- Negeri Yang Mati!
Langit tidak lagi berwarna biru.
Awan-awan mulai bertompok kelabu.
Sesekali angin bertiup. Tiupannya mungkin membawa sekali khabar gumbira. Yahooo!
Hari nak hujan. Angkat kain dijemuran.
Alhamdulliah!
Jika benar ada air dari langit hendak turun, tentunya nanti air itu dapat menghidupkan negeri yang mati. Dapat pula memberikan minuman kepada makhluk, binatang-binatang ternakan, pohun-pohun, rumput dan tanah yang mula retak seribu.
Air hujan!
Bermula dari wap air di permukaan bumi. Lalu naik ke langit, menumpang angin kemudian membentuk awan. Angin itu bergerak dari bumi dan naik ke langit, membawa sekali butiran air. Air itu tersimpan dalam gumpalan-gumpalan awan. Kekadang dalam gumpalan awan itu airnya banyak kekadang airnya sedikit.
Banyak atau sedikit air yang tersimpan dalam gumpalan awan itu tetap akan turun ke bumi kerana mengalami tarikan graviti. Ketika proses air jatuh ke bumi, sebahagian air itu melakukan kerja-kerja pengewapan. Wap itu pula dengan senang kembali ke langit dan berkumpul dalam sarang-sarang awan kemudiannya turun semula menyirami bumi yang hampir mati.
Air yang turun itu sudah diatur.
Ada air turun di lautan tetapi tidak turun di tasik dan sungai. Ada air turun di negeri salji tetapi tidak turun dinegeri mati. Ada juga air yang turun itu bergilir-gilir mengikut musim supaya manusia dapat belajar dari musim ke musim.
Negeri itu hampir mati!
Kerana isi alamnya musnah dilunyai oleh tangan-tangan gelap manusia. Mereka itu hati nuraninya buta. Pelajaran yang diajar melalui air hujan hanyalah dipandang sebelah mata. Malah ada yang berani mengikarinya. Lalu didatangilah musibah. Tanah runtuh, banjir besar, tanah retak seribu, tasik kering, sungai kontang dan hutan terbakar berekar-ekar.
Lalu manusia itu menunding jari.
Salahkan hari salahkan bulan. Salahkan tahun salahkan musim. El Nino salah dan La Nina pun salah. Yang benar hanyalah mereka yang bergelar manusia.
Manusia!
Mereka selalu menebang pokok di hutan.
Menarah bukit mengondol tanah. Menebuk lubang membuat kawah. Kata mereka mahu hidup mewah.
Negeri itu sudah mati!
Kawasan tadahan air sudah musnah.
Angin dan air merajuk pilu. Ketika turun, air itu membawa sekali kekotoran sehalus debu, dari kawasan industri dan gunung berapi. Air hujan sudah tercemar. Aku tidak tahu, benarkah air hujan itu ada kimia ada logam. Ada nitrat dan ada sulfat. Jika benar sudah tercemar, bagaimana mungkin tugas membersihkan udara dapat dilakukan oleh air hujan!
Pssttt!
Jika hujan merajuk dan tidak boleh di pujuk, adakah sungai berterusan menjadi kering dan tasik terus menjadi kontang. Mungkinkah nanti manusia berperang merebut kawasan tadahan hujan. - Wallahuaklam!
02 May 2016
AIR Oh AIR!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment