Jam 0110 petang, kami tinggalkan Pusat Komuniti Taman Koperasi Polis kerana udah berjanji dengan keluarga Joe dan Nor akan datang pada majlis jamuan raya di Taman Selayang Jaya. Dari Taman Batu Muda hendak ke lebuhraya MRR2, kenderaan mula bergerak perlahan. Berpusu-pusu arah ke pusat bandar dan juga arah ke Sungai Buloh.
Minggu kedua Syawal biasanya, ramai orang Kolompo akan keluar beraya, ziarah-menziarahi sanak saudara, rakan taulan kerana kebanyakan umat Islam udah selesai melakukan puasa enam, tupasal ada rakan-rakan aku buat majlis jamuan raya. Apapong, kenelah bersabar ketika berada dalam kesesakan jalan raya. |
No comments:
Post a Comment