TITI ITU SEMAKIN MEREPUT
"Aku pernah melalui titi tu. Bukan sekali tetapi sudah acap kali. Dolu, titi itu dibena oleh penduduk kampung secara gotong royong dengan memilih kerengka kayu dan papan yang terbaik. Sewaktu kerja gotong royong itulah aku lihat dari mata kepala aku, kebanyakan 'sang lelaki' bertungkus-lumus menyiapkan titi, manakala kaum wanitanya pula sibuk menyediakan juadah, untuk sarapan pagi serta 'rewang'[1] untuk santapan tengahari. Menjelang petang, kanak-kanak bersorak, menjerit dan berlari diatas titi seakan menguji ketahanan titi.
Dari sehari kesehari, minggu ke-minggu, bulan beralih bulan dan tahun bertukar tahun akhirnya titi itu semakin mereput. Tidak ada lagi kerja gotong royong, rewang atau sukarelawan yang sanggup membina titi baru. Jika titi itu dibena dari batu dan simen mungkin titi itu sedang retak menanti belah. Andai kata titi itu di bena dari kaca, pastinya titi itu sudah lama pecah berderai. Begitulah nasib titi yang semakin mereput!"
[31 May 2016 - Kolompo]
1- BARBER!
Apartmen. Kul 0830 pagi.
Aku hendak menukar susun atur perabut. Lepastu nak menyusun buku dan surat khabar lama yang kelihatan bersempah dan senget-benget. Selepas waktu Zohur nanti cadangnya ke kedai gunting rambut dan terus ngeteh di Restoran AliMaju kat Metro Prima, Kepong. Malamnya, usai Is'yak nanti nak meng'update' blog tetapi belum ada idea. Biasalah, kekadang idea itu datang ketika bercukur dalam bilik air, kekadang datang ilham ketika berada dikedai gunting rambut atau idea mari sewaktu pekena teh tarik gitu!
Waktu aku mengemas, ternampak surat khabar lama tetapi belum lama sangatlah! Type face[2] Utusan Malaysia berwarna putih dan berlatar belakangkan warna hijau itu menarik perhatian aku. Akhbar hari Sabtu 28 May 1016 bersamaan 21 Syaaban 1437 itu mencetak tajuk utamanya 'Siapa buka Pulau Pinang' dan 'Pulau Pinang sudah lama diduduki masyarakat Melayu sebelum kedatangan Francis Light pada tahun 1786'. Akhbar tersebut aku lipat dengan kemas dan sumbat dalam laci yang aku anggap sebagai laci kiv[3] gitu!
Kul 0150 petang.
Seperti yang dirancang-usai solat Zohur aku gerak ke kedai gunting yang terletak diflet blok B. Walaupun kat kejiranan aku ada sebuah kedai barber[4] tetapi lama sudah aku tidak mengetam rambut di situ. Sebabnya! Adalah, nanti bila senang aku ceritakanlah.
Kul 0155 petang.
Aku di kedai gunting rambut. Rambut aku sedang diketam oleh lelaki yang aku tidak pasti identitinya. Taktau sungguh. Adakah barber itu seorang lelaki keturunan India atau Bangladesh, sebab kulitnya cerah sedikit jika nak dibandingkan warna kulit barber di sekitar Kolompo. Tak banyak cakap, barber tu terus mengeluarkan peralatan seperti gunting, sikat, ketam dan pisau cukur lalu mengetam rambut belah tepi dan bahagian belakang.
Ketika kerja-kerja mengetam, mata aku mulai layu. Aku gagahkan agar mata aku terus terbeliak. Aku membuka pintu memory, lalu aku dapat melihat semula kisah dolu-dolu dimana titik mula aku memboycott[5] kedai gunting rambut berhampiran kejiranan aku.
Kisahnya begini:
Satu petang, [entah pukul berapa tah] aku hendak mengguting rambut. Masatu hanya akulah pelanggannya. Barber bertubuh sederhana besar itu nampak gumbira apabila aku masuk ke-kedainya lalu segera mengetam ikut permintaan aku. Tidak sampai lima minit mengetam, handpon barber tersebut berdering. Lantas si tukang gunting itu meletakan ketam dikaunter dan mencapai handpon dari dalam poket seluarnya.
