentedarah burger di McDonald's dan menonton wayang gambar keluaran Hollywood.



Tak payah jauhlah, telepon yang kita pegang, facebook yang kita kodek hari-hari, serta siaran Astro yang berulang kali  menyiarkan rancangan dari Amerika tu, mampukah kita memboikotnya? Begitu juga dengan pakaian anak-anak kita seperti Spiderman, Badman dan Superman. Sanggupkah kita memboikot dengan mencampakkan pakaian tersebut ke dalam tong sampah?

Bagi aku mudah sahaja, boikot produk Isreal bermakna boikot sekali produk dan jenama Amerika. Kira cubit peha kiri, peha kanan pong akan terasa sakitnya. Soalnya mampukah kita memboikot sekali produk Amerika yang melambak kat Malaysia ne? Sanggup ker kenkawan diluar sana hilang pekerjaan dioutlet McDonald,s misalnya atau berhenti kojer di kilang-kilang memperoses burger, nugget, kentang goreng atau kilang roti yang menjadi pembekal kepada outlet-outlet McD diseluruh negara? - Jangan memboikot bermusim atau hangat-hangat tahi ayam!
 

Jika kita tidak sanggup, buatlah sekadar yang termampu seperti menukar cover photo atau share gambar-gambar kesedihan rakyat Palestin di muka buku. Kepada kenkawan yang ingin membantu rakyat Palestin buatlah secara senyap dengan menderma di Tabung Akaun Amanah Kemanusian Rakyat Palestin di CIMB Islamic Bank. No Akaun 8600302489. Jika anda ragu-ragu tentang tabung tersebut, anda bolehlah hubungi Kementerian Luar Negeri.  - Sekian dan Walahuaklam!

No comments:

Post a Comment