04 August 2014

SYAWAL KE ENAM!


Assalamualaimkum!
 

Aku bersama isteri udah balik ke Kolompo pada pagi Rabu bersamaan 3 Syawal 1435H. Kami balik awal ke Kolompo, bagi mengelak kesesakan teruk pada hujung minggu kerana ratusan ribu kenderaan akan bergerak dilebuh raya menuju ke ibu kota! Ketika melepasi tol Behrang hingga tol Sungai Buloh, keadaan trafik adalah baik dan tiada satu kenderaan pong yang bergerak dan memotong dilaluan kecemasan.

Syawal Ke Enam!
Rancangnya pagi Sabtu, kami hendak beraya di rumah adek Misah dan  petangnya pulak, kami akan bertandang ke-rumah pasangan Faez dan Shila Majid yang terletak di Taman Universiti Indah, Seri Kembangan, Selangor. Malam pulak, mungkin selepas waktu Magrib kami cadang hendak beraya di rumah En.Munawar iaitu jiran kami yang paling hampir dengan kediaman kami.

Assalamualaikun.
Kami datang nak raya!
Waktu kami sampai jam 1100 pagi lebihkurang di rumah adek Misah, Ismail suami si Misah sedang menyediakan minuman sejuk dan si Misah pulak sedang memasak mee rebus untuk dihidangan kepada kami. Kelibat dua anak remaja Misah iaitu si Fiqah dan si Thira tidak kelihatan, hanya si Adibah (anak sulung) sahaja yang sedang bersarapan  nasi lemak dimeja dapur.

Mee rebus
udah terhidang di atas meja makan. Sambil menikmati mee rebus kami berbual tentang isu semasa terutama isu Isreal menyerang rakyat Palestin sejak awal Ramadan, isu pendirian Presiden AS, Barrak Obama yang bersubahat dengan rejim Zionis, kisah seruan boikot-memboikot produk keluaran syarikat-syarikat Israel bagi memberi tekanan kepada ekonomi Yahudi Zionis.

Memanglah, ketika ini dimana-mana pong orang ramai akan bercerita tentang kekejaman Isreal terhadap rakyaat Palestin. Kes nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS), MH17 yang terhempas di Ukraine pada 17 Julai lalu, udah jarang dibincangkan terutama di kedai kopi dan di-laman-laman sosial. Kalau nak dapatkan sedikit berita pasal MH17 tu, bolehlah kita selak kat akbar harian.

Isreal
atau juga dikenali sebagai rejim Zionis telah cuba mengalih perhatian masyarakt dunia kepada kes MH17. Tetapi berapa lama orang akan bercakap tentang isu MH17 yang di tembak jatuh di timur Ukraine. Begitu gak dengan kes kehilangan  MH370 yang diberitakan gaib di sekitar Lautan Hindi.

Selepas ini, kita - kalau  panjang umur serta di-izinkan Allah, akan dapat mendengar  berita-berita yang lebih ngeri kerana rejim Yahudi Zonis itu tidak akan berhenti selagi tidak dapat menakluki sepenuhnya bumi Palestin. - Soalnya sekarang, negara mana dan siapa agaknya yang berani menentang atau menangkap pemimpin-pemimpin Yahudi Zionis itu untuk dibawa ke muka pengadilan?

Petang sebelum waktu Asar!

Aku udah berada dalam perut kereta yang dipandu adek Ismail menuju ke rumah pasangan Faez dan Shila Majid kerana jemputan Majlis Jamuan Raya. Aku lebih suka gunakan ayat jamuan raya berbanding ayat rumah terbuka atau open house kerana konsep rumah terbuka itu selalunya tuan rumah tidak memilih tetamu, siapa sahaja boleh datang. Tak kiralah jiran jauh ke jiran dekat atau orang itu musuh ke atau sahabat.

Kat Kolompo
ne, kalau kita nak buat open house kena  beringat. Yalah! Mana tau yang datang itu berniat tidak baik, lagipong bukan semua tetamu kita kenal. Pernah terjadi kat rumah di-kejiranan aku, buat open house dan ramailah tetamu datang. Alih-alih lepas Syawal, kedengaran cerita iaitu rumah jiran tu kene pecah ketika tuan rumah bekerja dan anak-anak berada disekolah. Hilanglah dua buah laptop, emas dan sedikit duit. Semenjak kejadian tersebut takde lagi open house dan jiran aku itu pong udah berpindah ke tempat lain.


Berbalik
pada cerita Jamuan Hari Raya di rumah Faez dan Shila Majid, ketika kereta yang dipandu Ismail memasukki sekitar perumahan Taman Universiti Indah, terlepas pulak lorong, berpatah balik dan berpusing-pusing kat situ kerana kami udah lupa lorong ke rumah Shila Majid. Dengan bantuan si Thira yang menggunakan gajet telepon pandu arah, akhirnya kami sampai kat lokasi.

[Ketika entri ini ditaip, aku ada terima message dari adek Misah yang mengatakan si Thira kini berada di Hospital Tawakal kerana semalam si Thira yang baru keluar dari sekolah agama telah kene langgar motor. Kemungkinan si Thira akan dimasukkan kewad selepas kerja-kerja saringan Xray. Aku doakan semuga keluarga adek Misah tabah menghadapi ujian dari Allah dan semuga si Thira cepat sembuh]. - Wassalam adanya!











No comments:

Post a Comment