Berbualah si barber tersebut dalam bahasa Tamil yang memang aku tidak faham. Er'la! Yerle![6] [berbual]. Adalah satu dua ayat yang boleh aku terjemahkan seperti tangga'chi iaitu perempuan, kalinyanam mungkin perkahwinan dan kase'elek sepertinya duit tak ada. Masa barber tu berbual, aku terpaksa bersabar, mungkin hal yang dibincangkan itu sangat penting!
Usai Er'la-Yerle, barber tersebut sambung mengetam rambut aku. "Kring! Kringgg!" Handpon berbunyi lagi. Segera berhenti mengetam. Macam tadi gak, layan Er'la-Yerle tanpa meminta 'excuse' dengan aku. Malah tergelak-gelak bila sebut ayat tangga'chi. Hati aku mula panas. Aku anggap barber ne biadap. Muka aku sedikit merah kerana menahan sabar. Ya! Seperti yang disaran oleh Ustaz-Ustaz, kita kenalah banyak bersabar.
"Orkey! Orkey! Ay'yaa!"
Si Tukang Gunting itu meletakan handpon atas kaunter depan cermin. Sambung mengetam. Kira, sudah 50 peratus kerja-kerja mengetam dilakuan. Alih-alih handpon barber itu menjerit lagi. Si barber tersebut buat-buat tak dengar tetapi terpaksa gak menjawap kerana mungkin 'urgent' katanya. Kali ini barber tu keluar kat kaki lima. Layan Er'la-Yer'le!. Aku pulak hilang sabar, maknanya iman[7] aku terlalu nipis-mungkin se-nipis kulit bawang.
Aku berdiri. Melepaskan appron lalu aku meletakkan rm10.00 dikaunter. Barber tersebut masuk sebaik melihat aku bangun dari kerusi dan menuju pintu untuk keluar.
"Abang-abang! Tunggu'la, saya bolum habis potong"
"Saya mau balik Bai. Saya pun ada kerja juga. Sekarang, lu boleh cakap lama-lama sama itu handpon. Sana kaunter saya ada kasi sepuloh ringgit"
"Sorry Abang! Banyak minta maaf. Tadi itu saya punya bapak juga telepon. Ini ada lebe' dua ringgit macam mana"
"Dua ringgit saya belanja minum teh pasal lu punya service sangat bagus Bai"
Aku menguak pintu cermin kedai gunting tersebut dan terus berlalu. Aku tidak menoleh lagi. Mungkin barber tersebut merasa pelik. Dalam hatinya berbisik 'Ini macam punya orang pun ada aaa'. - Cut!
2- MELAYU RETAK SERIBU!
Restoran AliMaju. Kul 0225 petang.
Aku memilih sebuah meja disiar kaki restoran mengadap jalan besar. Waktu macamne pelanggan sudah berkurangan tetapi kauter ruti canai masih belum beroperasi. Aku lihat ada notis pemberitahuan ditampal kat dinding:
'Deer Costomer!
Kaunter roti canai/Thosai akan ditutup sementara dari jam 1230 tengahari hingga 0230 petang setiap hari. Terima Kasih'
Sesiapa yang biasa melepak kat AliMaju pasti sudah mengetahui iaitu waktu tengahari - lunch time gitu, restoran ini tidak menjual ruti canai, tosei, capati atau ruti nan. Sementara menunggu kaunter ruti canai dibuka, aku memesan teh tarik. Sambil menghirup teh tarik, mata aku melilau[8] memerhatikan orang yang lalu lalang di lorong tengah.
Waktu menghampiri 0235 petang. Aku melambai salah seorang crew AliMaju. Aku memesan sekeping thosai garing. Tidak lama menunggu, tosei garing pun dihidangkan dalam bekas stainless steel yang ada tiga petak untuk diisi kuah dall, kari dan cak'ne[9]. Ha! Ketika makan tosei tiba-tiba 'mentol' minda aku menyala. Balik nanti aku nak mengupdate entri terbaru dan tak payahlah tunggu lepas waktu Is'yak seperti yang aku rancangkan.
