10 August 2014

BERKAYUH BERSAMA MAHFOL



Usai sembahyang Asar, aku bersiap-siap untuk berkayuh ke Tasik Metro. Begitu juga si Mahfol yang mungkin sedang mengayuh basikalnya dari Sungai Tua, melalui Bandar Baru Selayang menuju tempat yang dijanjikan iaitu dipintu kedua Tasik Metro.

 

I- Di Tasik Metro! Suasana petang di sini sangat damai dengan tiupan angin yang datang dari kawasan berbukit, menghantarkan sedikit kesegaran ke-pipi aku. Diatas jalan tar kelihatan tiga orang nyonya sedang berjalan, menyusun langkah demi langkah dengan berhati-hati. Ketara benar kendur kulit nyonya-nyonya tersebut ketika melintas dihadapan aku.


Sambil aku duduk memerhati air tasik yang sesekali berkocak, tiba-tiba sahaja aku teringatkan si Mahfol. Memang udah lama benar aku mengenalinya, iaitu era awal 70'an disekitar Bukit Bintang. Sering bersama ke panggung wayang menonton filem seperti Battle The Planet of The Apes, The Man with The Golden Gun, Chinatown, filem Rocky atau filem Convoy misalnya.

Sekitar awal 70'an, masa tu belum ada lagi Sungei Wang Plaza atau BB Plaza. Yang ada hanyalah deretan rumah kedai dan pasar basah yang kini tapaknya didirikan sebagai pusat belibelah Lot 10. Ketika itu Jalan Bukit Bintang tetap menjadi tumpuan remaja kota kerana ada pusat bowling yang terletak didalam kawasan hotel. Tidak jauh dari hotel Malaya pula ada dua buah panggung wayang yang sentiasa penuh sesak sekiranya ada tayangan filem dari Hollywood.

II- Jam 0550
petang Mahfol tiba di Tasik Metro. Kami berbual tentang kisah silam dimana kami selalu bersama dengan seorang lagi kawan  iaitu Idris Baba, bersarapan digerai ManCo. Gerai ManCo itu letaknya dibawah pokok cerry, menjual nasi lemak bungkus, mee dan meehoon goreng bungkus, sate paru serta kuih muih. Salah satu kuih yang masih aku ingat ialah kuih Bumiko yang dihatar oleh seorang pegawai bernama En Othman Md Noor.

Tidak
jauh dari tempat kami berehat, ada dua lelaki sedang memancing. Sebuah van mucul dan beberapa orang penguatkuasa DBKL turun lalu menghampiri kedua orang lelaki tersebut. Mereka mungkin disaman kerana memancing dan meletakan motosikal ditempat yang tidak dibenarkan. Kemudian, beberapa warga Bangladesh juga mungkin disaman kerana kesalahan memancing  yang tasiknya memang dipenuhi ikan keli kegemaran mereka.

Lega
rasanya bila aku melihat petugas DBKL menahan beberapa penungang motosikal yang masih berdegil, sering memasuki jalan disekeliling tasik sambil melepaskan asap motor beracun kepada  jogger dan penunggang basikal. "Kasi ajar sama diaorang Bro", kata Mahfol ketika berkayuh melintasi beberapa petugas DBKL yang sedang memberi amaran atau mungkin kene saman.

III-
Langit Mendung!
Ada titis-titis air yang turun dari langit menandakan sebentar lagi mungkin hujan akan turun. Kami segera berkayuh tinggalkan Tasik Metro, menyeberang jalan MRR2 dan terus kayuh arah ke Kampung Melayu Kepong. Kami berhenti disebuah gerai makan. Si Mahfol pesan secawan air limau panas dan ruti sardin, aku pula pesan teh tarik dan ruti sardin gak!

Sambil aku menikmati ruti sardin, aku mendongak ke langit melihat wajah penuh bulan tanpa ditemani cahaya bintang. Kekadang, bulan itu hilang disebalik awan hitam, kekadang kelihatan semula wajah sinarnya setelah awan hitam itu berlalu. [Mj]- Awan memang kelihatan mendung tetapi hujan tak jadi. Hanya Allah jua yang mengetahui dan mengatur  tentang tujuh petala langit dan tujuh petala bumi serta sekelian isi alamnya. - Wallahuaklam!







No comments:

Post a Comment