Kul 0345 petang.
Aku sedang menggadap screen komputer. Kali ini aku hendak juga tumpang semangkuk[10] membebel, perihal 'Melayu Retak Seribu' dimana ketika ini perpaduan orang Melayu semakin mereput atau retak menanti belah gitu. Retaknya sudah lama-terlalu lama, tetapi ramai yang terlepas pandang. Ia mungkin bermula ketika zaman kesultanan Melaka atau ketika Tanah Melayu dijajah atau mungkin juga selepas Malaya Merdeka. Itu aku tidak pasti!
Bagaimana kalau aku katakan orang Melayu mula berpecah ketika berada dalam parti politik. Misalnya, sekumpulan penasihat agama dalam UMNO berasa tidak puas hati lalu keluar dan menubuhkan parti baru yang dikenali sebagai PAS. Lepastu Melayu berpecah lagi kepada PKR dan yang terbaru ialah serpihan dari PAS dan PKR iaitu PAN [Parti Amanah Negara]. Tidak hairanlah jika selepas Pilihan Raya Umum [PRU] ada sahaja serpihan-serpihan dari orang Melayu yang mahu menubuhkan parti baru.
Seperti yang dihidangkan kepada umum oleh stesen tv baru-baru ini dalam rancangan Soal jawab mengenai 'Multaqa'[11] bersama Prof. Emeritus Datuk Dr Mahamood Zuhdi Ab. Majid, dimana perpecahan orang Melayu Islam sudah sampai ke tahap gawat gitu. Mana tidaknya, dalam politik orang Melayu tidak sebulu, begitu juga dalam agama, orang Melayu berpecah-belah - ujar Prof. tersebut.
Orang Melayu sudah retak seribu. Kritikal sangat. Ketika ada orang Melayu sudah mencapai taraf hidup kelas 'elit'[12] dan ramai yang berada pada kelas menengah - disitu kelihatan ada jurang yang memisahkan orang Melayu miskin. Mungkin golongan Melayu miskin ini terasa hati dan seperti di pinggirkan. Mereka marah lalu mereka berpecah belah.
Dalam rancangan selama 30 minit tersebut, Prof. juga ada bercakap tentang persepsi salah dimana ada orang Melayu dipilih menjadi pemimpin kerana pandai membodek[13]. Yang bijak-pandai pula hanya mampu berfikir tetapi tidak mampu untuk bertindak. Lalu, mereka yang bijak-pandai ini digelar sebagai Profesor Kangkung[14]. Tambah Prof. lagi, kalau jantung pisang tidak keluar mana mungkin ada buah pisang. Kalau tidak dipecahkan ruyung mana boleh mendapat sagunya.
Biarlah air sungai yang mengalir dari ulu dan banyak cabang anak sungai itu airnya bersih. Dalam politik orang Melayu hari ini, melondeh[15] sesama sendiri sudah menjadi amalan terutama pemimpin-pemimpin yang sudah boleh digelar tua bangka. Kutuk mengutuk, malah ada pemimpin yang sanggup mengkafirkan[16] orang lain kerana merasa diri sangat hebat. - Cut!
Nota Lutut: Tentulah tidak tepat susunan ayat-ayat yang aku taip mengenai Multaqa di sini kerana ketika aku menonton rancangan di tv tempoh hari, aku hanya dapat menyimpan sedikit dalam kotak memory aku. Sewaktu aku cuba menulis semula, aku terpaksa menggunakan kaedah jelajah minda agar kata-kata Prof dapat aku lihat dan dengar semula secara keseluruhan. Sayangnya, hanya sedikit sahaja yang masih aku ingat.
Apapun, kepada kawan-kawan diluar sana yang berminat untuk mengetahui tentang Multaqa Perpaduan Ummah yang dianjurkan oleh Majlis Dakwah Malaysia bersama Yadim baru-baru ini, bolehlah menyelak muka surat 10 [Rencana] keluaran akhbar Utusan Melayu, Khamis 19 Mei 2016. - Terima kasih kerana anda sudi membaca!
No comments:
Post a Comment